Parlimen Eropah
•
Parlimen Eropah ( EP) ialah satu-satunya
institusi parlimen yang dipilih secara langsung di Kesatuan Eropah (EU)
•
Bersama dengan Majlis Kesatuan Eropah (Majlis),
Parlimen ini membentuk cabang perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan juga
disifatkan sebagai salah satu kuasa perundangan yang paling berkuasa di dunia
•
Parlimen dan Majlis membentuk badan perundangan
tertinggi dalam lingkungan Kesatuan. Sungguhpun begitu kuasa-kuasanya terhad
kepada kompetens yang dikurniakan ke atas Komuniti Eropah oleh negara-negara
anggota
•
Maka itu, institusi ini agak terhad kuasanya terhadap
kawasan-kawasan dasar yang dipegang negeri-negeri dan dalam lingkungan dua
tunggak lain daripada tiga tunggak Kesatuan Eropah. Parlimen ini terdiri
daripada 785 orang Ahli Parlimen Eropah yang berkhidmat kepada para pemilih
demokratik kedua terbesar di dunia (mengekori India) dan para pengundi
demokratik transnasional terbesar di dunia (342 juta pengundi yang layak pada
tahun 2004
•
Parlimen Eropah dipilih secara langsung setiap lima
tahun melalui hak mengundi umum sejak tahun 1979. Walaupun Parlimen Eropah
mempunyai kuasa perundangan yang tidak dimiliki badan-badan lain, namun Parlimen
ini tiada inisiatif undang-undang seperti kebanyakan parlimen
kebangsaan.
•
Parlimen Eropah ada dua tempat persidangan, iaitu
Immeuble Louise Weiss di Strasbourg, Perancis, untuk sesi pleno dan juga pusat
rasmi; dan kompleks Espace Léopold di Brussels, Belgium, yang menjadi tempat
mesyuarat persediaan dan sesi pelengkap bukan pleno.
•
Luxembourg adalah pusat pentadbiran atau General Secretariat
•
Biasanya
Parliament Eropah mengadakan perundingan dengan Majlis Negara-Negara Eropah
untuk merangka undang-undang yang digunakan dalam Kesatuan Eropah teritama
dalam persoalan alam sekitar dan hak serta perlindungan pengguna
•
Parliamen
Eropah akan membuat keputusan untuk menerima ahli-ahli baru yang memohon masuk
ke dalam Kesatuan Eropah
•
Tiga
peranan Parliament Eropah ialah
1.
Membahaskan
dan meluluskan Undang-Undang Eropah (European Laws)
2.
Mengawasi
institusi-institusi Kesatuan Eropah yang lain
3. Membahasakan dan meluluskan budget EU.
EU merupakan penderma terbesar untuk tujuan
pembangunan di dunia
Kesatuan Eropah (European Union)
·
EU mempunyai 27 ahli
·
Mempunyai keahlian yang ramai, EU telah terlibat
dengan penghantaran tentera ke kawasan-kawasan luar Eropah
·
Kini intergrasi sesama ahli-ahli EU menjadi
semakin kukuh
·
Pada tahun 2002, EU telah memperkenalkan satu
mata wang yang diterima di seluruh Eropah
·
Penubuhan EU telah mewujudkan regional
globalization
·
EC berhasrat untuk mewujudkan kesepaduan antara
negara-negara di Eropah
·
Tujuan lain penubuhan EU ialah untuk mewujudkan
pasaran tunggal di Eropah (common market)
·
Pasaran
bebas yang diwujudkan akan memberikan manfaat kepada ahli-ahli
·
EU juga berupaya dari segi kewangan
Nota selanjutnya ; PERANAN KESATUAN EROPAH (EUROPEAN UNION(EU)) DI DALAM
No comments:
Post a Comment