4.1 Sumber Elektronik sebagai Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
·
Filem
· Video
Filem
Ø Filem
atau gambar hidup merupakan gambar-gambar dalam frame di mana frame demi frame dipasang/ditayang
melalui lensa projektor secara teknikal sehingga pada layar terlihat gambar itu
hidup.
Ø Filem
bergerak dengan cepat dan bergantian sehingga memberikan visual yang
berterusan.
Kelebihan/Kebaikan
Filem
Menggunakan filem dalam
pendidikan dan pengajaran di kelas sangat berguna atau bermanfaat terutama
untuk:
Ø Mengembangkan
fikiran dan pendapat para murid
Ø Menambah
daya ingat pada pelajaran.
Ø Mengembangkan
daya fantasi anak murid
Ø Menumbuhkan
minat dan motivasi belajar.
Ø Mampu
meningkatkan empati murid
Kelemahan/Kekurangan
Filem
Ø Sukar untuk
digunakan dalam tempoh PnP 30 atau 1 jam
Ø Perlu diedit
Ø Kos mahal
Ø Kekurangan
filem berunsur pendidikan/ sejarah kerana faktor masalah pemasaran
Video
Penggunaan video bermaksud gabungan bunyi dan visual yang direkod ke
dalam pita video dan dimainkan melalui kaca tv
Ø Televisyen
dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal
dan formal.
Ø Ianya telah
dikaji dengan luas oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan
kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan
berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.
Ø Penggunaan
video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada
sebilangan murid.
Ø Media
video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali
jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati
atau merbahaya.
Ø Dengan
penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut
serta dalam suasana yang digambarkan.
TAJUK PERBINCANGAN
Filem Laftenan Adnan, Sarjan Hassan dan
Bukit Kepung
Pilih salah satu filem-filem di asas, bincangkan
tentang penggunaan filem tersebut sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
Sejarah.
Panduan
Jawapan
1.Pengenalan
-definisi
2.Nilai-nilai
yang terdapat dalam filem terseut.
3.Kebaikan
dan Kelemahan Filem tersebut
4.Rumusan
anda.
5..Rujukan
No comments:
Post a Comment