Saturday, August 18, 2018
Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap Negara. : Isu Alam Sekitar
Isu Alam Sekitar
•
Dalam
pengertian yang mudah, suhu bumi telah meningkat sebanyak satu darjah
Farenheit. Dua dekad dahulu, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah telah membentuk Intergovernmental Panel on
Climate Change (IPCC). Jawatankuasa
tersebut telah mengeluarkan suatu laporan menngenai pemanasan global merupakan fenomena
yang membahayakan manusia dan ia terjadi akibat faktor manusia itu sendiri
Pemanasan
Global
•
Pada
tahun 2007, ais di Lautan Artic telah mencair.
Proses pencairan telah berlaku bukan pada kadar yang biasa. Pencairan ais di Lautan Artic telah
membuktikan bahawa planet bumi semakin panas.
Sebenarnya litupan ais mempunyai peranan yang penting iaitu ia akan
memantul balik 80% radiasi matahari kembali ke ruang angkasa.
•
China
dan Amerika Syarikat adalah dua negara terbesar yang menghasilkan karbon
dioksida. Kini China telah mengatasi
Amerika Syarikat sebagai penghasil karbon dioksida.
Negara
Penghasil Karbon Dioksida
- · Namun daripada suatu segi yang lain, China mempunyai empat kali ganda populasi berbanding dengan Amerika Syarikat. Jadi dapat dikatakan dengan jumlah penduduk yang kurang berbanding China, Amerika Syarikat telah mengeluarkan karbon dioksida dengan jumlah yang lebih besar.
- • Walaupun perubahan ini tidaklah begitu signifiken dalam jangka masa pendek,kesan-kesan yang serius telah berlaku. Perubahan cuaca juga bertanggungjawab menyebabkan kemarau dan kejadian banjir di beberapa tempat yang sebelum ini tidak berlaku.
Perubahan
cuaca
- · Pemanasan global sebenarnya merupakan ancaman yang serius terhadap kehidupan manusia. Pencairan ais di Lautan Artik akan menyebabkan Lautan Artik menyerap lebih banyak cahaya matahari. Ini membantu pemanasan bumi berlaku dengan lebih cepat.
- · Penduduk-penduduk yang menetap di kawasan rendah perlu berpindah ke kawasan-kawasan lain yang lebih selamat untuk didiami.
- · Pemanasan global ini juga menyebabkan terumbu-terumbu karang juga musnah dan ini menyebabkan habitat ikan dan sumber makanan manusia terancam. Pemanasan global juga menyebabkan beberapa penyakit seperti malaria dan denggi makin merebak
- · Manusia di dunia kini berjumlah 6.6 bilion dan angka ini terus meningkat. Apabila populasi dunia meningkat tiga kali ganda dalam abad ke-20, permintaan terhadap bekalan air juga telah meningkat. Namun bekalan air kini telah berkurangan disebabkan oleh pencemaran.
Bekalan Air
•
Berbilion
manusia hidup dengan kekurangan bekalan air.
Setiap tahun juga jutaan manusia mati akibat penyakit-penyakit yang
berkaitan air. Dapat juga dikatakan
bahawa semakin berlakunya proses urbanisasi dan industrialisasi, keperluan
terhadap bekalan air semakin menjadi penting.
•
Sering
diperkatakan bahawa dua pertiga daripada dunia ini dipenuhi air tetapi kebanyakannya tidak sesuai untuk kegunaan
manusia. Kebanyakan air tawar berada
dalam bentuk glasier dan icecaps.
•
Tambahan
pula dengan simpanan air yang makin berkurangan, pencemaran terhadap air makin
bertambah dan menyebabkan sejumlah simpanan air tawar tidak dapat digunakan
•
Terdapat
perkaitan yang rapat dan positif di antara kualiti air yang baik dan kehidupan
manusia. Dengan bekalan air yang bersih,
kadar kematian dalam kalangan kanak-kanak di antara 0-4 tahun berkurangan
Kaitan
antara sumber air bersih dan kehidupan yang berkualiti.
- · Produktiviti aktiviti manusia pula akan meningkat dalam lingkungan usia 15-59 tahun. Selain itu purata manusia yang hidup melebihi 60 tahun juga akan meningkat. Jelasnya wujud perkaitan yang rapat antara bekalan air bersih dan kehidupan manusia.
- · Terdapat perkaitan yang rapat antara manusia dan laut. Hampir separuh populasi dunia menetap dalam lingkungan 100 kilometer. Atas perkaitan yang rapat inilah, aktiviti manusia telah memberikan impak yang besar kepada hidupan laut terutama perairan pantai
Perkaitan
antara Manusia dan Laut
•
Ikan
di laut semakin berkurangan akibat aktiviti perikanan yang sangat giat. 90% ikan-ikan pemangsa yang besar seperti
tuna, swordfish dan jerung telah pupus.
Di kawasan-kawasan estuaries and coastal waters 85% paus-paus yang
bersaiz besar telah mula pupus.
Kebanyakan ikan yang lebih kecil juga telah berkurangan.
•
Habitat
kehidupan ikan juga telah diganggu oleh aktiviti manusia. Kebanyakan nelayan di kawasan-kawasan
perikanan seperti di Teluk Mexico telah menggunakan pukat (trawler). Ini dilakukan sepanjang tahun yang menyebabkan banyak ikan ditangkap
sehingga ke dasar laut dan tidak cukup masa untuk sumber ikan dan tumbuhan
pulih semula.
•
Aktiviti
manusia juga telah menyebabkan sejumlah besar karbon dioksida dibebaskan ke
udara. Satu pertiga daripada jumlah ini
diserap oleh laut dan terbentuk asid karbonik.
Kewujudan asid karbonik ini telah memberikan kesan kepada hidupan laut
kerana ia telah menggangu kealkalian air laut
•
Aktiviti
manusia bukan sahaja membentuk karbon dioksida ini sahaja tetapi dari aspek
yang lain pula, buangan ke dalam laut seperti sampah sarap, sisa minyak dan
bahan-bahan logam turut memberikan kesan yang berpanjangan kepada laut.
Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap Negara : Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia dan Kemiskinan Dunia Ketiga
Kemiskinan Dan
Ketidakseimbangan Dunia
Kemiskinan
relatif
•
Keadaan
ini merujuk kepada kekurangan sumber-sumber material dan ekonomi berbanding
dengan populasi. Maksudnya kemiskinan
pada tahap ini adalah bandingan dengan pihak lain.
Ukuran
kemiskinan
•
Bank
Dunia telah menggunakan ukuran pendapatan USD 1.25 sehari sebagai ukuran
kemiskinan untuk negara-negara yang mundur.
Untuk negara-negara yang berpendapatan pertengahan termasuklah Amerika Latin dan Eropah Timur,
ukurannya ialah pendapatan USD 2.00 sehari.
Mereka yang hidup kurang pendapatan USD 1.25 sehari dianggap hidup dalam
kemikinan ekstrim.
•
Suatu
lagi cara untuk mengukur kemiskinan ialah dengan merujuk kepada nisbah
orang-orang dalam sesebuah negara yang hidup dengan kurang dari keperluan
minimun kalori untuk mengekalkan kehidupan yang sihat.
•
Dalam
negara-negara maju, ukuran kemiskinan adalah median pendapatan isirumah. Mereka yang berpendapatan kurang daripada 50%
median pendapatan isirumah dianggap sebagai miskin.
Kemiskinan
mutlak
•
Kemiskinan
ini merujuk kepada keadaan kekurangan kehidupan asas dalam kehidupan iaitu
makanan dan air di samping perkara-perkara lain seperti perumahan,
kebersihatan, pendidikan
•
Taraf
hidup manusia telah menjadi bertambah baik selepas Revolusi Industri yang
bermula di Great Britain sejak 1750.
Ciptaan-ciptaan sains telah memberikan kesempatan untuk manusia sejagat
menikmati kehidupan yang lebih berkualiti
•
Program
Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Development Programme
UNDP) telah menyenaraikan keadaan
–keadaan yang menggambarkan keadaan kemiskinan.
Program tersebut memperkenalkan Indeks kemiskinan manusia (human
poverty index HDI) Keadaan yang dimaksudkan adalah seperti
berikut;
1.
Terhindar
daripada menikmati hidup yang sihat dan panjang
2.
Terhindar
daripada menikmati ilmu pengetahuan
3.
Terhindar
daripada menikmati taraf hidup yang baik
- · Namun kemiskinan manusia tetap merupakan permasalahan yang sejagat dan berterusan.
Senarai
negara maju dan dan HDI adalah seperti berikut;
- Sweden (HDI- 6.0)
- Norway
- Netherland
- Finland
- Denmark
HDI yang paling tinggi dalam negara maju ialah
- Itali (HDI- 29.8)
- Ireland (HDI- 29.8)
- Amerika Syarikat (15.2)
Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia
- I% orang terkaya di dunia memiliki 40% kekayaan dunia
- 2% orang terkaya di dunia memiliki separuh kekayaan dunia
- 10% orang terkaya didunia memiliki 85% kekayaan dunia
- Hampir separuh orang termiskin di dunia memiliki hanya 1% kekayaan dunia
- Walaupunpenduduk Amerika Syarikat berjumlah 6% penduduk dunia, ia menguasai 34% kekayaan dunia
- Satu daripada enam orang yang menghuni bumi ini masih lagi menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas kehidupan seperti nutrisi pemakanan yang mencukupi, air minuman yang tidak tercemar, tempat perlindungan yang selamat, persekitaran yang bersih dan khidmat kesihatan asas.
- Kawasan-kawasan berlakunya kemiskinan di dunia ini biasanya mempunyai beberapa ciri yang jelas iaitu kawasan tersebut tidak mempunyai aktiviti perdagangan pada kadar yang sepatutnya. Kawasan-kawasan ini juga tidak sesuai untuk pelaburan dalam bidang kemudahan asas, pendidikan, kemudahan pendidikan.
- Terkini, analisisi terhadap punca kemiskinan dikaitkan pula dengan faktor “kelemahan urustadbir”. (poor governance). Analisis sebegini menjelaskan bahawa kemiskinan berlaku kerana pihak kerajaan yang mentadbir telah gagal untuk menyediakan asas-asas perdagangan di kawasan-kawasan berlakunya kemiskinan.
- Kerajaan juga gagal menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam dan gagal juga membendung rasuah
Faktor geografi
- Di Afrika, tidak kedapatan Banjaran Himalaya yang membekalkan air untuk sungai-sungai. Ini akan membolehkan wujudnya sistem pengairan yang cekap dan membantu pertanian secara besar-besaran. Jelasnya Asia telah mengalami Revolusi Hijau dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Revolusi sebegini tidak berlaku di Afrika.
Penjajahan
- Terdapat beberapa punca ketidakseimbangan global terutama dari aspek pengagihan kekayaan. Hal ini dapat dirujuk daripada hubungan antara Negara Maju dan Negara-Negara Sedang Membangun dan Negara Mundur. Istilah lain yang boleh digunakan ialah Negara Dunia Pertama dan Negara Dunia Ketiga.
- Punca ketidakseimbangan global ini berlaku akibat daripada eksploitasi besar-besaran terhadap Negara Dunia Ketiga oleh Negara-Negara Dunia Pertama. Berbekalkan kelebihan teknologi ketenteraan, Negara Dunia Pertama telah menjajah Negara Dunia Ketiga. Penjajahan bermaksud menghalalkan kekayaan Negara Dunia Pertama
- Perampasan kekayaan itu yang bermula ratusan tahun dahulu terus berlaku hingga kini. Dengan wujudnya penjajahan, pembangunan di kawasan-kawasan jajahan telah terbantut dan tergendala. Fenomena yang berlaku di tanah-tanah jajahan akibat penjajahan ialah keadaan eksploitasi yang melampau (overexploited).
- Penguasaan Dunia Pertama terhadap Dunia Ketiga terus berlaku walaupun kemerdekaan tanah-tanah jajahan telah dicapai. Dianggarkan tiga perempat daripada sumber mineral di Negara-Negara Dunia Ketiga terus di bawah kawalan kepentingan korporat-korporat Dunia Pertama
Hutang
Asing
•
Faktor
ketiga yang menyebabkan kketidakseimbangan global ialah faktor hutang asing
Negara Dunia Ketiga. Syarat-syarat
pinjaman asing Dunia Ketiga terhadap Dunia Pertama ini amat merugikan mereka
dan bersifat menguntungkan sebelah pihak sahaja. Hutang Dunia Ketiga terhadap Dunia Pertama
berjumlah berbilion ringgit.
•
Untuk
mengatasi jumlah hutang yang besar, Negara Dunia Ketiga terpaksa menjual
hasil-hasil bumi dengan lebih banyak untuk menjelaskan hutang mereka. Terdapat
beberapa Negara Dunia Ketiga yang sebenarnya tidak memiliki keupayaan untuk
menjelaskan pinjaman
•
Negara-negara
ini hanya menjelaskan kadar faedah pinjaman tanpa melunaskan pinjaman
sebenarnya. Adakalanya negara-negara Dunia Ketiga terpaksa membuat pinjaman
baru untuk melunaskan hutang lama mereka
•
Untuk
mendapatkan pinjaman baru, adakalanya negara-negara ini terpaksa meminjam
daripada agensi-agensi seperti Bank Dunia atau International Monetary Fund
(IMF).
•
Kemudahan
pinjaman yang diberikan oleh agensi-agensi sebegini biasanya bersyarat iaitu
negara-negara tersebut perlu mengadakan beberapa perubahan dalam corak
perbelanjaan dan belanjawan negara.
Perubahan ini diistilahkan program penyesuaian struktur ( structural
adjustment program) atau SAP
•
Syarat-syarat
di bawah SAP biasanya mewajibkan negara peminjam mengadakan langkah-langkah
berjimat cermat seperti mengurngkan perbelanjaan termasuklah dalam sektor
kebajikan, pelajaran atau kesihatan. Mewajibkan penjimatan dalam sektor-sektor tersebut bermakna kemajuan negara-negara ini akan
tergendala dan masalah kemiskinan akan bertambah lagi
•
Antara
syarat lain di bawah SAP ini ialah negara-negara peminjam perlu membuka
pasarannya kepada import barangan Dunia Pertama. Kemasukan dan longgokan barangan Dunia
Pertama akan memberikan kesan kepada ekonomi tempatan serta kehidupan golongan petani dan kumpulan pembuatan yang
lain.
Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap Negara : Isu Pemerdagangan Manusia
Pemerdagangan
Manusia
•
Pemerdagangan
manusia sebenarnya berkait dengan keadaan kemiskinan. Mereka yang menjadi mangsa pemerdagangan
manusia biasanya berasal daripada keluarga yang miskin. Di kawasan yang berlaku kemiskinan seringkali
juga berlaku ledakan pertambahan penduduk
•
Dengan
pertambahan penduduk yang ramai ini, jumlah mereka yang mencari pekerjaan juga
bertambah. Keadaan terdesak ini
menyebabkan mereka akhirnya terjebak dalam perangkap pemerdagangan manusia.
•
Di
kawasan-kawasan kemiskinan yang kronik, adakalanya ahli-ahli keluarga dijadikan
cagaran semasa membuat pinjman wang.
Terdapat kemungkinan sesebuah keluarga tidak dapat menjelaskan pinjaman
kerana faktor-faktor seperti hasil pertanian tidak menjadi atau berlakunya
wabak di kawasan mereka
•
Apabila
gagal melunaskan hutang, terdapat ahli keluarga yang terdapat diserahkan kepada
peminjan wang . Ini adalah satu
daripada sebab berlakunya pemerdagangan manusia khususnya di kawasan-kawasan
yang kadar kemiskinannya tinggi.
•
Kemiskinan
dan kedaifan hidup juga menyebabkan terdapat ibu bapa yang terpaksa menjual
anak-anak mereka. Mereka dijanjikan oleh
para broker bahawa anak-anak mereka akan mempunyai masa depan yang baik. Broker-broker biasanya akan menjual anak-anak
itu kepada slaveholders pula.
•
Akhirnya
ramai yang terjebak dalam aktiviti pelacuran tanpa kerelaan mereka. United Nations Children’s Fund menganggarkan
lebih kurang 200,000 kanak-kanak setahun di Afrika Barat dan Tengah dijual
sebagai abdi oleh keluarga mereka.
Pemerdagangan manusia begitu banyak berlaku di negara-negara miskin
seperti Benin, Burkina Faso dan Mali.
•
Kemiskinan
begitu jelas dengan lebih 70% pendududknya hidup dengan pendapatan kurang US1
dollar sehari. Dengan keadaan kemiskinan
yang begitu nyata, terdapat keluarga yang sanggup menjual anak-anak mereka
dengan harga serendah US15 dollar sehaja dengan harapan anak-anak mereka akan
mempunyai masa depan yang lebih baik daripada kehidupan asal mereka
•
Namun
demikian, kanak-kanak perempuan akan akhirnya menjalankan kerja-kerja domestik
atau akan dijadikan pelacur manakala kanak-kanak lelaki berkemungkinan akan
dijual sebagai buruh pertanian di ladang-ladang koko atau mungkin menjadi
nelayan di laut.
•
Dalam
isu pemerdagangan manusia, telah wujud rangakaian antarabangsa penyeludupan
manusia yang telah menyebabkan migrasi paksaan
(forced migration) dalam
penyeludupan imigren secara haram. Badan
siasatan Amerika Syarikat iaitu CIA (Central Intelligence Agency) telah
menganggarkan lebih kurang 900, 000 telah didagangkan setiap tahun merentasi
benua.
•
Kegiatan
ini telah menghasilkan tujuh bilion US dollar setahun. Kebanyakan migran ini berasal dari Asia,
Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan negara-negara bekas Soviet Union.
Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap Negara : Isu Keganasan Antarabangsa
Isu Keganasan Antarabangsa
·
Keganasan antarabangsa dimaksudkan sebagai
cara yang ganas, tidak berperikemanusiaan, dan zalim seperti pengeboman,
pembunuhan, penculikan dan sebagainya untuk tujuan mendapatkan tuntutan politik
daripada sesuatu pihak. Secara amnya, keganasan sebenarnya tidak membawa
sebarang faedah atau kebaikan, tetapi mengheret negara terbabit ke pinggir
kemusnahan dan kehancuran.
·
Keganasan ini berlaku kerana didorong oleh
beberapa faktor seperti mengorbankan nyawa insan-insan yang tidak berdosa,
kegawatan ekonomi dan sebagainya. Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan
negatif kepada negara tersebut dalam pelbagai situasi. Jadi, langkah-langkah
perlulah diperkasakan untuk mencegah dari episod persengketaan berdarah ini.
Contoh
Antara contoh keganasan global yang berlaku
- Konflik
Israel-Palestin
- ISIS
(ISLAMIC STATE IRAQ SYRIA)
- Konflik
Syria
- Konflik
Rohingya
- Konflik
etnik di Afrika
- Konflik
Bosnia
Sebab
·
Dunia diwar-warkan dengan keganasan yang
dilakukan oleh pengganas Islam/Muslim Terrorista Super Power-sebuah pihak yang
sewenangnya membunuh,menindas ,mencabuli,mencederakan orang islam.
·
Pengganas (Amerika Syarikat) berpendapat tiada
cara lain untuk berunding-menggelar diri mereka Polis Dunia Paling jelas isu
Palestin yang dilihat sebagai kunci utama merebaknya keganasan dan ancaman
terhadap kepentingan AS Presiden Yasser Arafat, ditekan untuk bersetuju
menyerahkan kuasa kepada Perdana Menteri Mahmood Abbas jika ingin melihat
proses damai digerakkan semula tetapi AS hanya menutup sebelah mata terhadap
kekejaman Yahudi dan secara terang-terang mencabuli hak penduduk Palestin.
·
Kegagalan badan dunia -PBB(Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu -OIC(Pertubuhan Negara Islam)
- Punca
kebangkitan radikalisme dalam masyarakat dunia Radikal –radix iaitu akar
radikal bermaksud menyeluruh manakala radikalisme ialah fahaman radikal
dalam politik; fahaman yang menginginkan perubahan mendadak dalam arena
politik dan sosial Menurut Shahnon
Ahmad, radikalisme adalah
satu gerakan perubahan yang baik untuk masyarakat
Politik
- Percubaan kuasa
dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan.
- Perkara ini
telah terjadi apabila gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS)
telah memenangi pilihanraya Algeria telah dinafikan kemenangannya apabila
pihak tentera membatalkan keputusan pilihanraya. FIS bangkit bertentang
secara senjata dan pengeboman.
- Di Chechenya,
Rusia telah menyerang kerajaan Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev
untuk telah menuntut kemerdekaan. Sekali lagi trajedi berdarah berlaku.
Tindakan keras pemerintah atau penjajah menyebabkan kebangkitan
radikalisme di kalangan rakyat lokal. .
Agama.
- Agama sebagai sumber menentang musuh.
- Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet dan gerila IRA Katolik menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di Ireland Utara.
- Islam telah dikambing hitam kan oleh AS (Islam yang memulakan keganasan)
- Barat selalu mencipta musuh, pada mulanya komunisme dan selepas itu Islam.
- Semangat jihad dalam agama Islam selalu didefinisikan sebagai galakan agama islam terhadap umatnya untuk melakukan keganasan. Dengan semangat jihad inilah Taliban ditubuhkan oleh ejen CIA dan perisikan Pakistan untuk menentang Mujahidin Afghanistan.
- Bantuan Amerika telah melahirkan Osama yang memainkan semangat jihad melawan balik Amerika. Eksplotasi jihad secara silap oleh gerakan Islam yang mudah terperangkap dengan muslihat musuh menyebabkan jihad disilap tafsir.
Politik
·
Politik adalah sumber utama kepada kekacauan dunia.ia selalunya
melibatkan percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan. Contoh
(1)gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah memenangi
pilihanraya,tp Algeria menentang/bantah. FIS bangkit menentang secara
bersenjata. pemberontakan FIS
Ideologi
- Ideologi telah
terbukti antara sumber keganasan gobal. contoh,Komunisme telah dimulakan
dengan ganas semasa Revolusi Rusia oleh Lenin. Komunisme telah mencipta
pemerintahan baru di China di bawah pimpinan Mao Zedong. Malaysia juga
tidak terlepas daripada pengaruh komunisme sehingga kerajaan mengisytihar
darurat.
Ekonomi dan Sosial
- Dasar ekonomi dan sosial antara punca kemunculan radikalisme dalam masyarakat dunia. Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat perkauman semakin menebal dan api dendam mula membara. contoh,Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh dasar ekonomi dan sosial Kerajaan Thailand. Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand sebagai warganegara kelas dua.
- Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan utara negara tersebut. sosial rakyat yang tidak terbela. Akibatnya berlaku demonstrasi berdarah di Tak Bai dan pengeboman di Sungai Golok.
Kesan
Kesorakan Insfratruktur
·
Infrastruktur merupakan struktur fizikal yang
terdapat dalam negara
·
Kerosakan infrastuktur yang terjadi akibat
keganasan antarabangsa menyebabkan kehidupan rakyat menjadi kurang selesa Hal
ini juga menybabkan negara terpaksa menelan kos untuk memperbaiki infrastruktur
yang dirosakkan
·
Jika infrastruktur negara tidak dibaikpulih,
rakyat tidak dapat meneruskan rutin harian mereka sehari-hari Keadaan ini juga
menyebabkan imej negara tercalar Sebagai contoh, negara-negara Islam seperti
Syria dan Palestin yang mengalami kemusnahan infrastruktur dengan teruk dan
menyebabkan rakyat diselebungi dengan trauma.
Korban Nyawa
- Salah satu kesan
keganasan antarabangsa ialah rakyat akan kehilangan nyawa.Keganasan
merupakan perlakuan melampau di luar batasan kemanusiaan. Keganasan yang
dapat kita saksikan pada era ini semakin berleluasa serta tidak dapat
dikawal, terutamanya di negara-negara di wilayah Arab. Sebagai contoh di
Palestin, negara tersebut merupakan negara Islam yang sedang mengalami
pergolakkan dan peperangan dengan rejim zionis. Demi mendapatkan seluruh
negara Palestin, rejim zionis telah melancarkan perang besar-besaran ke
atas Palestin dengan menggunakan senjata yang canggih seperti roket, bom,
dan pistol bermesin.
- Ramai rakyat
Palestin yang tidak berdaya akan kehilangan nyawa mereka demi
mempertahankan maruah agama dan negara.Hal ini membuktikan bahawa
keganasan antarabangsa memberi impak yang besar kepada penduduk kerana ia
boleh meragut nyawa manusia yang tidak berdosa.
- Kesan keganasan
global Politik Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan pemulihan
sistem dan struktur politik sesebuah negara akan terbantut. contoh,sistem
politik Afghanistan kucar-kacir akibat tiada pemerintahan berpusat selepas
kejatuhan Kerajaan pro-Rusia pimpinan Najibullah. Afghanistan
dibahagi-bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang. Begitu jg di Somalia
dan Iraq. Tindakan kekerasan oleh pejuang terutamanya pengeboman berani
mati dan peperangan gerila bandar telah menggugat pilihanraya dan kerajaan
baru Iraq.
- Ekonomi
dan Sosial Ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan permusuhan antara
kaum akan berlaku secara berpanjangan. contoh,Tuntutan Gerakan Aceh
Merdeka, Barisan Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan Pembebasan Rakyat
Patani menuntut hak-hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah mereka.
Tuntutan sukar diterima oleh pihak pemerintah menyebabkan peperangan terus
berlaku. kesan- Pelabur asing dan dalaman tidak berani melabur .Tiada
keyakinan berbuat demikian kerana takut kerugian .
- Agama Islam
Agama Islam akan menghadapi kesan paling teruk dikala keganasan global
semakin membiak pesat. seruan jihadnya dianggap punca radikalisme. Media
massa Barat selalu menuding setiap keganasan didalangi oleh pejuang Islam.
Perkara ini menjejaskan kredibiliti agama Islam di mata dunia.
- Keselamatan
terancam · Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan keganasan . ·
Pemimpin yg gila kuasa manyalakan api keganasan dan menghasut penyokong
untuk berbuat demikian . tunjuk perasaan dan bertindak liar . · Menggugat
keselamatan- jenayah berleluasa
Langkah Mengatasi
Peranan Komuniti Antarabangsa
·
Komuniti antarabangsa berganding bahu demi mencegah keganasan
yang berada dalam rangkaian antarabangsa Jabatan perisikan setiap negara perlu
bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan semasa yang diperoleh
Kerajaan perlu berusaha untuk menyekat aliran wang kumpulan- kumpulan pengganas
di pelosok dunia.
Kuatkuasa
Undang-Undang
·
Dikenakan hukuman yang berat kepada pengganas
Contohnya, hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun dan sebarang
harta yang dilakukan untuk melakukan keganasan akan dirampas Akta Hasutan membolehkan
kerajaan mengambil tindakan segera.
Dialog Peradaban
·
Dialog peradaban ialah satu proses pemahaman di antara tamadun
yang berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi.
Dalam dialog ini, titik kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan
bersikap inklusif.
Perkongsian Pintar
·
Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi
mewujudkan suasana ‘menang- menang’ di antara yang pihak berinteraksi. Pihak
yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah begitulah sebaliknya.
Perkongsian pintar mewujudkan sifat saling percaya mempercayai dan mengeratkan
ukhwah dengan pengurangan persaingan.
Sukan
·
Sukan adalah wahana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah
negara dengan negara lain. Sukan Olimpik sebagai membawa pertemuan antara
negara musuh. Perlawanan ini boleh mengeratkan perhubungan positif dengan
negara yang bermusuhan
Isu-Isu Ekonomi Dunia Semasa : Krisis Kewangan Global
Krisis
Kewangan Global:Rujuk Punca-punca dan kesan -kesan kepada negara
Kemunculan
Kuasa Baru Ekonomi Dunia: Kuasa baru ekonomi dunia China dan India
Perubahan Harga Komoditi Utama :Sebab dan Kejatuhan Harga Petroleum
Kesan Ekonomi Terhadap Pendapatan Negara dan
Perbelanjaan Pendidikan Malaysia:
Isu-Isu Konflik Dunia Semasa : Implikasi Konflik Dunia terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
Implikasi Konflik Dunia terhadap Sistem
Pendidikan di Malaysia ;Rujuk Kesan Terhadap Pendidikan Negara
Isu-Isu Konflik Dunia Semasa : Konflik Persempadanan dan tuntutan bertindih di Asia
Konflik
Persempadanan dan tuntutan bertindih di Asia
1.Pulau Batu Putih : Rujuk Isu Pulau Batu Putih
2.Pulau Ligitan dan Sipadan :Rujuk Isu Pulau Ligitan dan Sipadan
3.Pulau Layang-Layang : Rujuk Isu Pulau Layang-Layang
Subscribe to:
Posts (Atom)
INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN
5 .0 I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h · I n t ...
-
STATEGI DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA 1.0 Pengenalan Proses untuk mencapai sebuah masyarakat berintegrasi [R1] bukan sesuatu ...
-
Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia 1.0 Pengenalan Tiada satu negara memiliki bentuk dan struktur perlembagaan ...
-
JENIS-JENIS BAHAN BERCETAK Buku – Mashaf-mashaf, kitab tafsir, buku teks, buku rujukan,buku latihan,kamus,atlas,buku-buku fiksyen/bukan ...