2.0 BAHAN BERCETAK SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SEJARAH
2.1 BUKU TEKS
Bagi melancarkan
proses PdPc, Guru Sejarah perlu menyedia, menggunakan dan memberikan
bahan-bahan bercetak untuk melicin dan meyokong pengajarannya. Antaranya
termasuklah Buku Teks Sejarah, buku Latihan dan buku rujukan.
Buku sejarah merupakan salah satu sumber belajar dan bahan ajar yang banyak digunakan dalam pembelajaran Sejarah.
Manakala buku teks Sejarah memiliki banyak fungsi, tujuan
dan kegunaan atau manfaat dalam mendukung proses pembelajaran mata
pelajaran Sejarah
2.2. FUNGSI BUKU SEJARAH
Ø
Sebagai bahan referensi atau bahan rujukan oleh pendidik
Ø
Sebagai bahan evaluasi
Ø
Sebagai alat bantu pendidik dalam melaksanakan kurikulum
Ø
Sebagai salah satu penentu metode atau teknik pengajaran yang akan
digunakan oleh pendidik.
2.3.KELEBIHAN
Ø
Kita dapat mempelajari kejayaan masa lampau
tentang bangsa
dan negara, ini membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam,
memupuk semangat patriotisme dan seterusnya membantu kita
menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara.
Ø
Selain itu, murid dapat memahami
keadaan masyarakat dan negara
serta hubungannya dengan sejarah dunia serta dapat mewujudkan
ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman
antarabangsa.
2.4.KELEMAHAN
Ø
Cakupan atau skop isi kandungannya kurang lengkap di mana isi kandungan tentang sejarah antarabangsa terlalu sedikit, di sebaliknya isi
kandungan sejarah tempatan terlalu
banyak. Situasi
sebegini tidak menyumbang kepada kelahiran generasi baru
yang
berpandangan global.
Ø Terdapat kesilapan-kesilapan dari segi pengemukaan fakta sejarah dan ketidakseimbangan dari segi pemilihan bahan atau isi kandungansejarah. Ini menimbulkan kesangsian atau keraguan pelbagai pihakterhadap pendirian penulis buku sejarah itu benar-benar mendukung kepada prinsip penulisan disiplin sejarah yang mementingkan ketepatan, kebenaran dan kesaksamaan.
Ø
Terdapat sesetengah penulis menampilkan pentafsiran yang terlalu
subjektif atau bias dalam buku sejarah mereka. Penulis-penulis tersebut juga gemar menggunakan perkataan-perkataan yang kurang neutral dan menyinggung
perasaan sesuatu etnik atau golongan
tertentu dalam buku teks Sejarahnya.
TAJUK PERBINCANGAN
Berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman PBS Fasa 1 bincangkan tentang penggunaan Buku Teks
Sejarah sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Panduan
Jawapan
1.Pengenalan
-Buku Teks Sebagai Bahan Bercetak
2.Pilih satu
sesi pengajaran samada Darjah 4, 5 atau 6 (Satu sahaja)
3.Bincang
tentang tajuk/topik dalam buku teks yang diajar pada waktu itu
3.1.
Kebaikan dan Kelemahan Buku Teks
3.2.Kaedah
PdPc yang digunakan
4.Rumusan
anda.
5.Rujukan
No comments:
Post a Comment