China Kuasa Ekonomi Baru
·
China bangkit sebagai kuasa baru ekonomi dunia
yang menjana dagangan global dan secara langsung menyemarakkan pertumbuhan ekonomi
rakan-rakan dagangannya
·
China merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar
di dunia yang dianggarkan bernilai RM48 trilion.
·
Kadar pertumbuhan ekonomi yang melonjak pada
kadar 10.2 peratus, ia telah meletakkan China di landasan yang kukuh untuk
muncul sebagai kuasa ekonomi baru dunia.
·
Kekuatan China pada masa ini adalah tenaga
kerjanya yang murah dan terlatih, di samping potensi pasaran domestik yang
besar.
·
Kelebihan ini membolehkan mereka menghasilkan
barangan pada skala besar dengan harga yang murah dan berdaya saing.
·
Dengan kemampuan China yang berupaya menyediakan
pasaran yang luas, buruh yang banyak dan murah, tanah dan sumber ekonomi yang
makmur, ia telah menjadikan China sebagai destinasi pelaburan kepada para
pelabur asing.
India Kuasa Ekonomi Baru
·
India dilengkapi tenaga kerja sebanyak 509.3
juta, 60% daripadanya bekerja dalam bidang pertanian dan industri-industri
berkaitan; 28% dalam bidang perkhidmatan dan industri-industri berkaitan; dan
12% dalam perindustrian.
·
Tanaman-tanaman pertanian utama termasuklah
beras, gandum, biji minyak, kapas, rami, tah, tebu, dan ubi kentang.
·
Sektor pertanian membentuk 28% KDNK; sektor
perkhidmatan dan perindustrian pula masing-masing membentuk 54% dan 18% KDNK.
·
Perindustrian utama termasuk pembuatan kereta,
simen, kimia, perkakas elektronik pengguna, pemprosesan makanan, jentera,
·
Tekstil, barang kemas, hasil kejuruteraan dan
perisian merupakan komoditi-komoditi eksport yang utama. Minyak mentah,
jentera, baja, dan kimia pula merupakan import utama.
·
India telah mengambil kesempatan terhadap
sekumpulan besar orangorang berpendidikan tinggi dan fasih berbahasa Inggeris,
serta pakarpakar terlatih untuk dijadikan destinasi penyumberan penting untuk
korporasi multinasional dan juga destinasi popular untuk pelancongan
·
India juga telah menjadi pengeksport utama
perisian dan juga perkhidmatan kewangan, penyelidikan, dan teknologi. *Sumber
alam semulajadinya termasuk tanah tanaman, bauksit, kromit, arang, intan, bijih
besi, batu kapur, mangan, mika, gas asli, petroleum, dan bijih titanium