Wednesday, June 26, 2019

Isu dan Cabaran Dunia Semasa


Pendemokrasian Di Timur Tengah

•      Kebanyakan negara Timur Tengah tidak mengamalkan demokrasi dalam keadaan yang sebenarnya

•      Turki, Kuwait, Lebanon dan Moroko dianggap sebagai negara-negara yang mengamalkan demokrasi pada tahap “Partly Free”



Sistem Yang Digunakan Dalam Dunia Arab

·         Negara Republik Yang Berpresiden

·         Monarki Mutlak

·         Monarki Berperlembagaan

·         Kerajaan Islam



Negara Republik Yang Berpresiden

  • Contoh negara ialah Syria dan Mesir yang mengadakan pilihanraya dari masa ke masa tetapi tidak mengamalkan sistem pelbagai parti.
  • Pada amalannya, Presiden mempunyai kuasa yang besar dalam sesebuah negara.  Ia hampir mempunyai kuasa mutlak dalam pembuatan keputusan



Monarki Mutlak

•      Arab Saudi mengamalkan sistem sebegini

•      Pemerintahan yang bersifat autoritatif ini terus wujud di dunia Arab walaupun telah mula terhapus di tempat-tempat lain di dunia.



Monarki Berperlembagaan

Negara-negara seperti Jordan, Kuwait,  Moroko dan Bahrain adalah contoh negara-negara yang mengamalkan pemerintahan monarki berperlembagaan.



Negara Islam

•      Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Islam ialah Iran

•      Pertukaran sistem daripada pemerintahan monarki kepada sistem pemerintahan Islam berlaku akibat daripada Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979.

•      Kuasa banyak tertumpu kepada Supreme Leader

•      Tahap amalan demokrasi di Timur Tengah  berbeza-beza antara negara.  Terdapat negara yang mempunyai sistem demokrasi tetapi tahap amalan demokrasinya adalah rendah.



Cabaran Pendemokrasian Di Timur Tengah

•      Cabaran demokrasi di Timur Tengah ialah mewujudkan sistem demokrasi di negara-negara

•      Berlaku pemberontakan dan kebangkitan rakyat Timur Tengah yang bermula di Tunisia pada 2010.

•      Pemberontakan ini telah menggulingkan pemerintahan

•      Tunisia – 18 Disember 2010 telah menumbangkan pemerintahan Zine El Abidin Ben Ali

•      Algeria- 29 Disember 2010.  Penentangan rakyat telah menghapuskan pemerintahan Darurat 19 tahun

•      Jordan 14 Januari 2011 – penentangan rakyat telah menyebabkan Raja Jordan memecat dua orang Perdana Menteri kerana gagal melaksanakan pembaharuan yang dicadangkan

•      Mesir- 25 Januari 2011 – Pemerintahan Hosni Mubarak telah ditamatkan. Mubarak telah dipenjarakan seumur hidup kerana beberapa kesalahan seperti membunuh pemberontak.

•      Pengisytiharan Darurat yang berkuatkuasa selama 31 tahun telah dimansuhkan

•      Pilihanraya yang demokratik telah diadakan untuk menggantikan Hosni

•      Presiden Mesir Mohamad Morsi telah digulingkan oleh pihak tentera kerana melaksanakan undang-undang Islam

4 comments:

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...