Tuesday, July 9, 2019

KRISIS KEWANGAN GLOBAL


Krisis Kewangan Global

       Andrew Crockett(1997)  mentakrifkan ketidakstabilan kewangan atau krisis kewangan sebagai keadaan yang prestasi ekonomi boleh dilemahkan oleh turun naik harga aset kewangan atau kemampuan pengantara kewangan untuk memenuhi obligasi berkontrak .

       Kehadiran krisis kewangan di Malaysia pada 1998 akibat krisis kewangan Asia pada 1997.



Punca-Punca Krisis Kewangan 1997-1998

       Penarikan balik dana secara mendadak oleh pengurus dana asing dan kemudian, diburukkan lagi oleh kekurangan penyertaan pedagang saham tempatan.

       Pedagang mata wang merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap penurunan nilai mata wang. Merekalah punca kegawatan mata wang. Merekalah punca kegawatan mata wang dan sedang berusaha mengakibatkan kemelesetan di seluruh dunia. ( Mahathir Mohamad,2003.

       Kegawatan Ekonomi: Bagaimana Kedudukan BSKL? Khususnya serangan mata wang yang dilakukan oleh penyangak mata wang ,George Soros pada pertengahan tahun 1997.Ketika itu, Indeks Komposit(IK) yang pernah mencecah paras tertinggi melebihi 1300 mata pada awal tahun 1994, telah mengalami kejatuhan yang berterusan hingga mencecah paras 262.7 mata pada 1 September 1998.(Dewan Ekonomi ,Kegawatan Ekonomi: Bagaimana Kedudukan BSKL? Februari2002).

       Krisis kewangan berlaku kerana penurunan matawang

       Ini menyebabkan status negara berubah menjadi negara dengan pendapatan yang kurang

       Sesebuah negara yang kaya akan mungkin berubah menjadi negara yang miskin kerana penurunan nilai matawang mereka

       Apabila mata wang diturun nilai, kos untuk membeli mata wang asing bagi membayar hutang atau untuk membeli bahan mentah, barang komponen atau perkhidmatan tidak mampu dibayar oleh negara-negara yang dilanda krisis kewangan

       Serangan terhadap pasaran saham menyebabkan syarikat  tidak mampu membayar hutang mereka apabila bank menuntut bayaran.

       Pinjaman tidak berbayar (NPL) meningkat dengan banyaknya

       Pihak yang penting penting dalam menurunkan matawang ialah pedagang matawang

       Pedagang matawang merupakan peniaga yang boleh mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang sesebuah negara.

       Mereka membeli dan menjual mata wang sesebuah negara dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan segera

       Mereka melakukan kemusnahan kepada negara

       Berlaku keruntuhan ekonomi yang sihat dan makmur, tamak haloba yang berkembang di atas penderitaan orang lain

       Pedagang mata wang ini menguasai dan menguruskan dana yang amat besar yang dilaburkan  oleh mereka yang kaya raya di negara yang juga kaya raya.

       Mereka boleh menimbulkan kegawatan ekonomi, memapakan negara dan rakyatnya, menjadikan berjuta-juta orang hilang pekerjaan dan merampas makanan dan perubatan

       Kegawatan ekonomi boleh menyebabkan rakyat merusuh dan menggoncang kerajaan yang dahulunya stabil

       Terdapat beberapa kerajaan yang tumbang akibat tindakan ini

       Satu demi satu ekonomi Asia mengalami penurunan nilai matawang akibat tindakan pedagang mata wang

       Pada tahun 2008, suatu krisis ekonomi sedunia dikatakan terjadi melihat dari beberapa peristiwa hingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Ini merangkumi harga minyak tinggi yang menyebabkan harga makanan tinggi (akibat pergantungan penghasilan makanan pada petroleum, di samping menggunakan hasil tanaman makanan seperti etanol dan biodiesel sebagai alternatif kepada petroleum) dan inflasi sedunia;

       Krisis kredit teruk yang mengakibatkan lingkupnya bank-bank pelaburan dan komersil yang besar dan ternama di merata dunia; pengangguran makin menjadi-jadi; dan kemungkinan kemelesetan sejagat.

       Harga-harga kebanyakan komoditi, khususnya minyak dan makanan, melambung begitu tinggi sampai betul-betul menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi dan pengunduran globalisasi

       Pada bulan Januari 2008, harga minyak mencecah $100 setong buat julung kalinya dalam apa yang disifatkan antara peristiwa penting terawal yang berlaku sepanjang tahun ini.[2] Pada bulan Julai, harga minyak mencapai tahap $147 setong, namun selepas itu kembali menjunam
Dari segi Indeks Komposit BSKL berada pada paras 300 mata pada Ogos 1998 berbanding Indeks Komposit Kuala Lumpur pada 1,237.96 mata pada Disember 1996.Manakala Ringgit dinilai pada RM4.20 berbanding dengan dolar Amerika ,iaitu penurunan melebihi 40 peratus daripada tahun sebelumnya.

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...