Tuesday, July 2, 2019

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA


Konflik Etnik Di Afrika

  Rwanda merupakan tanah jajahan Belgium

  Belgium telah kehilangan kawalan ke atas Rwanda pada tahun 1950-an

  Pada tahun 1962, Ruandi-Urundi telah berpecah dan menjadi dua buah negara iaitu Rwanda dan Burundi

  Pada tahun 1994, berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Tutsi oleh etnik Hutu

  Punca yang mencetuskan konflik ini ialah apabila Presiden Rwanda Juvenal Habyarimana, etnik Hutu telah dibunuh di lapangan terbang Kigali pada 6 April 1994

  Beberapa jam selepas itu berlakulah pembunuhan secara besar-besaran dalam sejarah

  Konflik ini berlaku apabila Hutu melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap puak Tutsi

  Ini berlaku di negara Rwanda pada 1994 selama 100 hari dari 6 April hingga pertengahan Jun

  Ini adalah akibat daripada permusuhan yang telah lama berlaku di antara golongan Hutu dan Tutsi yang menjadi minoriti

  Rwanda telah kehilangan 20% penduduknya

  Tutsi yang menjadi minoriti merupakan golongan penternak binatang dan menguasai ekonomi

  Mereka juga telah menguasai Hutu yang menjadi majoriti

  Jelasnya perbezaan di antara kedua-dua kumpulan etnik ini lebih bersifat ekonomi

  500, 000 orang telah terbunuh

  Konflik ini telah merebak ke negara-negara lain seperti Tanzania dan Zaire apabila Tutsi dan Hutu terus bermusuhan dan melakukan pembunuhan

  Akhirnya etnik Hutu telah dapat ditewaskan dan mereka telah melarikan diri ke Zaire (Congo)

  Dari situ Hutu terus melancarkan pembunuhan terhadap etnik Tutsi yang berlindung di kem-kem pelarian di Uganda dan Rwanda

  Konflik ini berlanjutan ke negara-negara lain seperti Burundi dan Tanzania


Konflik Etnik Di Bosnia
       Bosnia pada asalnya adalah sebahagian daripada Yugoslavia.
       Bosnia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik
       Tiga etnik yang utama ialah Bosnia, Serb dan Croat
       Pada permulaan perang , Bosniak terdiri daripada 43% (Muslim)
       Serb -31% (Cristian Orthodoxs) Croat- 17% (Roman Catholic)
       Bangsa serb di bawah Slodovan Milosevic ingin menubuhkan “The Greater Serb” kerana tuntutan nasionalisme yang kuat
       Ini menyebabkan orang bosnia dan Croat khuatir akan penguasaan Serb lalu mengisytiharkan kemerdekaan Bosnia
       Pada 1991, Republik Yugoslavia telah berpecah
       Pada 1991, Republik Yugoslavia telah berpecah
       29 Februari 1992, Bosnia Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan.
       Orang Serb Bosnia telah mengepung bandar  Sarajevo
       Januari 1993, Perdana Menteri BH telah dibunuh
       Tentera Serbia Bosnia yang dipimpin oleh Slobodan Milosevic dan Yugoslavia People Army (JNA) telah melancarkan peperangan di Bosnia untuk mendapatkan wilayah
       Milosevic dan Radovan Karadzic telah melakukan ethnic cleansing terhadap penduduk Muslim di Bosnia
       Tentera Serb yang terdiri daripada JNA telah memiliki senjata dan jumlah tentera yang besar
Kesan Perang Etnik
       Secara keseluruhannya, 100,000 orang terutamanya Bosnia telah dibunuh
       20,000-50,000 orang perempuan telah diperkosa
       2.2 juta telah kehilangan tempat tinggal
       Konflik ini merupakan konflik terburuk di Eropah selepas Perang Dunia Kedua

 

Konflik Palestin-Israel
       Konflik Palestin- Israel telah bermula pada pertengahan kurun ke-20
       Konflik ini telah menjadi teras kepada konflik yang lebih besar iaitu konflik Arab dan Israel
       Walaupun telah ada pemulihan di antara Israel dengan Jordan dan Mesir, penyelesaian mutlak konflik Israel dan Palestine masih belum berlaku.
       Isu-isu yang berkaitan ialah
  1. Pengiktirafan bersama
  2. Masalah sempadan
  3. Masalah keselamatan
  4. Isu air
  5. Kawalan ke atas Jurusalem
  6. Penempatan Israel
  7. Kebebasan pergerakan orang-orang Palestin
  8. Masalah bermula dengan pembentukan negara Israel di atas bumi Palestin pada tahun 1948
  9. Israel telah dibentuk oleh kerajaan kolonial British
Kronologi konflik Israel-Palestin
       May 14, 1948 terbentuk negara Israel di atas tanah Palestin
       Sebelum itu tanah Palestin berada dalam empayar Ottoman dan terdiri daripada
       86% Islam
       10% Kristian
       4% Yahudi
Orang Israel menganggap zionisme sebagai suatu pergerakan pembebasan kebangsaan tetapi kebanyakan orang lain menganggap dasar itu sebagai rasis
       Berlaku permulaan penghijrahan masuk orang-orang Israel ke Palestin.  Pada mulanya kemasukan ini tidak mendatangkan masalah.
       Selepas itu mereka mula menuntut penubuhan negara Israel
       Berlaku permusuhan Palestin dan Israel
       Di Eropah, Hitler melakukan kezaliman terhadap orang-orang Yahudi di Jerman dan ini telah menimbulkan simpati dunia kepada Yahudi dan cita-cita mereka untuk menubuhkan negara
       Campurtangan PBB pada tahun 1947 telah mencadangkan penubuhan negara Israel dengan membahagikan 55% tanah kepada Yahudi walaupun mereka hanya membentuk 30% penduduk dan menguasai 7% tanah
       Di Eropah, Hitler melakukan kezaliman terhadap orang-orang Yahudi di Jerman dan ini telah menimbulkan simpati dunia kepada Yahudi dan cita-cita mereka untuk menubuhkan negara
       Campurtangan PBB pada tahun 1947 telah mencadangkan penubuhan negara Israel dengan membahagikan 55% tanah kepada Yahudi walaupun mereka hanya membentuk 30% penduduk dan menguasai 7% tanah
       Dalam perang 1967, Yahudi telah menguasai lebih banyak tanah iaitu 22% tanah dengan menguasai Semenanjung Gaza dan Bukit Golan
       Isu sekarang ialah pelarian Palestin tidak dibenarkan kembali ke tanah air mereka yang kini telah berada dalam negara Israel
       Lebih 10,000 orang tahanan Palestin terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak berada dalam penjara Israel 
       Isu sekarang ialah pelarian Palestin tidak dibenarkan kembali ke tanah air mereka yang kini telah berada dalam negara Israel
       Lebih 10,000 orang tahanan Palestin terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak berada dalam penjara Israel 

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...