PPISMP

NOTA GCI1022 CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

Dua Puluh Tahun Selepas Kesatuan Soviet Berkecai




Minggu lalu genap 20 tahun keruntuhan Kesatuan Soviet.  Empayar berusia 70 tahun lesap dalam minggu-minggu antara 8 Disember 1991 apabila Rusia, Ukraine, dan Belarus mengisytiharkan kemerdekaan mereka, dengan Hari Krismas apabila Presiden terakhir Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev meletakkan jawatan, mengisytiharkan pejabat pupus dan menandatangani waran kematian kerajaan.  

Kejatuhan itu disifatkan oleh Vladimir Putin, sebagai "malapetaka yang maha dahsyat pada abad ke-20."  Dalam ucapan negara tahunan 2005 yang disampaikan kepada parlimen, Presiden Rusia itu menyatakan keruntuhan USSR pada tahun 1991 merupakan "drama sebenar" yang meninggalkan berpuluh-puluh juta orang Rusia di luar Persekutuan Rusia.  Beliau juga berkata bahawa Rusia mesti membangunkan negara "bebas dan demokratik."

Bersempena 20 tahun keruntuhan empayar terbesar abad ke-20 itu,  muncul beberapa penulisan, sama ada yang tertumpu pada individu penting ataupun pada Kesatuan Soviet itu sendiri.  

Jeffrey Sachs yang menulis dalam The Huffington Post dengan segala pujian dan sanjungan kepada Mikhail Gorbachev yang beliau sifatkan sebagai revolusioner dan Demokrat agung, mungkin teragung di dunia. Sachs membahaskan bahawa demokrasi tidak berlaku di Rusia dan banyak negara pengganti lain bekas Kesatuan Soviet.  "Gorbachev secara konsisten mengutuk Rusia berundur semula kepada satu parti, bahkan diperintah oleh satu orang, kerana orang kuat Rusia, Vladimir Putin semakin mengawal ketat institusi demokratik yang berkembang dalam bidang media, akademia, dan wilayah."

Setelah menobatkan Gorbachev sebagai negarawan, pejuang demokrasi dan tokoh pembaharuan demokratik,  Sachs mengakui bahawa Rusia sengsara akibat pemerintahan autoritarian selama berabad-abad, maka peralihan Rusia kepada demokrasi adalah terikat pada cabaran epik, dan memang terbukti sedemikian.  Hari ini orang muda yang berani melancarkan bantahan di jalan-jalan Moscow dan kota Rusia lain dan mengemukakan tuntutan yang lebih kuat dalam sejarah moden Rusia untuk pemerintahan demokratik sebenar.


Sementara Susan B.  Glasser muncul dalam Foreign Policy mengenang semula dan mengagumi George Kennan yang beliau anggap "manusia yang benar-benar masak dengan Rusia."  Banyak genius Kennan tentang Rusia adalah terkandung di dalamnya, daripada anggapan bahawa Kesatuan Soviet, meskipun negara itu menanggung kehilangan banyak nyawa dalam Perang Dunia Kedua, iaitu kira-kira 20 juta orang rakyat, akan bangkit sebagai 'kuasa yang lebih besar tunggal jika dibandingkan dengan negara lain yang akan ditinggalkan di benua Eropah apabila perang ini berakhir" kepada faktor budaya yang akhirnya membuktikan negara komunis membawa kemusnahan sendiri.  Susan Glasser memetik apa yang Kennan pernah tulis untuk memahami Rusia:  "Kekuatan Kremlin terletak terutamanya pada hakikat bahawa mereka tahu bagaimana untuk menunggu.  Akan tetapi, kekuatan rakyat Rusia terletak pada hakikat bahawa mereka tahu bagaimana untuk menunggu lebih lama."


Serge Schemann yang berada di Moscow ketika Kesatuan Soviet berkecai menulis dalam The New York Times bahawa yang memeranjatkan pada malam Krismas itu bukan bahawa Kesatuan Soviet mati, tetapi bahawa Kesatuan itu bertahan terlalu lama. "Saya selalu memikirkan perbezaan antara simbolisme besar-besaran dengan realiti tidak menarik detik itu, terutamanya ketika gelombang semasa revolusi 'warna,' 'kebangkitan,' dan pergolakan lain. Keterujaan peristiwa seperti itu, terutamanya apabila dilihat dari jauh, yang mementingkan laporan romantik."

Namun, beliau menegaskan bahawa revolusi atau runtuhnya kerajaan, sebenarnya tidak patut diraikan.  Peristiwa itu menunjukkan kegagalan tadbir urus, dan kegagalan yang diperintah untuk mengubah kerajaan menerusi cara demokratik.  Vaclav Havel sepatutnya menghabiskan tahun-tahun terbaiknya menulis drama, bukannya duduk di dalam penjara dan menentang sistem yang menindas.  Dan seperti yang kita lihat di banyak negara bekas republik Soviet dan di banyak tempat lain, "perubahan rejim" tidak semestinya membawa kepada rejim yang lebih baik.  Berpulu-puluh ribu orang muncul di Moscow dan kota-kota lain di Rusia pada bulan ini untuk membantah pilihan raya parlimen yang dimanipulasi. Aleksandr Lukashenko Belarus dan Islam Karimov Uzbekistan merupakan penzalim yang diakui; lima tahun selepas Revolusi Jingga Ukraine menggulingkan pilihan raya yang dimanipulasi Viktor Yanukovich, bagaimanapun, rakyat Ukraine memilih beliau.

Schemann mencatatkan perasaan yang berbaur bagi banyak orang berhubung dengan kematian Kesatuan Soviet.  Mereka memperoleh kebebasan, tetapi mereka terhumban ke dalam bahaya yang tidak diketahui.  "Kebanyakan pembaharuan ekonomi Gorbachev, di samping Boris Yeltsin selepas Kesatuan berkecai, kelihatan pada mulanya menjadikan kehidupan lebih sukar dan sangat bahaya."

"Akhirnya," tulis Schemann lagi, "oleh sebab penggulingan kerajaan yang memusnahkan adalah terlalu traumatik, dan oleh itu, terlalu membawa padah, malam 20 tahun itu wajar diperingati sebagai kemenangan untuk maruah manusia.  Dalam pemberitaan saya malam itu, saya memetik Komsomolskaya Pravda bahawa khususnya tentang Gorbachev, tetapi kelihatan menangkap mood yang lazim: 'Beliau tidak tahu bagaimana membuat sosej, tetapi beliau tahu bagaimana memberikan kebebasan.  Dan jika seseorang percaya bahawa sosej lebih penting daripada kebebasan, dia kemungkinan tidak memperoleh kedua-duanya.'"

Dengan kata lain, "yang dikejar tidak dapat yang dikendung keciciran."  Hanya beberapa tahun selepas itu, sebilangan rakyat Rusia berasa kecewa kerana dengan sistem lama, makanan untuk mereka adalah terjamin, disediakan oleh negara.  Namun, dalam memburu kebebasan mereka terpaksa mengikat perut.


Dua puluh tahun lalu Mikhail Gorbachev mengumumkan berakhirnya eksperimen global yang cukup besar. Selepas tujuh dekad. Kesatuan Soviet berpecah, 15 buah republiknya menjadi negara merdeka, dan kapitalisme menggantikan ekonomi Soviet yang dirancang.  "Melalui televisyen nasional,"  Robert Service mengimbas kembali dalam The New York Timesperistiwa dua dekad lalu, "Gorbachev memperlihatkan muka yang berani: 'Kita kini hidup di dunia baru,' beliau berkata ketika 25 Disember 1991, menyiarkan ucapan perletakan jawatannya. 'Pengakhiran diletakkan pada Perang Dingin dan untuk perlumbaan senjata, di samping untuk penenteraan yang gila ini.' Akan tetapi, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya bahawa orde Soviet di ambang perpecahan."

Robert Service menegaskan bahawa Gorbachev menanggung akibat kegagalannya.  Hukum ekonomi yang beliau perkenalkan pada tahun 1988 melemahkan sektor negara yang besar tanpa membolehkan perusahaan swasta muncul.  Beliau menjengkelkan institusi dominan negara, iaitu Parti Komunis, KGB, dan tentera, tetapi hanya menghakis kapasiti mereka untuk melawan balik.  Lagipun, dengan menggalakkan kebebasan bersuara, beliau dengan tidak sengaja menggalakkan puak radikal untuk mengecam komunis, meskipun beliau melakukan pembaharuan.

Keruntuhan Kesatuan Soviet disambut rasa gembira oleh kerajaan, ahli politik, para pengulas, dan ahli akademik Amerika.  Namun, majoriti rakyat Rusia, bahas Stephen F.  Cohen dalam The Nation, seperti yang mereka berulang-ulang kali nyatakan dalam kajian pendapat, masih berasa kesal yang mendalam berakhirnya Kesatuan Soviet, bukan kerana mereka merindui "Komunisme," tetapi kerana mereka kehilangan negara yang biasa bagi mereka dan memperoleh gaya hidup.  Pada Mac 2011, untuk mengambil contoh terbaharu, 59 peratus mereka yang dikaji berkata mereka "menyesali" Soviet berpecah, manakala 24 peratus menyatakan tidak.  Sesungguhnya, pada bulan Disember, 74 peratus pembaca bahkan akhbar Moscow liberal berkata mereka menyesali perpecahan itu.  Tidak kurang pentingnya, kebanyakan rakyat Rusia tidak berkongsi hampir sepakat pandangan Barat yang mengatakan bahawa "keruntuhan" Kesatuan Soviet "tidak dapat dielakkan" kerana wujud kecacatan yang besar.  Sebaliknya, mereka percaya, dan untuk alasan empirik yang baik, tiga faktor "subjektif" yang memecahkan Kesatuan Soviet: cara pesat dan radikal yang terlampau, bukan untuk memperlahankannya dan secara berhati-hati, seperti yang diperkatan di Barat, Gorbachev melaksanakan pembaharuan politik dan ekonominy; perebutan kuasa yang Yeltsin mengguling negara Soviet untuk menghapuskan presidennya, iaitu Gorbachev, dan menduduki Kremlin; dan perampasan harta oleh elit birokratik Soviet. iaitu nomenklatura,  yang lebih berminat terhadap "penswastaa" kekayaan yang besar milik negara pada tahun 1991 daripada mempertahankan harta tersebut.

Dalam tulisannya itu, Cohen memetik ahli falsafah Moscow, Aleksandr Zinoviev, yang kemudiannya  menyatakannya dengan pahit, "Mereka menyasarkan Komunisme, tetapi menghentam Rusia.  Cohen juga memetik Vladimir Putin dan Mikhail Khodorkovsky bahawa "Sesiapa yang tidak menyesali perpecahan Kesatuan Soviet, sesungguhnya tidak berhati perut. Dan sesiapa yang fikir Kesatuan Soviet dapat dibina semula, sesungguhnya tidak berotak."

Sempena 20 tahun keruntuhan Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev menulis juga dalam The Nation, membangkitkan keriangan Barat menyambut keruntuhan itu.  Namun, beliau menegaskan dunia tanpa Kesatuan Soviet tidak menjadi lebih selamat, lebih hanya atau lebih stabil.  Kita mengalami kacau-bilau global, dunia hanyut dalam air yang tidak dicartakan, dan bukannya orde dunia baru bahawa tadbir urus global yang cukup untuk mencegah hal ehwal antarabangsa daripada mengalami keadaaan   berbahaya yang tidak dapat diramalkan. "Krisis ekonomi global yang berlaku pada tahun 2008 memberikan bukti yang jelas."  Baru-baru ini, Gorbachev mendesak Putin meletakkan jawatan berikutan tunjuk perasaan antibeliau. 

Sesungguhnya, 20 tahun kemudian, meskipun tanpa Kesatuan Soviet, kita warga dunia tidak henti-henti menyaksikan kekacauan dunia baru: kegawatan ekonomi, pergolakan politik, kekacauan sosial.  Kini, kita menyaksikan dunia dalam revolusi, atau kedatangan kacau-bilau menuntut keadilan sosial global.


Sejarah Runtuhnya Uni Soviet –Penyebab, Proses dan Akibat Keruntuhan
Uni Soviet merupakan salah satu (mantan) negara adidaya dunia yang sekaligus menjadi rival abadi Amerika Serikat. Negara ini merupakan negara komunis teragung sejagat raya pada masanya. Sehingga kekuatan politiknya tidak dapat diremehkan sejak ia berdiri tanggal 25 Oktober 1917. Bahkan 3 tahun setelah itu, tepatnya di tahun 1920 Vladimir Lenin terus berusaha melebarkan sayap komunisme ke luar Eropa Timur. Usahanya ini dikenal dengan Komintern (Komunis Internasional).
Pada masa kejayaannya, Uni Soviet yang merupakan gabungan dari beberapa negara berhasil menularkan paham komunismenya pada beberapa negara di luar Eropa Timur. Namun dinamisme perkembangan di dalam tubuh negaranya sendiri gagal menyatukan negara-negara bagian yang bersatu di bawah naungan Uni Soviet.
Negara ini wajib memberikan perlindungan dan sumbangan materi kepada negara berpaham sosial-komunis yang menjadi bawahannya. Semua ini dipicu juga karena perang dingin dengan Amerika Serikat. Kedua negara besar tersebut tidak pernah bentrok fisik langsung. Tetapi melalui tindakan di balik layar yang mendorong negara-negara kecil agar terlibat konflik lebih dalam, kedua negara ini telah jelas menunjukkan ada dendam di antara mereka.
Sementara itu, demokrasi Amerika mendengungkan kebebasan yang tidak membatasi rakyatnya mengeluarkan suara dan berkreativitas. Di pihak yang lain, sosial-komunis terus dipaksakan menjadi ideologi bagi Uni Soviet dan sekutunya agar negara yang menganut paham ini dapat hidup teratur serta adil.
Nyatanya zaman memberikan tantangan yang semakin berat bagi kedua kubu, United States of America dan Uni Soviet. Dan akhirnya yang keluar dari perang dingin sebagai pemenang adalah Amerika Serikat. Cool War atau perang dingin yang sudah lama berlangsung disudahi dengan runtuhnya negara Uni Soviet pada 25 Desember 1991.
Penyebab Keruntuhan
Ada banyak faktor yang melatarbelakangi keruntuhan negara sebesar Uni Soviet. Tentunya faktor-faktor tersebut lebih banyak berasal dari internal negara. Seperti permasalahan KKN yang tidak transparan, konflik antar suku bangsa dan beberapa masalah yang kemudian menjadi penyulut gerakan sporadis penghancur kedaulatan negara. Berikut adalah penyebab keruntuhan Uni Soviet :
1.      Keragaman Budaya
Keragaman budaya ternyata menjadi sumber permasalahan yang sangat membahayakan kedaulatan negara. Sehingga negara kita dapat berkaca kepada sejarah runtuhnya Uni Soviet agar dapat menjadikan perbedaan sebagai sumber kekuatan, bukannya keruntuhan. Di Indonesia, kasus semacam ini bisa diatasi dalam sejarah kerajaan Majapahit yang melahirkan sejarah bhinneka tunggal ika.
Uni Soviet merupakan sebuah pemerintahan pusat yang berada di Moskow, namun ia membawahi 15 negara berbentuk republik. Tentunya dengan jumlah negara sebanyak itu, luas wilayah Uni Soviet sangat lebar, bahkan menjadi salah satu yang terbesar di dunia. Selain luas wilayah, berpengaruh juga keragaman etnis, suku bangsa, adat istiadat, kebudayaan dan berbagai ciri khas dari setiap negara bagian.
Etnosentrisme masih sangat kental terasa meskipun sudah ada pemersatunya, Uni Soviet. Sayangnya, kenyataan tetap bersikukuh membuat setiap negara bagian dari Uni Soviet memegang ciri khas dan sifat kedaerahan masing-masing. Tidak ada rasa nasionalisme bernama satu Uni Soviet pada saat itu. Sehingga faktor ini menjadi faktor utama dan pertama yang menyebabkan keruntuhan Uni Soviet.
Ketika pemerintah pusat sudah kewalahan menjamin kesejahteraan hidup seluruh negara bagiannya, ada banyak pihak yang tidak puas dengan kinerja pemerintah. Mereka pun memutuskan melakukan gerakan sporadis yang menyerang pemerintah pusat. Seperti di Indonesia, kebanyakan negara yang berani menentang pemerintah secara terang-terangan adalah negara yang wilayahnya jauh dari ibukota, Moskow.
2.      Totaliter
Ini bukan sejarah NAZI, namun pemerintahan di Uni Soviet masa Lenin dan seterusnya memakai sifat totaliter. Sebenarnya tujuan dari penerapan sifat ini pada kepemimpinan diktator tidak sepenuhnya jelek. Para penguasa menginginkan sebuah keteraturan dalam negara agar cepat mencapai tujuannya. Sehingga rakyat harus sepenuhnya percaya pada negara dan pemerintah.
Karena keharusan menghargai negara dengan sepenuh kepercayaan, akhirnya beberapa pihak dalam negeri yang mencari untung memanfaatkan keadaan ini. Mereka bertindak sebagai orang-orang penjilat yang tidak benar-benar peduli dengan rakyat. Mereka bersikap untuk menyenangkan negara dan pemerintah demi kepentingannya sendiri.
Sementara itu, pemerintahan yang totaliter membius rakyat kecil dalam berkreasi dan berpendapat. Mereka tidak dapat mencukupi kebutuhan hidupnya dengan cara sendiri, sifat totaliter ini juga sangat mengekang setiap gerakan yang berusaha meneriakkan kebebasan. Untuk memantapkan sifat totaliter di Uni Soviet, negara ini memiliki polisi rahasia bernama KGB bentukan Felix Dzerzhinsky yang terkenal kejam.
3.      Miskin
Tidak ada negara maju yang kondisi ekonomi negaranya memburuk dari hari ke hari. Kondisi miskin ini dinilai dari standar kesejahteraan atau taraf hidup rakyat dan beberapa indikator kemajuan ekonomi. Terbukti negara-negara blok barat yang dipimpin oleh Amerika Serikat memiliki taraf hidup yang lebih baik dibanding negara sosialis-komunis.
Perekonomian di Uni Soviet sendiri pada waktu itu menerapkan sistem sosialis sebagai dampak dari ideologi yang dianut oleh pemerintah. Karena memilih ideologi tersebut, segala hal yang berurusan dengan proses ekonomi dilakukan dengan keterlibatan pemerintah.
Tidak ada kebebasan berkreativitas agar ekonomi dapat semakin maju. Tidak ada pula usaha pemerintah menyerahkan aset negara yang memungkinkan dikelola swasta agar dikelola oleh pihak swasta sehingga dapat meringankan tugas pemerintah. Karena terus menerus menunggu pemerintah dari proses produksi, distribusi dan konsumsinya, perekonomian di Uni Soviet berkembang sangat lambat bahkan hampir macet.
Pengeluaran negara yang harus membiayai negara lain sebagai pendukungnya di dunia internasional cukup menguras kas negara. Akibatnya kebutuhan dalam negeri tidak kunjung terpenuhi dan malah terjadi kemiskinan pada rakyat jelata.
4.      Kemajuan Zaman
Kemajuan zaman selalu identik dengan globalisasi. Dan globalisasi ini selalu berkembang bersama kecanggihan tekhnologi. Maklum, sebagai sebuah negara yang memiliki 2 generasi –baru dan lama- akan mengalami perbedaan pendapat. Namun perbedaan ini tidak seperti perbedaan antar generasi pada sejarah Rengasdengklok di Indonesia.
Generasi muda Uni Soviet mengetahui perkembangan dunia internasional melalui alat komunikasi radio dan televisi. Dari kedua media tersebut, keinginan menjadi individu yang bebas merdeka menyuarakan dan mengkreasikan pikiran tumbuh semakin subur. Mereka memiliki ide merebut kembali hak asasi manusia dari radio dan televisi yang memberitahu kemajuan serta kemapanan kehidupan negara luar tanpa totaliter, dengan demokrasi penuh. Termasuk dalam golongan muda Soviet yaitu Gorbachev dan Yeltsin.
5.      Generasi Baru
Generasi baru Uni Soviet lahir sebagai efek dari kemajuan zaman. Generasi ini berhasil memegang kendali pemerintahan. Adalah Mikhail Gorbachev yang berhasil menduduki kursi PKUS (Partai Komunis Uni Soviet). Dia merupakan seorang lelaki yang memiliki visi kuat ke depan dengan semangat mudanya yang membara untuk mendapatkan perubahan.
Gorbachev selalu digadang-gadang dapat memperbaiki keadaan Uni Soviet yang sudah sangat buruk. Ia lahir di era 1930-an dan menjadi Sekretaris Jenderal PKUS di tahun 1985. Dengan ide dan perencanaannya yang akan membawa rakyat keluar dari totalitarianisme, sosialisme dan komunisme, pria ini ternyata menjadi penguasa terakhir di Uni Soviet.
6.      Bubarnya Pakta Warsawa
Pakta Warsawa dilangsungkan di Warsawa, sebuah daerah milik negara Polandia. Pakta ini menghasilkan kesepakatan di antara seluruh negara komunis yang berada di Eropa. Kesatuan militer komunis lahir dari kesepakatan Warsawa ini yang resmi disepakati pada tanggal 14 Mei 1955.
Bubarnya pakta Warsawa ini diakibatkan oleh Uni Soviet sendiri. Sebagai negara adidaya diantara negara komunis Eropa, Uni Soviet memegang peran penting di dunia komunis internasional. Kebijakan Gorbachev yang mulai membuka diri, pengaruh politik Amerika yang sangat kuat terhadap perekonomian Uni Soviet dan seluruh dunia mengakibatkan pakta tersebut perlahan melemah dan bubar.
Tujuan dari dibentuknya pakta Warsawa sebetulnya untuk mempersiapkan diri menerima serangan dari NATO –aliansi militer milik blok barat yang dikepalai Amerika. Namun pada tanggal 31 Maret tahun 1991 –tahun runtuhnya Uni Soviet- pakta ini bubar secara tidak resmi. Kebubarannya diresmikan pada tanggal 1 Juli 1991.
Proses Runtuhnya Uni Soviet

Setelah memahami mengapa negara sebesar Uni Soviet yang lahir dari Revolusi Bolshevik tahun 1917 bisa runtuh, kita harus memahami proses dari keruntuhannya. Keruntuhan ideologi komunis dianggap jatuh bersama keruntuhan Uni Soviet sebagai negara komunis terbesar dan pertama di dunia. Bahkan tanda-tanda keruntuhannya telah tampak semenjak pemerintahan masih dipegang oleh Nikita Kruschev. Beliau Presiden Uni Soviet yang menjadi salah satu dari 3K yang paling berpengaruh di dunia –Kruschev, Karno (Soekarno), dan Kennedy.
·        Beban Masalah
Uni Soviet ketika dikendalikan Mikhail Gorbachev mengalami masalah yang sangat kompleks. Ia memiliki beban tanggungan dalam dan luar negeri yang harus segera diselesaikan. Dan karena ketidakmampuan sosialis-komunis menyelesaikan masalah-masalah tersebut sesegera mungkin, Gorbachev menerapkan cara lain yang lebih terbuka dan melibatkan rakyat sebagai bagian dari negara.
Beban masalah dalam negeri yang sangat berat merupakan masalah ekonomi yang terus memburuk, birokrasi pemerintahan yang ruwet dan macetnya produktivitas negara dalam beroperasi secara normal. Sementara itu, di luar negeri Uni Soviet sedang dihadapkan dengan banyak permasalahan antar negara mulai dari negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika bahkan hingga Amerika Latin. Dan yang sangat memalukan adalah tragedi kebocoran nuklir Chernobyl hingga mengharuskan Uni Soviet kehilangan kepercayaan dari beberapa negara yang kesal kena dampak pencemaran lingkungannya.
·        Perestroika
Perestroika merupakan upaya Gorbachev menyelesaikan masalah kompleks yang dihadapi Uni Soviet. Tujuan dari dilaksanakannya konsep perestroika yaitu agar terjadinya restrukturisasi dalam negara. Pada prakteknya, konsep perestroika justru menjadi awal kehancuran total Uni Soviet.
Awalnya, konsep ini dijalankan dengan menentang kelompok pro dan kontra yang hadir memberi tanggapan. Gorbachev menganggap orang-orang yang kontra adalah generasi lama yang pola pikirnya masih konservatif, sehingga mereka perlu pembaruan. Padahal di pihak kontra ini berdirilah kepala KGB, Menteri Pertahanan, Wakil Presiden dan beberapa menteri lainnya.
Kelompok kontra kemudian merencanakan siasat agar Gorbachev turun dari kursinya. Sehingga ia dan para generasi baru dapat tunduk kembali kepada kaum komunis ortodoks yang terdiri dari golongan konservatif. Sayangnya usaha kudeta ini gagal dilaksanakan pada tanggal 19 Agustus 1991. Perestroika pun terus berjalan dengan beberapa asas yang menjadi unsurnya.
·        Glasnost (Keterbukaan)
Sudah lama rakyat memimpikan sebuah negara yang terbuka. Gorbachev adalah seorang pemimpin yang memahami keinginan rakyatnya, ia pun memasukkan unsur keterbukaan atau glasnost pada konsep yang dijalankannya.
Keterbukaan yang dimaksud hampir sama dengan reformasi Indonesia yang menandai berakhirnya orde baru. Glasnost di Uni Soviet membiarkan rakyat memiliki hak milik atas suatu barang dan perusahaan swasta, membiarkan rakyat menyuarakan pendapat di media massa, membiarkan media menampilkan berita beragam yang dibutuhkan rakyat, dan membiarkan memasukkan unsur kebebasan agama dalam kehidupannya.
·        Demokratisasi
Unsur demokratisasi ini diterapkan pada bidang politik. Sistem monopoli kursi politik yang diterapkan sejak kabinetnya Lenin, berubah menjadi demokratis. Rakyat diberi pilihan secara bebas agar menentukan orang yang tepat menjadi wakilnya sebagai penyambung suaranya di kursi parlemen.
·        Hukum Keteraturan
Hukum benar-benar ditegakkan di masa Gorbachev. Terutama dimulainya penegakan hukum Hak Asasi Manusia (HAM) yang dulunya kurang dihargai. Fokus utama dimasukkannya unsur ini ke dalam konsep perestroika adalah menormalkan kondisi ekonomi Uni Soviet yang sempat turun.
Jadi dengan unsur ini, negara memberikan subsidi kepada perusahaan swasta yang bangkrut, negara juga memberikan kebebasan individu dan swasta untuk mengembangkan perekonomian. Pada masa ini, banyak alat berat yang menjadi usaha prioritas pemerintah untuk meningkatkan pendapatan negara. Yang terpenting seluruh kebebasan tersebut berada dalam bingkai keteraturan.
Konsep perestroika yang kembali dijalankan Gorbachev pada akhirnya gagal. Hal ini dikarenakan Gorbachev menyadari banyak orang-orang dari Partai Komunis Uni Soviet (PKUS) yang berusaha mengkudetanya. Bagaimana ia dapat bertahan memimpin bila yang mendudukannya di kursi pimpinan terus berusaha menjatuhkannya.
Gorbachev memutuskan untuk melepas kekuasaannya di tanggal 24 Agustus 1991, hanya beberapa hari setelah kegagalan kudeta. Dengan mundurnya Gorbachev dari kepemimpinannya, maka semakin meriahlah kehancuran Uni Soviet. Negara-negara bagian yang semula masih mempersiapkan strategi matang untuk melakukan gerakan sporadis akhirnya mempercepat diri berpisah dengan Uni Soviet.
Kebubaran PKUS dan mundurnya Gorbachev dari sana sudah sama dengan keruntuhan Uni Soviet. Partai besar ini merupakan Uni Soviet itu sendiri. Ia yang mengawali berdirinya Uni Soviet dan mengelola negara tersebut kurang dari seabad.
Setelah Turunnya Gorbachev, satu per satu negara bagian Uni Soviet melepaskan diri. Georgia yang menjadi negara perdana pecahan Uni Soviet di tahun 1990 terus disusul jejaknya oleh negara bagian yang lain. Hingga keruntuhan Uni Soviet resmi dialami pada tanggal 31 Desember 1991.
Akibat Keruntuhan
Dengan keruntuhan Uni Soviet sebagai negara komunis adidaya dunia, maka runtuh pula kekuasaan komunis internasional. Berarti hal tersebut membuat Amerika Serikat memenangkan perang dingin yang sudah berakhir.
Banyaknya negara yang berbeda adat di bawah Uni Soviet pada akhirnya mendapatkan jati diri dan kebebasannya sendiri dalam menyelenggarakan pemerintahan dan kedaulatan sesuai kepribadian warganya sendiri. Mereka mendirikan negara baru yang sudah tidak lagi terikat dengan sosialis-komunis. Bahkan hampir semua mantan negara bagian Uni Soviet lebih menyukai demokrasi dibandingkan meneruskan sistem warisan Uni Soviet.
Hak Asasi Manusia di seluruh negara bagian Uni Soviet yang dulu dikekang oleh pemerintah pun sudah dihargai sepenuhnya. Bahkan ada banyak kreativitas dan prestasi individu yang terus bermunculan seiring keruntuhan Uni Soviet dan kebebasan mantan negara bagian mengekspresikan adat istiadat dan budayanya sendiri.

Keruntuhan Uni Soviet yang sangat dramatis membuat beberapa negara komunis lain perlahan melemah. Tidak ada lagi negara besar yang menjadi penyokong mereka menumbuhkan paham komunis di negaranya. Lambat laun, pengaruh komunis sama sekali hilang dari muka bumi dan malah menjadi musuh bagi banyak negara di dunia.


15 comments:

  1. Ilmu yg bermanfaat, terima kasih 😊

    ReplyDelete
  2. Nota yg mudah utk difahami dan membantu saya dlm pembelajaran

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg hebatπŸ‘πŸ» terbaik dan mantap

    ReplyDelete
  4. Nota padat & ringkas😎 senang untuk difahami

    ReplyDelete
  5. Info Yg Berguna Kepada Para Pelajar Baharu PPISMP

    ReplyDelete
  6. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» maklumat yang mudah difahami

    ReplyDelete
  7. mudah difahami dan senang diingati..terbaik

    ReplyDelete
  8. maklumat yang padat..ade sedikit perkataan yang x difahami... spt:macet

    ReplyDelete

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...