Pemerdagangan
Manusia
•
Pemerdagangan
manusia sebenarnya berkait dengan keadaan kemiskinan. Mereka yang menjadi mangsa pemerdagangan
manusia biasanya berasal daripada keluarga yang miskin. Di kawasan yang berlaku kemiskinan seringkali
juga berlaku ledakan pertambahan penduduk
•
Dengan
pertambahan penduduk yang ramai ini, jumlah mereka yang mencari pekerjaan juga
bertambah. Keadaan terdesak ini
menyebabkan mereka akhirnya terjebak dalam perangkap pemerdagangan manusia.
•
Di
kawasan-kawasan kemiskinan yang kronik, adakalanya ahli-ahli keluarga dijadikan
cagaran semasa membuat pinjman wang.
Terdapat kemungkinan sesebuah keluarga tidak dapat menjelaskan pinjaman
kerana faktor-faktor seperti hasil pertanian tidak menjadi atau berlakunya
wabak di kawasan mereka
•
Apabila
gagal melunaskan hutang, terdapat ahli keluarga yang terdapat diserahkan kepada
peminjan wang . Ini adalah satu
daripada sebab berlakunya pemerdagangan manusia khususnya di kawasan-kawasan
yang kadar kemiskinannya tinggi.
•
Kemiskinan
dan kedaifan hidup juga menyebabkan terdapat ibu bapa yang terpaksa menjual
anak-anak mereka. Mereka dijanjikan oleh
para broker bahawa anak-anak mereka akan mempunyai masa depan yang baik. Broker-broker biasanya akan menjual anak-anak
itu kepada slaveholders pula.
•
Akhirnya
ramai yang terjebak dalam aktiviti pelacuran tanpa kerelaan mereka. United Nations Children’s Fund menganggarkan
lebih kurang 200,000 kanak-kanak setahun di Afrika Barat dan Tengah dijual
sebagai abdi oleh keluarga mereka.
Pemerdagangan manusia begitu banyak berlaku di negara-negara miskin
seperti Benin, Burkina Faso dan Mali.
•
Kemiskinan
begitu jelas dengan lebih 70% pendududknya hidup dengan pendapatan kurang US1
dollar sehari. Dengan keadaan kemiskinan
yang begitu nyata, terdapat keluarga yang sanggup menjual anak-anak mereka
dengan harga serendah US15 dollar sehaja dengan harapan anak-anak mereka akan
mempunyai masa depan yang lebih baik daripada kehidupan asal mereka
•
Namun
demikian, kanak-kanak perempuan akan akhirnya menjalankan kerja-kerja domestik
atau akan dijadikan pelacur manakala kanak-kanak lelaki berkemungkinan akan
dijual sebagai buruh pertanian di ladang-ladang koko atau mungkin menjadi
nelayan di laut.
•
Dalam
isu pemerdagangan manusia, telah wujud rangakaian antarabangsa penyeludupan
manusia yang telah menyebabkan migrasi paksaan
(forced migration) dalam
penyeludupan imigren secara haram. Badan
siasatan Amerika Syarikat iaitu CIA (Central Intelligence Agency) telah
menganggarkan lebih kurang 900, 000 telah didagangkan setiap tahun merentasi
benua.
•
Kegiatan
ini telah menghasilkan tujuh bilion US dollar setahun. Kebanyakan migran ini berasal dari Asia,
Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan negara-negara bekas Soviet Union.
No comments:
Post a Comment