Sunday, January 27, 2019

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Konsep dan Kepentingan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah

Apa itu sumber
  • Bahasa Melayu, sumber bermaksud asal, mula atau punca.
  • Bahasa Inggeris, sumber bermaksud asal usul
  • Bahasa Inggeris,source yang bermaksud a person, book,          document  that provide  information.
  • Dari perspektif pendidikan sumber bermaksud  sebarang penerbitan, carta, gambar          objek, alat, radas, pekakas, model, atau kemudahan yang berperanan untuk memudahkan dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP)


Kesimpulannya, ialah bahan yang digunakan semasa proses PnP


Contohnya:Buku teks, Peta, Carta, Glob, CD Lagu, Majalah,Surat Khabar,


Gambar, Video dan sebagainya.



Pendapat Tentang Sumber


WFConel,  mengkategorikan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada

tiga iaitu


a)Bahan pengajaran dan pembelajaran am (misalnya papan hitam dan buku
        bercetak


b)Alat pandang dengar (alat pandang , misalnya objek, model,patung, gambar, lukisan,diorama, gambar foto,glob, peta,carta, gambarrajah, graf,poster, kartun dan bahan salinan.


Alat dengar pula , misalnya radio,alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara, filem suara dan televisyen pula bercorak pandang dengar), alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram seperti komputer dan simulasi


 Menurut Atan Long (1982) bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar.     .Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi namaAlat Bantu Mengajar'


Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan,  
pembelajaran subjek di bawah bidang Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru.   Ini membuatkan mereka lebih memahami isi pelajaran dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.

Matlamtanya adalah membantu guru menyampaikan pelajaran supaya murid dapat pengetahuan, kemahiran , sikap dan nilai yang ditetapkan mengikut objektif kurikulum.

Kepentingan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
  • Untuk merangsang deria rangsangan murid-murid kefahaman dan interpretasi maklumat  kepada murid-murid.
  • Mengekalkan  minat dan tumpuan melalui pelbagai media.
  • Peningkatan daya ingatan kemahiran berfikir peningkatan motivasi Peningkatan kreativiti keseronokan dalam pembelajaran kemahiran interpersonal dan intrapersonal





BAB 4 - PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

BAB 3 - SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA

BAB 2 - KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB 1 - HUBUNGAN ETNIK DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA


http://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/2937/1871

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...