Flipped
Classroom
Flipped classroom merupakan satu kaedah pembelajaran abad
ke-21 yang menyediakan pelajar dengan pemahaman konsep sesuatu topik sebelum
pembelajaran dalam kelas atau kuliah berlangsung. Flipped classroom dicadangkan sebagai penyelesaian untuk memudahkan
pembelajaran dalam kalangan pelajar atau siswa siswi guru.
“Flipped
classroom” ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan PdPc dalam
kelas dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di
luar bilik darjah melalui klip video dan bacaan.
Masa pengajaran satu hala berubah menjadi
persekitaran pembelajaran bimbingan-inkuiri yang berpusatkan pelajar di mana
pelajar atau siswa pendidik digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti-aktiviti seperti pembinaan pengetahuan, perbincangan kolaboratif dan
penyelesaian masalah.
Apabila kuliah kelas digantikan dengan rakaman
video dan bahan-bahan lain atas talian, pelajar mempunyai tahap keyakinan yang
lebih tinggi dalam kebolehan menyelesaikan masalah di samping mempunyai kawalan
yang lebih besar ke atas kadar dan kaedah di mana pembelajaran berlaku.
Flipped classroom merupakan satu kaedah pembelajaran abad
ke-21 yang menyediakan pelajar dengan pemahaman konsep sesuatu topik sebelum
pembelajaran dalam kelas berlangsung.
Flipped Classroom melalui pembelajaran berasaskan projek
untuk memaksimumkan pencapaian pelajar dan siswa siswi guru dalam mata
pelajaran atau kursus yang sukar.
Flipped classroom merupakan kaedah yang memerlukan
pelajar dan siswa siswi guru memahami sesuatu konsep dalam topik tertentu
melalui pembelajaran kendiri sebelum PdP atau kuliah dalam kelas berlaku.
Situasi tersebut berkemungkinan dirasakan sukar oleh sesetengah pelajar dan dan
siswa siswi guru kerana memerlukan mereka untuk berfikir, memahami dan
menyelesaikan sesuatu tugasan secara kendiri. Stein dan Lane (1996) menegaskan
bahawa guru atau pensyarah perlu memberi tugasan yang mencabar minda pelajar
untuk berfikir secara kritikal bermula dari peringkat awal lagi. Justeru kemahiran
aras tinggi pelajar perlu diasah bermula dari peringkat awal bukan di akhir
pembelajaran sebagaimana yang berlaku dalam pengajaran konvensional sedia ada
(Smith et al., 2008).
Selaras
dengan usaha untuk memastikan pelaksanaan PdP yang berkesan dan menepati
pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia sangat komited dalam
usaha menyokong ke arah pelaksanaan kaedah baru seperti flipped classroom (Mohamed Amin dan Ebrahim, 2014). Berdasarkan
kajian-kajian lepas (Coufal, 2014; Mohamed Amin dan Ebrahim, 2014; Lai dan
Hwang, 2016).
Kaedah flipped classroom telah diintegrasikan
dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan. Flipped classroom adalah salah satu kaedah pengajaran berpusatkan
pelajar yang telah diterima pakai secara meluas di luar negara (Bergmann dan
Sams, 2009; Flumerfelt dan Green, 2013; Fulton, 2012; Clark, 2013; Siegle,
2013; Coufal, 2014). Flipped classroom mula diperkenalkan oleh Baker iaitu
seorang pensyarah dari Universiti Cedarville, Ohio Amerika Syarikat (Baker,
2000). Kaedah flipped classroom
menyediakan ruang untuk pelajar memanipulasi bahan rujukan sebelum PdP
seterusnya berlangsung. Oleh itu ruang masa PdP di dalam kelas mampu ditumpukan
terhadap aktiviti bersama-sama rakan dan guru yang mana ia kurang diaplikasikan
dalam kaedah konvensional sedia ada (Steed, 2013). Interaksi antara pelajar dan
guru akan meningkat dan guru berpeluang mengetahui dan membetulkan
ketidakfahaman pelajar dengan serta merta (Zappe et al., 2009; Demetry, 2010).
Justeru pelaksanaan flipped classroom
berpotensi meningkatkan pencapaian pelajar selain membawa kepada penglibatan
pelajar secara menyeluruh melalui aktiviti pembelajaran yang disediakan
(Mohamed Amin dan Ebrahim, 2014).