Sunday, June 30, 2019

Cabaran dan Isu Semasa Dunia


Parlimen Eropah

       Parlimen Eropah (Europarl atau EP) ialah satu-satunya institusi parlimen yang dipilih secara langsung di Kesatuan Eropah (EU)

       Bersama dengan Majlis Kesatuan Eropah (Majlis), Parlimen ini membentuk cabang perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan juga disifatkan sebagai salah satu kuasa perundangan yang paling berkuasa di dunia

       Parlimen dan Majlis membentuk badan perundangan tertinggi dalam lingkungan Kesatuan. Sungguhpun begitu kuasa-kuasanya terhad kepada kompetens yang dikurniakan ke atas Komuniti Eropah oleh negara-negara anggota

       Maka itu, institusi ini agak terhad kuasanya terhadap kawasan-kawasan dasar yang dipegang negeri-negeri dan dalam lingkungan dua tunggak lain daripada tiga tunggak Kesatuan Eropah. Parlimen ini terdiri daripada 785 orang Ahli Parlimen Eropah yang berkhidmat kepada para pemilih demokratik kedua terbesar di dunia (mengekori India) dan para pengundi demokratik transnasional terbesar di dunia (342 juta pengundi yang layak pada tahun 2004

       Parlimen Eropah dipilih secara langsung setiap lima tahun melalui hak mengundi umum sejak tahun 1979. Walaupun Parlimen Eropah mempunyai kuasa perundangan yang tidak dimiliki badan-badan lain, namun Parlimen ini tiada inisiatif undang-undang seperti kebanyakan parlimen kebangsaan.

       Parliamen Eropah akan membuat keputusan untuk menerima ahli-ahli baru yang memohon masuk ke dalam Kesatuan Eropah



Tiga peranan Parlimen Eropah ialah

  1. Membahaskan dan meluluskan Undang-Undang Eropah (European Laws)
  2. Mengawasi institusi-institusi Kesatuan Eropah yang lain
  3. Membahaskan dan meluluskan budget EU



INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...