•
Dalam
pengertian yang mudah, suhu bumi telah meningkat sebanyak satu darjah
Farenheit. Dua dekad dahulu, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah telah membentuk Intergovernmental Panel on
Climate Change (IPCC). Jawatankuasa
tersebut telah mengeluarkan suatu laporan menngenai pemanasan global merupakan fenomena
yang membahayakan manusia dan ia terjadi akibat faktor manusia itu sendiri
Pemanasan
Global
•
Pada
tahun 2007, ais di Lautan Artic telah mencair.
Proses pencairan telah berlaku bukan pada kadar yang biasa. Pencairan ais di Lautan Artic telah
membuktikan bahawa planet bumi semakin panas.
Sebenarnya litupan ais mempunyai peranan yang penting iaitu ia akan
memantul balik 80% radiasi matahari kembali ke ruang angkasa.
•
China
dan Amerika Syarikat adalah dua negara terbesar yang menghasilkan karbon
dioksida. Kini China telah mengatasi
Amerika Syarikat sebagai penghasil karbon dioksida.
Negara
Penghasil Karbon Dioksida
- · Namun daripada suatu segi yang lain, China mempunyai empat kali ganda populasi berbanding dengan Amerika Syarikat. Jadi dapat dikatakan dengan jumlah penduduk yang kurang berbanding China, Amerika Syarikat telah mengeluarkan karbon dioksida dengan jumlah yang lebih besar.
- • Walaupun perubahan ini tidaklah begitu signifiken dalam jangka masa pendek,kesan-kesan yang serius telah berlaku. Perubahan cuaca juga bertanggungjawab menyebabkan kemarau dan kejadian banjir di beberapa tempat yang sebelum ini tidak berlaku.
Perubahan
cuaca
- · Pemanasan global sebenarnya merupakan ancaman yang serius terhadap kehidupan manusia. Pencairan ais di Lautan Artik akan menyebabkan Lautan Artik menyerap lebih banyak cahaya matahari. Ini membantu pemanasan bumi berlaku dengan lebih cepat.
- · Penduduk-penduduk yang menetap di kawasan rendah perlu berpindah ke kawasan-kawasan lain yang lebih selamat untuk didiami.
- · Pemanasan global ini juga menyebabkan terumbu-terumbu karang juga musnah dan ini menyebabkan habitat ikan dan sumber makanan manusia terancam. Pemanasan global juga menyebabkan beberapa penyakit seperti malaria dan denggi makin merebak
- · Manusia di dunia kini berjumlah 6.6 bilion dan angka ini terus meningkat. Apabila populasi dunia meningkat tiga kali ganda dalam abad ke-20, permintaan terhadap bekalan air juga telah meningkat. Namun bekalan air kini telah berkurangan disebabkan oleh pencemaran.
Bekalan Air
•
Berbilion
manusia hidup dengan kekurangan bekalan air.
Setiap tahun juga jutaan manusia mati akibat penyakit-penyakit yang
berkaitan air. Dapat juga dikatakan
bahawa semakin berlakunya proses urbanisasi dan industrialisasi, keperluan
terhadap bekalan air semakin menjadi penting.
•
Sering
diperkatakan bahawa dua pertiga daripada dunia ini dipenuhi air tetapi kebanyakannya tidak sesuai untuk kegunaan
manusia. Kebanyakan air tawar berada
dalam bentuk glasier dan icecaps.
•
Tambahan
pula dengan simpanan air yang makin berkurangan, pencemaran terhadap air makin
bertambah dan menyebabkan sejumlah simpanan air tawar tidak dapat digunakan
•
Terdapat
perkaitan yang rapat dan positif di antara kualiti air yang baik dan kehidupan
manusia. Dengan bekalan air yang bersih,
kadar kematian dalam kalangan kanak-kanak di antara 0-4 tahun berkurangan
Kaitan
antara sumber air bersih dan kehidupan yang berkualiti.
- · Produktiviti aktiviti manusia pula akan meningkat dalam lingkungan usia 15-59 tahun. Selain itu purata manusia yang hidup melebihi 60 tahun juga akan meningkat. Jelasnya wujud perkaitan yang rapat antara bekalan air bersih dan kehidupan manusia.
- · Terdapat perkaitan yang rapat antara manusia dan laut. Hampir separuh populasi dunia menetap dalam lingkungan 100 kilometer. Atas perkaitan yang rapat inilah, aktiviti manusia telah memberikan impak yang besar kepada hidupan laut terutama perairan pantai
Perkaitan
antara Manusia dan Laut
•
Ikan
di laut semakin berkurangan akibat aktiviti perikanan yang sangat giat. 90% ikan-ikan pemangsa yang besar seperti
tuna, swordfish dan jerung telah pupus.
Di kawasan-kawasan estuaries and coastal waters 85% paus-paus yang
bersaiz besar telah mula pupus.
Kebanyakan ikan yang lebih kecil juga telah berkurangan.
•
Habitat
kehidupan ikan juga telah diganggu oleh aktiviti manusia. Kebanyakan nelayan di kawasan-kawasan
perikanan seperti di Teluk Mexico telah menggunakan pukat (trawler). Ini dilakukan sepanjang tahun yang menyebabkan banyak ikan ditangkap
sehingga ke dasar laut dan tidak cukup masa untuk sumber ikan dan tumbuhan
pulih semula.
•
Aktiviti
manusia juga telah menyebabkan sejumlah besar karbon dioksida dibebaskan ke
udara. Satu pertiga daripada jumlah ini
diserap oleh laut dan terbentuk asid karbonik.
Kewujudan asid karbonik ini telah memberikan kesan kepada hidupan laut
kerana ia telah menggangu kealkalian air laut
•
Aktiviti
manusia bukan sahaja membentuk karbon dioksida ini sahaja tetapi dari aspek
yang lain pula, buangan ke dalam laut seperti sampah sarap, sisa minyak dan
bahan-bahan logam turut memberikan kesan yang berpanjangan kepada laut.
No comments:
Post a Comment