2.0 MAJALAH DAN AKHBAR, JURNAL DAN REKOD KOLONIAL SEBAGAI BAHAN BERCETAK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
3.0 BAHAN
BERCETAK
Ø Bahan bercetak
didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara
fizikal.
Ø Bahan ini
boleh disentuh dan dibaca secara terus.
Ø Ciri penting
pada bahan bercetak ialah : mestilah dihasilkan
melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana
individu
3.1 Akhbar, Majalah,
Journal dan Rekod Kolonial
Akhbar
Ø Akhbar
mengandungi berita mengenai peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.
Ø Memuatkan
perkembangan di negara kita sebelum merdeka sehingga merdeka.
Ø Contoh
akhbar yang diajadikan sumber adalah Warta Malaya, Al Imam,Utusan Melayu,
Utusan Zaman dan The Malay Mail.
Majalah
Ø Majalah
adalah terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen dan gambar.
Ø Majalah
biasanya memiliki artikel mengenai topik popular yang ditujukan kepada
masyarakat umum dan ditulis dengan Bahasa yang mudah difahami oleh pembaca.
Ø Contoh
majalah, Majalah Guru, Majalah Penagasuh dan Majalah Bulan Melayu,
Journal
Ø Memuatkan
rencana-rencana sejarah atau journal
ilmiah yang mengandungi sekurang-kurangnya beberapa rencana pada setiap kali
penerbitannya.
Ø Antara
perkara yang perlu ada dalam rencana ialah sejarah ringkas penerbitan,
institusi penerbitan, Bahasa penerbitan, dan frekuensi penerbitan.
Ø Contoh
journal yang diterbitkan paling awal di Malaysia, Journal of the Indian
Atchipelogo and Eastern
Rekod Kolonial
Ø Rekod
colonial merupakan rekod yang dibuat oleh British semasa menjajah Tanah Melayu
Ø Selepas
merdeka semua rekod rekod dibawa pulang ke Landon dan disimpan di Publicc
Office Rekod (PRO) atau Arkib London, Malayan Secuarity Service(MSS), Colonial
Office(FO)
3.2
Penggunaan Akhbar dan Majalah
Ø Pelajar memang berasa seronok apabila
dapat lepas daripada rutin kerana tertarik pada penggunaan bahan lain selain
buku teks yang disediakan.
Ø Akhbar dan majalah adalah alat bantu mengajar
yang murah dan berkesan.
Ø Pemilihan bahan akhbar dan majalah yang
teliti adalah diperlukan sebelum bahan-bahan berkenaan digunakan sebagai bahan
pengajaran di bilik darjah.
Ø Hal ini kerana bukan semua rencana,
berita dan gambargambar dalam akhbar dan majalah adalah sesuai.
Ø Contohnya, rencana yang mengencam
kerajaan, rencana, yang bercanggah dengan nilai ketimuran dan
sebagainya.
Ø Oleh itu, guru haruslah pandai memilih
keratan akhbar yang sesuai dengan minat, pengetahuan sedia ada , berpatutan
dari segi jumlah perkataan dan sesuai dengan pengajaran.
Ø Apabila perlu, berikan panduan cara
menyertai dan menggunakan perpustakaan.
Ø Guru boleh mencadangkan kepada pelajar
supaya menyumbangkan akhbar masingmasing untuk digunakan bersama-sama kelas
lain selepas selesai digunakan dalam aktiviti kelas mereka.
Ø Akhbar itu juga boleh dikumpulkan dan
disimpan untuk digunakan dalam pelajaran akan datang.
Ø Melalui penggunaan bahan akhbar dan
majalah semasa guru mengajar di kelas, diharapkan secara tidak langsung akan
memberi rangsangan kepada para pelajar cara-cara belajar menggunakan bahan
akhbar dan majalah.
Ø Dengan cara ini, para pelajar diasuh
supaya menganggap akhbar dan majalah bukan sahaja sebagai bahan bacaan ringan
tetapi sebagai sumber maklumat Sejarah.Mail.
3.3 Kepentingan
Penggunaann Bahan Akhbar dan Majalah
Rasional
penggunaan keratan akhbar dan majalah sebagai bahan bantu mengajar disandarkan
kepada pendapat seorang pakar pendidikan, Edgar Dale (1978) yang menggariskan
tujuh kepentingan penggunaan BBM:
Ø Meransang minat yang tinggi dalam kalangan
pelajar.
Ø Menyediakan satu dasar kukuh untuk
perkembangan kefahaman serta corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai
gerak lisan daripada pelajar.
Ø Membekalkan satu dasar untuk
perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh itu menjadikan pelajaran mereka lebih
kekal.
Ø Menyediakan pengalaman yang tidak dapat
diperoleh dengan mudahnya melalui cara-cara lain.
Ø Menolong pelajar dalam kefahaman dan
oleh itu mempercepat perkembangan perbendaharaan kata.
Ø Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan
demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.
Ø Mendorong pelajar untuk menyiasat dan
dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.
3.4 Kelemahan
Ø Terdapat juga gambar-gambar dalam akhbar
dan majalah yang ganas, bersifat lucah dan colok mata
Ø Guru terpaksa menggunakan perbelanjaan
sendiri untuk membeli barang yang ingin digunakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Ø Guru perlu meluangkan masa yang lama
untuk mencari bahan yang sesuai berdasarkan tajuk sejarah.
Ø Guru memilih untuk menggunakan bahan
maujud bagi tajuk Identiti Negara, berkemungkinan akhbar dan majalah yang
dibawa kurang lengkap dengan maklumat dan akan menyebabkan murid kurang jelas
atau kurang pemahaman tentang tajuk tersebut
Ø Murid lebih minat pada bahan elektronik
seperti slaid, video dan sebagainya,
Ø Mempunyai maklumat yang sama seperti di
dalam buku teks.
TAJUK
PERBINCANGAN
Bincangkan
secara kritis penggunaanakhbar, majalah dan journal dalam PdPc Sejarah.
Panduan
Jawapan
1.Konsep/
Penggunaan akhbar, majalah dan journal
2.Contoh akhbar,
majalah dan journal
3.Kepentingan
Penggunaan akhbar, majalah dan journal
4.Kelemahan
4.Rujukan
No comments:
Post a Comment