Krisis Kewangan Global
•
Andrew
Crockett(1997) mentakrifkan
ketidakstabilan kewangan atau krisis kewangan sebagai keadaan yang prestasi
ekonomi boleh dilemahkan oleh turun naik harga aset kewangan atau kemampuan
pengantara kewangan untuk memenuhi obligasi berkontrak .
•
Kehadiran
krisis kewangan di Malaysia pada 1998 akibat krisis kewangan Asia pada 1997.
Punca-Punca Krisis
Kewangan 1997-1998
• Penarikan balik dana secara mendadak
oleh pengurus dana asing dan kemudian, diburukkan lagi oleh kekurangan
penyertaan pedagang saham tempatan.
•
Pedagang
mata wang merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap penurunan nilai mata
wang. Merekalah punca kegawatan mata wang. Merekalah punca kegawatan mata wang
dan sedang berusaha mengakibatkan kemelesetan di seluruh dunia. ( Mahathir
Mohamad,2003.
•
Kegawatan
Ekonomi: Bagaimana Kedudukan BSKL? Khususnya serangan mata wang yang dilakukan
oleh penyangak mata wang ,George Soros pada pertengahan tahun 1997.Ketika itu,
Indeks Komposit(IK) yang pernah mencecah paras tertinggi melebihi 1300 mata
pada awal tahun 1994, telah mengalami kejatuhan yang berterusan hingga mencecah
paras 262.7 mata pada 1 September 1998.(Dewan Ekonomi ,Kegawatan Ekonomi:
Bagaimana Kedudukan BSKL? Februari2002).
•
Krisis
kewangan berlaku kerana penurunan matawang
•
Ini
menyebabkan status negara berubah menjadi negara dengan pendapatan yang kurang
•
Sesebuah
negara yang kaya akan mungkin berubah menjadi negara yang miskin kerana
penurunan nilai matawang mereka
•
Apabila
mata wang diturun nilai, kos untuk membeli mata wang asing bagi membayar hutang
atau untuk membeli bahan mentah, barang komponen atau perkhidmatan tidak mampu
dibayar oleh negara-negara yang dilanda krisis kewangan
•
Serangan
terhadap pasaran saham menyebabkan syarikat
tidak mampu membayar hutang mereka apabila bank menuntut bayaran.
•
Pinjaman
tidak berbayar (NPL) meningkat dengan banyaknya
•
Pihak
yang penting penting dalam menurunkan matawang ialah pedagang matawang
•
Pedagang
matawang merupakan peniaga yang boleh mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang
sesebuah negara.
•
Mereka
membeli dan menjual mata wang sesebuah negara dengan tujuan untuk mendapatkan
keuntungan segera
•
Mereka
melakukan kemusnahan kepada negara
•
Berlaku
keruntuhan ekonomi yang sihat dan makmur, tamak haloba yang berkembang di atas
penderitaan orang lain
•
Pedagang
mata wang ini menguasai dan menguruskan dana yang amat besar yang
dilaburkan oleh mereka yang kaya raya di
negara yang juga kaya raya.
•
Mereka
boleh menimbulkan kegawatan ekonomi, memapakan negara dan rakyatnya, menjadikan
berjuta-juta orang hilang pekerjaan dan merampas makanan dan perubatan
•
Kegawatan
ekonomi boleh menyebabkan rakyat merusuh dan menggoncang kerajaan yang
dahulunya stabil
•
Terdapat
beberapa kerajaan yang tumbang akibat tindakan ini
•
Satu
demi satu ekonomi Asia mengalami penurunan nilai matawang akibat tindakan
pedagang mata wang
•
Pada
tahun 2008, suatu krisis ekonomi sedunia dikatakan terjadi melihat dari
beberapa peristiwa hingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Ini
merangkumi harga minyak tinggi yang menyebabkan harga makanan tinggi (akibat
pergantungan penghasilan makanan pada petroleum, di samping menggunakan hasil
tanaman makanan seperti etanol dan biodiesel sebagai alternatif kepada
petroleum) dan inflasi sedunia;
•
Krisis
kredit teruk yang mengakibatkan lingkupnya bank-bank pelaburan dan komersil
yang besar dan ternama di merata dunia; pengangguran makin menjadi-jadi; dan
kemungkinan kemelesetan sejagat.
•
Harga-harga
kebanyakan komoditi, khususnya minyak dan makanan, melambung begitu tinggi
sampai betul-betul menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi dan
pengunduran globalisasi
•
Pada
bulan Januari 2008, harga minyak mencecah $100 setong buat julung kalinya dalam
apa yang disifatkan antara peristiwa penting terawal yang berlaku sepanjang
tahun ini.[2] Pada bulan Julai, harga minyak mencapai tahap $147 setong, namun
selepas itu kembali menjunam
Dari segi Indeks Komposit BSKL berada pada paras
300 mata pada Ogos 1998 berbanding Indeks Komposit Kuala Lumpur pada 1,237.96
mata pada Disember 1996.Manakala Ringgit dinilai pada RM4.20 berbanding dengan
dolar Amerika ,iaitu penurunan melebihi 40 peratus daripada tahun sebelumnya.
Terima kasih. Nota ini sangat membantu saya
ReplyDeletesumber yang baik
ReplyDeleteTerima kasih. Sgt membantu dan isu yang sgt menarik. Rifqah ppismp psv1
ReplyDeletenota yang sangat membantu dalam proses pembelajaran
ReplyDeleteSumber yang membantu
ReplyDeleteTerima kasih!nota ini amat membantu saya.
ReplyDeleteTerima kasih. Nota ini sangat membantu.
ReplyDeleteTerima kasih ! Nota yang sangat membantu.
ReplyDeleteNota ini banyak membantu saya! Terima Kasih!!
ReplyDeleteTq. Nota yg baik.
ReplyDeletenota yg ringkas n padat.😄🤗
ReplyDeleteterima kasih, nota yang sangat membantu.
ReplyDeleteTQQ... nota yang sangat membantu
ReplyDelete