Sunday, June 6, 2021

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN


5.0   Internet sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

·                Internet

·               Web Based Geographic Information System (GIS)

·               Google Maps

·               Geogle Earth

·               Laman web

 

Media ICT dalam Pendidikan Masa Kini

Ø  Secara umunya terdapat enam unsur media dalam ICT yang boleh menyumbang dalam meningkatkan kualiti proses (p&p) iaitu internet, teks, grafik, audio, video dan animasi. Untuk huraian selanjutnya pengkaji hanya memfokuskan kepada tiga elemen sahaja iaitu internet, audio dan animasi.

Ø  Internet atau International Network of Netwoks ialah sebuah rangkaian gergasi computer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara computer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996).

Ø  Internet mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian computer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta computer hos dan JPBU Vol. 9 (2016) ISSN 1394-7176 21 lebih daripada 50 juta pengguna yang terdiri daripada 160 buah Negara (Abdul Rahim, 2002).

Ø  Dalam rangkaian internet, terdapat pelbagai jenis bahan dan bilangannya sentiasa bertambah dari hari ke sehari. Bahan ini termasuklah artikel, majalah, jurnal permainan, projek dan sebagainya. Disebabkan perkembangan teknologi internet yang begitu pesat dan tersebar ke seluruh dunia, ia telah dimanfaatkan oleh kebanyakkan Negara, institusi dan ahli akademik untuk pelbagai kepentingan termasuk dalam pendidikan dan pembelajaran. Ia boleh dijadikan salah satu sumber atau bahan yang membantu pengajaran dan pembelajaran.

Ø  Menurut kajian terdahulu, ilmu itu sentiasa berkembang maju seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran. Kemajuan ini terletak pada kreativiti dan juga usaha individu. Secara umum, guru yang kreatif dan bermotivasi tinggi dapat mewujudkan suasana (p&p) yang menyeronokkan dan pelajar akan lebih memahami perkara yang hendak disampaikan. Sehubungan itu, guru perlu memanfaatkan teknologi internet dalam proses (p&p) semasa pengajaran berlangsung, guru perlu memberi topik yang berkaitan dengan pengajaran kepada pelajar.

Ø  Pelajar boleh diarahkan melayari laman web yang sesuai dan mencetak bahan yang diperolehi serta membuat catatan nota. Catatan nota yang kreatif seperti peta minda, mandala ingatan, ilustrasi dan lain-lain merupakan cara mencatat nota. Nota ini boleh dikumpul dan dijadikan buku skrap. Alamat laman web perlu dicatatkan untuk rujukan pelajar, guru dan rakan-rakan. Cara ini akan meningkatkan kemahiran mencatat nota dalam kalangan pelajar.

Ø  Selain itu pelajar diberikan satu laman web yang perlu dilayari, kemudian guru meminta mereka mengisi borang KBKK yang sesuai dengan topik yang hendak dibincangkan. Pelajar digalakkan membentangkan hasil kerja mereka secara berkumpulan. Pembentangan hasil kerja digalakkan menggunakan kemahiran power point. Guru boleh mendokumentasiikan hasil kerja pelajar untuk rujukan warga sekolah. Alamat laman web perlu dicatatkan dan kaedah ini akan meningkatkan kemahiran berfikir (KBKK) dalam kalangan pelajar.

Ø  Di samping itu, pelajar juga boleh diberikan beberapa pecahan topik. Mereka perlu mencari maklumat beserta gambar dari internet kemudian dikumpulkan dan dijadikan buku skrap. Persembahan buku skrap pula perlulah lebih kreatif. Buku ini boleh dipamerkan di pusat sumber sekolah sebagai satu projek pameran bertopik. Alamat laman web yang dilayari perlu ditekankan.

Ø  Cara ini akan meningkatkan kemahiran projek dalam kalangan pelajar semasa proses pembelajaran berlaku.

Ø  Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami guru berhubung penggunaan internet dalam proses (p&p) mereka iaitu;

i.                    Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam (p&p). aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

ii.                  Kemudahan internet tidakakan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang ICT. Keterampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

iii.                Penggunaan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. iv. Internet amat berguna kepada guru dan murid serta ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran ICT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan ibu bapa.

Web Based Geographic Information System (GIS)

Ø  Sistem yang direka untuk menangkap, menyimpan, memanipulasi, menganalisis, mengurus dan membentangkan emua jenis dan spatial atau geografi

Ø  Aplakasi GIS ialah alat yang membolehkan pengguna membuat pertanyaan intraktif, menganalisis maklumat spatial, mengedit data dalam peta, dan memaparkan segala keputusan operasi.

Google Maps

Ø  Google Maps atau peta google merupakan salah satu perisian popular untuk mengurus dan elihat pea atau imej stelit planet menggunakan perkhiidmatan google.

Ø  Fungsi utama menyediakan peta yang tepat dan terperincin tentang negara dan wilayah, pemetaan landskap, pemasangan autamtik laluan, maklumat tentang kesesakan lalu lintas atau kemalangan

Geogle Earth

Ø  Melalui 'google earth' ataupun 'google maps. Sejarah boleh menggunakan pelbagai aplikasi 'google earth' dalam pengajaran mereka seperti membentuk peta 3D, membuat lawatan maya dan animasi. Ini menjadikan mata pelajaran itu lebih interaktif, katanya semasa membentangkan kertas kerjanya, 'Digitalisasi Sejarah-Perkembangannya di Malaysia', pada Sidang Kemuncak Sejarah di sini baru-baru ini. "Contohnya, kita menggunakan google earth untuk menunjukkan di mana letaknya sungai Johor Lama, Kota Tinggi, monumen bersejarah di sepanjang sungai berkenaan, sekali gus akan dapat mempertingkatkan pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap peristiwa sejarah mengenai Kesultanan Melayu Johor Lama.

 

            Laman web

           Definisi dari segi Bahasa

Laman :

Ø  Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan laman sebagai halaman.

Ø  Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan laman sebagai halaman: jamuan 

           WEB

Ø  Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua  web merupakan dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. 

Ø  Manakala  web menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula ialah dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai me­lalui Internet. 

            Istilah:

            Laman

Ø  Dalam istilah komputer, laman juga disebut halaman beranda, halaman awal, halaman utama, dan Front Page, halaman depan dari sebuah situs web yang dirancang sebagai titik fokus pusat. Dalam kebanyakan kasus, situs web ini juga bertindak sebagai halaman yang mengirimkan informasi ke komputer lain ketika telah terhubung ke dalam jaringan tanpa permintaan informasi khusus. (Sumber : https://id.wikipedia.org/wiki/Laman) 

WEB :

Ø  Menurut istilah Malaysia web bermaksud atur cara komputer dalam pelayan web yang menerima permintaan HTTP daripada pelanggan web. Kemudian, pelayan menyediakan maklum balas HTTP bersama dengan kandungan data yang terdiri daripada halaman web seperti dokumen HTML dan objek terpaut seperti imej. Sekiranya terdapat ralat dalam permintaan pelanggan atau sebarang ralat lain, pelayan web akan menghantar mesej ralat tersebut bersama penerangannya secara automatik kepada pelanggan web .Pelayan web juga mempunyai keupayaan menyenaraikan maklumat terperinci mengenai permintaan pelanggan dan maklum balas pelayan ke dalam fail log. Hal ini membenarkan pentadbir web mengumpul statistik dengan melaksanakan perisian penganalisis log dalam fail log.

Maksud Laman WEB

Ø  Menurut Zolkepli et al. (2001) laman web merupakan integrasi grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. Seterusnya Zolkepli et al. (2001) menyatakan semua bahan berkenaan dapat diakses dengan hanya mengklik di hujung jari.

Ø  Manakala menurut Ahmad Zaharim (1999) laman web adalah satu laman yang mempunyai persembahan visual yang unik dan menarik dan melibatkan grafik latar belakang, logo, ikon, saiz tulisan, butang menu dan kombinasi warna. 

Ø  Mohd Arif et al. (2000) pula menyatakan sebuah laman web adalah merupakan laman yang mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi, audio dan video yang berdasarkan kepada citarasa dan kreativiti pembina laman web tersebut. Oleh itu, dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan laman web ialah merupakan satu halaman komputer yang melibatkan teks, audio dan grafik yang boleh digunakan sebagai media pengajaran yang disediakan oleh pembina untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. 

Rujukan

Ahmad Zaharim Abdul Azis. 1999. Menguasai Internet. Kuala Lumpur : Pustaka Cipta Sdn Bhd. 

Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman. 2000. Pembinaan laman web untuk pengajaran fokus terhadap kursus GE2123 : Teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000. Hotel Equatorial Bangi. 14 – 15 November 2000.

Zolkepli Haron, Effandi Zakaria, Zurina Mahadi & Hukil Sino. 2001. Persepsi pelajar PJJ UKM terhadap pembelajaran secara online. Pembentangan Kertas kerja Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia kali ke 14. Hotel Goldcourse, Kelang. 11 –14 September.

  

TAJUK PERBINCANGAN

Bincangkan kebaikan dan keburukan Laman-Laman WEB  dalam PdPc Sejarah.

Panduan Jawapan

1.Definisi

2.Contoh-contoh  Laman Web Pendidikan

3.Kebaikan dan keburukan

4.Rumusan

4.Rujukan

 

No comments:

Post a Comment

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...