HUBUNGAN ETNIK

HUBUNGAN ETNIK DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA


KONSEP NEGARA BANGSA

Negara Bangsa merujuk ;-

·         Merujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia.

·          Suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.

·          Sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (K. Ramanthan, 1992).

Elemen Negara Bangsa

·         Wilayah/Sempadan

·         Penduduk(rakyat atau populasi)

·         Kerajaan

·         Kedaulatan

Konsep Bangsa

·         Satu kelompok manusia berdasarkan ciri fizikal iaitu ras dan keturunan.

·         Kaum – kumpulan etnik berdasarkan ciri budaya.

·         Satu komuniti politik dalam wilayah tertentu.

·         Kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah negara.

·         Kumpulan besar yang ahlinya mempunyai kepercayaan terikat atas asas perkongsian identiti sebagai suatu kumpulan manusia atau masyarakat yang terikat dengan persamaan hubungan sejarah, kebudayaan dan nenek moyang yang sama.



PENGENALAN NEGARA BANGSA

Negara bangsa di negara-negara Eropah

·         Menggunakan amalan real-politic dalam membina negara baharu. Tercetus kerana mempunyai kesedaran tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan kerajaan moden.



Negara bangsa di Madinah

·          Penyatuan melalui amalan diplomasi dan prinsip Islam dengan keakuran semua warganegara terhadap Sahifatul Madinah.



Negara bangsa zaman feudal Melayu

·         Kekuasaan raja-raja Melayu dan ketaatan rakyat di kawasan taklukannya.



Negara bangsa zaman British

·          Cubaan pembinaan negara bangsa melalui penubuhan ‘Malayan Union’



KONSEP NEGARA BANGSA

·         Chambers’ Encyclopedia (1973:671) memberi definisi “nation building” sebagai negara bangsa itu merupakan satu proses yang melahirkan bangsa baru, yakni sebuah negara yang mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan oleh ikatanikatan seperti bahasa, budaya, nilai-nilai dan lain-lain yang membentuk bangsanya.

·         Tujuan utama pembinaan bangsa itu adalah untuk melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu pertubuhan (bangsa) itu.

·         Konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti.

·         Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.



Tiga Syarat Utama Negara Bangsa

1.       Masyarakat dalam sesebuah negara hidup dalam keadaan yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang diskriminasi dan pepecahan.

2.       Rakyat negara mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi yang sama.

3.       Penduduk haruslah percaya dan yakin terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.

NEGARA BANGSA MALAYSIA
Pembinaan negara bangsa di Malaysia dibina berdasarkan Rukun Negara melalui strategi penyusunan semula masyarakat dibawah program Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 (Ghazali, 1992)

14 comments:

  1. Penyusunan bahan yang teratur Dan berguna kepada siswa guru untuk rujukan semasa melaksanakan tugasan. Semoga bahan ini berguna dan bermanfaat! Tahniah, tuan����

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Nota yang ringkas dan padat encik. Terima Kasih Tuan untuk berkongsi nota ini dengan kami

    ReplyDelete
  4. Maklumat yang amat berfaedah. Dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan topik ini

    ReplyDelete
  5. Maklumat yang terdapat dalam blogspot ini adalah tepat dan ringkas serta mudah difahami oleh semua orang. Murid dapat mempelajari topik dengan lebih berfaedah

    ReplyDelete
  6. Nota yang ringkas dan padat tuan. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Nota yang diberi amat ringkas dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  9. Nota yang ringkas dan padat serta boleh memahami dengan mudah tuan.

    ReplyDelete

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...