Parlimen Eropah
•
Parlimen
Eropah (Europarl atau EP) ialah satu-satunya institusi parlimen yang dipilih
secara langsung di Kesatuan Eropah (EU)
•
Bersama
dengan Majlis Kesatuan Eropah (Majlis), Parlimen ini membentuk cabang
perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan juga disifatkan sebagai salah satu
kuasa perundangan yang paling berkuasa di dunia
•
Parlimen
dan Majlis membentuk badan perundangan tertinggi dalam lingkungan Kesatuan.
Sungguhpun begitu kuasa-kuasanya terhad kepada kompetens yang dikurniakan ke
atas Komuniti Eropah oleh negara-negara anggota
•
Maka
itu, institusi ini agak terhad kuasanya terhadap kawasan-kawasan dasar yang
dipegang negeri-negeri dan dalam lingkungan dua tunggak lain daripada tiga
tunggak Kesatuan Eropah. Parlimen ini terdiri daripada 785 orang Ahli Parlimen
Eropah yang berkhidmat kepada para pemilih demokratik kedua terbesar di dunia (mengekori
India) dan para pengundi demokratik transnasional terbesar di dunia (342 juta
pengundi yang layak pada tahun 2004
•
Parlimen
Eropah dipilih secara langsung setiap lima tahun melalui hak mengundi umum
sejak tahun 1979. Walaupun Parlimen Eropah mempunyai kuasa perundangan yang
tidak dimiliki badan-badan lain, namun Parlimen ini tiada inisiatif undang-undang seperti
kebanyakan parlimen kebangsaan.
•
Parliamen
Eropah akan membuat keputusan untuk menerima ahli-ahli baru yang memohon masuk
ke dalam Kesatuan Eropah
Tiga peranan
Parlimen Eropah ialah
- Membahaskan dan meluluskan Undang-Undang Eropah (European Laws)
- Mengawasi institusi-institusi Kesatuan Eropah yang lain
- Membahaskan dan meluluskan budget EU