Republik
Merujuk kepada sejenis
kerajaan atau negara yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat
seperti presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini berasal daripada bahasa Latin res publica, atau "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan
dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun demikian, republik tidak boleh disama
ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes di mana negara republik
diperintah secara kuku besi atau totalitarianisme. Misalnya, Afrika Selatan telah menjadi
negara republik sejak tahun 1961 tetapi disebabkan oleh dasar apartheid yang
diperkenalkan, lebih kurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang untuk
mengundi. Namun demikian, terdapat juga negara republik yang mengamalkan
perwakilan secara demokrasi.
Raja berperlembagaan
Adalah
sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai
ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica,
atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di
dalam rangkai eksekutifdan kuasanya adalah terhad
oleh perlembagaan negara. Apabila seorang
Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau ,”absolute monarchy”
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya
digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat
tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada
hakikatnya Perdana Menteri, iaitu
pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja.
Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak
demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Sesetengah Raja berperlembagaan adalah
berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah
melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah
dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap
lima tahun.
Monarki Mutlak
Merupakan bentuk kerajaan
yang unggul bahawa seseorang Raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negaranya.
Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan iaitu Perdana Menteri merupakan
ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam
kerajaan monarki mutlak. Malah di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.
Republik Islam
Merupakan nama yang
digunakan oleh beberapa negara dalam Dunia Islam, iaitu Iran, Pakistan, Afghanistan dan Mauritania. Pakistan
menggunakan nama tersebut sejak berlakunya konstitusi tahun 1956. Mauritania
menggunakannya sejak 28 November 1958, sedangkan Iran menggunakannya sejak Revolusi Islam tahun 1979 yang menumbangkan dinasti Pahlavi.
Afghanistan adalah yang paling akhir menggunakannya, iaitu sejak tahun 2001
setelah tumbangnya kekuasaan Taliban. Meskipun terdapat keserupaan nama, namun terdapat perbezaan
besar di antara negara-negara tersebut dalam hal penerapannya pada pemerintahan
dan hukum yang berlaku.
No comments:
Post a Comment