Isu Keganasan Antarabangsa
·
Keganasan antarabangsa dimaksudkan sebagai
cara yang ganas, tidak berperikemanusiaan, dan zalim seperti pengeboman,
pembunuhan, penculikan dan sebagainya untuk tujuan mendapatkan tuntutan politik
daripada sesuatu pihak. Secara amnya, keganasan sebenarnya tidak membawa
sebarang faedah atau kebaikan, tetapi mengheret negara terbabit ke pinggir
kemusnahan dan kehancuran.
·
Keganasan ini berlaku kerana didorong oleh
beberapa faktor seperti mengorbankan nyawa insan-insan yang tidak berdosa,
kegawatan ekonomi dan sebagainya. Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan
negatif kepada negara tersebut dalam pelbagai situasi. Jadi, langkah-langkah
perlulah diperkasakan untuk mencegah dari episod persengketaan berdarah ini.
Contoh
Antara contoh keganasan global yang berlaku
- Konflik
Israel-Palestin
- ISIS
(ISLAMIC STATE IRAQ SYRIA)
- Konflik
Syria
- Konflik
Rohingya
- Konflik
etnik di Afrika
- Konflik
Bosnia
Sebab
·
Dunia diwar-warkan dengan keganasan yang
dilakukan oleh pengganas Islam/Muslim Terrorista Super Power-sebuah pihak yang
sewenangnya membunuh,menindas ,mencabuli,mencederakan orang islam.
·
Pengganas (Amerika Syarikat) berpendapat tiada
cara lain untuk berunding-menggelar diri mereka Polis Dunia Paling jelas isu
Palestin yang dilihat sebagai kunci utama merebaknya keganasan dan ancaman
terhadap kepentingan AS Presiden Yasser Arafat, ditekan untuk bersetuju
menyerahkan kuasa kepada Perdana Menteri Mahmood Abbas jika ingin melihat
proses damai digerakkan semula tetapi AS hanya menutup sebelah mata terhadap
kekejaman Yahudi dan secara terang-terang mencabuli hak penduduk Palestin.
·
Kegagalan badan dunia -PBB(Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu -OIC(Pertubuhan Negara Islam)
- Punca
kebangkitan radikalisme dalam masyarakat dunia Radikal –radix iaitu akar
radikal bermaksud menyeluruh manakala radikalisme ialah fahaman radikal
dalam politik; fahaman yang menginginkan perubahan mendadak dalam arena
politik dan sosial Menurut Shahnon
Ahmad, radikalisme adalah
satu gerakan perubahan yang baik untuk masyarakat
Politik
- Percubaan kuasa
dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan.
- Perkara ini
telah terjadi apabila gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS)
telah memenangi pilihanraya Algeria telah dinafikan kemenangannya apabila
pihak tentera membatalkan keputusan pilihanraya. FIS bangkit bertentang
secara senjata dan pengeboman.
- Di Chechenya,
Rusia telah menyerang kerajaan Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev
untuk telah menuntut kemerdekaan. Sekali lagi trajedi berdarah berlaku.
Tindakan keras pemerintah atau penjajah menyebabkan kebangkitan
radikalisme di kalangan rakyat lokal. .
Agama.
- Agama sebagai sumber menentang musuh.
- Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet dan gerila IRA Katolik menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di Ireland Utara.
- Islam telah dikambing hitam kan oleh AS (Islam yang memulakan keganasan)
- Barat selalu mencipta musuh, pada mulanya komunisme dan selepas itu Islam.
- Semangat jihad dalam agama Islam selalu didefinisikan sebagai galakan agama islam terhadap umatnya untuk melakukan keganasan. Dengan semangat jihad inilah Taliban ditubuhkan oleh ejen CIA dan perisikan Pakistan untuk menentang Mujahidin Afghanistan.
- Bantuan Amerika telah melahirkan Osama yang memainkan semangat jihad melawan balik Amerika. Eksplotasi jihad secara silap oleh gerakan Islam yang mudah terperangkap dengan muslihat musuh menyebabkan jihad disilap tafsir.
Politik
·
Politik adalah sumber utama kepada kekacauan dunia.ia selalunya
melibatkan percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan. Contoh
(1)gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah memenangi
pilihanraya,tp Algeria menentang/bantah. FIS bangkit menentang secara
bersenjata. pemberontakan FIS
Ideologi
- Ideologi telah
terbukti antara sumber keganasan gobal. contoh,Komunisme telah dimulakan
dengan ganas semasa Revolusi Rusia oleh Lenin. Komunisme telah mencipta
pemerintahan baru di China di bawah pimpinan Mao Zedong. Malaysia juga
tidak terlepas daripada pengaruh komunisme sehingga kerajaan mengisytihar
darurat.
Ekonomi dan Sosial
- Dasar ekonomi dan sosial antara punca kemunculan radikalisme dalam masyarakat dunia. Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat perkauman semakin menebal dan api dendam mula membara. contoh,Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh dasar ekonomi dan sosial Kerajaan Thailand. Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand sebagai warganegara kelas dua.
- Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan utara negara tersebut. sosial rakyat yang tidak terbela. Akibatnya berlaku demonstrasi berdarah di Tak Bai dan pengeboman di Sungai Golok.
Kesan
Kesorakan Insfratruktur
·
Infrastruktur merupakan struktur fizikal yang
terdapat dalam negara
·
Kerosakan infrastuktur yang terjadi akibat
keganasan antarabangsa menyebabkan kehidupan rakyat menjadi kurang selesa Hal
ini juga menybabkan negara terpaksa menelan kos untuk memperbaiki infrastruktur
yang dirosakkan
·
Jika infrastruktur negara tidak dibaikpulih,
rakyat tidak dapat meneruskan rutin harian mereka sehari-hari Keadaan ini juga
menyebabkan imej negara tercalar Sebagai contoh, negara-negara Islam seperti
Syria dan Palestin yang mengalami kemusnahan infrastruktur dengan teruk dan
menyebabkan rakyat diselebungi dengan trauma.
Korban Nyawa
- Salah satu kesan
keganasan antarabangsa ialah rakyat akan kehilangan nyawa.Keganasan
merupakan perlakuan melampau di luar batasan kemanusiaan. Keganasan yang
dapat kita saksikan pada era ini semakin berleluasa serta tidak dapat
dikawal, terutamanya di negara-negara di wilayah Arab. Sebagai contoh di
Palestin, negara tersebut merupakan negara Islam yang sedang mengalami
pergolakkan dan peperangan dengan rejim zionis. Demi mendapatkan seluruh
negara Palestin, rejim zionis telah melancarkan perang besar-besaran ke
atas Palestin dengan menggunakan senjata yang canggih seperti roket, bom,
dan pistol bermesin.
- Ramai rakyat
Palestin yang tidak berdaya akan kehilangan nyawa mereka demi
mempertahankan maruah agama dan negara.Hal ini membuktikan bahawa
keganasan antarabangsa memberi impak yang besar kepada penduduk kerana ia
boleh meragut nyawa manusia yang tidak berdosa.
- Kesan keganasan
global Politik Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan pemulihan
sistem dan struktur politik sesebuah negara akan terbantut. contoh,sistem
politik Afghanistan kucar-kacir akibat tiada pemerintahan berpusat selepas
kejatuhan Kerajaan pro-Rusia pimpinan Najibullah. Afghanistan
dibahagi-bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang. Begitu jg di Somalia
dan Iraq. Tindakan kekerasan oleh pejuang terutamanya pengeboman berani
mati dan peperangan gerila bandar telah menggugat pilihanraya dan kerajaan
baru Iraq.
- Ekonomi
dan Sosial Ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan permusuhan antara
kaum akan berlaku secara berpanjangan. contoh,Tuntutan Gerakan Aceh
Merdeka, Barisan Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan Pembebasan Rakyat
Patani menuntut hak-hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah mereka.
Tuntutan sukar diterima oleh pihak pemerintah menyebabkan peperangan terus
berlaku. kesan- Pelabur asing dan dalaman tidak berani melabur .Tiada
keyakinan berbuat demikian kerana takut kerugian .
- Agama Islam
Agama Islam akan menghadapi kesan paling teruk dikala keganasan global
semakin membiak pesat. seruan jihadnya dianggap punca radikalisme. Media
massa Barat selalu menuding setiap keganasan didalangi oleh pejuang Islam.
Perkara ini menjejaskan kredibiliti agama Islam di mata dunia.
- Keselamatan
terancam · Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan keganasan . ·
Pemimpin yg gila kuasa manyalakan api keganasan dan menghasut penyokong
untuk berbuat demikian . tunjuk perasaan dan bertindak liar . · Menggugat
keselamatan- jenayah berleluasa
Langkah Mengatasi
Peranan Komuniti Antarabangsa
·
Komuniti antarabangsa berganding bahu demi mencegah keganasan
yang berada dalam rangkaian antarabangsa Jabatan perisikan setiap negara perlu
bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan semasa yang diperoleh
Kerajaan perlu berusaha untuk menyekat aliran wang kumpulan- kumpulan pengganas
di pelosok dunia.
Kuatkuasa
Undang-Undang
·
Dikenakan hukuman yang berat kepada pengganas
Contohnya, hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun dan sebarang
harta yang dilakukan untuk melakukan keganasan akan dirampas Akta Hasutan membolehkan
kerajaan mengambil tindakan segera.
Dialog Peradaban
·
Dialog peradaban ialah satu proses pemahaman di antara tamadun
yang berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi.
Dalam dialog ini, titik kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan
bersikap inklusif.
Perkongsian Pintar
·
Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi
mewujudkan suasana ‘menang- menang’ di antara yang pihak berinteraksi. Pihak
yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah begitulah sebaliknya.
Perkongsian pintar mewujudkan sifat saling percaya mempercayai dan mengeratkan
ukhwah dengan pengurangan persaingan.
Sukan
·
Sukan adalah wahana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah
negara dengan negara lain. Sukan Olimpik sebagai membawa pertemuan antara
negara musuh. Perlawanan ini boleh mengeratkan perhubungan positif dengan
negara yang bermusuhan
INTAN ASYUHADA
ReplyDeleteNota ini membantu pelajar memahami dengan jelas tentang topik yang dibincangkan.