Wednesday, October 14, 2020

Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia

 

Menganalisis Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia

1.0 Pengenalan

Tiada satu negara memiliki bentuk dan struktur perlembagaan yang sama. Di dunia ini terdapat pelbagai bentuk dan struktur perlembagaan. Perkara ini berlaku kerana perlembagaan sesebuah negara adalah hasil perjalanan sejarah sosial setempat hasil interaksi dengan proses migrasi dan globalisasi. Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme Melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka dan dengan Sultan negeri-negeri dan British. Perlembagaan Malaya dan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, Orang Asli dan juga etnik-etnik lain. Perlembagaannya bersifat mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat pelbagai etnik yang sivil. Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas untuk membina negara moden Malaya dan Malaysia. Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

 

2.0 Definisi dan Konsep Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan merupakan dokumen yang mengandungi semua undang- undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya. Perlembagaan menjadi sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan. Semua undang- undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan jika bertentangan, maka undang- undang perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai sebagai undang- undang yang lebih utama. Undang-undang perlembagaan dengan itu dapat membatalkan mana-mana undang-undang lain yang bertentangan dengannya (Mohd Salleh 1984).


Hashim (1983) pula berpendapat perlembagaan lebih daripada apa- apa perkara yang hanya berkenaan dengan urusan kerajaan, rangka-rangka demokrasi dan perlindungan akan hak-hak rakyatnya. Perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan suasana muhibah, penerimaannya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya. Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang-undang tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah, perkembangan dan tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.

 

Perlembagaan Persekutuan juga mengguna pakai konsep ketertinggian perlembagaan. Melalui konsep ini, tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan (Mohamed Suffian 1987). Sebagai contoh, kuasa perundangan hendaklah dijalankan tertakluk kepada peruntukan yang dikenakan oleh perlembagaan.

Malah, undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan setakat mana ia bercanggah. Hal ini kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

 

3.0 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

Di Malaysia, sebelum kewujudan Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) oleh Hang Sidi Ahmad dan Undang-Undang laut Melaka, perundangan Islam telah diamalkan lebih awal daripada itu melalui Prasasti Terengganu yang bertarikh 14 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303 (Syed Naquib 1970). Prasasti Terengganu memperuntukkan beberapa peraturan berhubung dengan jenayah, urus niaga dan pentadbiran. Manakala perlembagaan bertulis yang paling awal dihasilkan di Tanah Melayu adalah pada tahun
1895, iaitu Perlembagaan Negeri Johor diikuti dengan PerlembagaanTerengganu 1911.


Dalam perlembagaan tersebut, diperuntukkan bahawa seorang raja hendaklah berbangsa Melayu, berdarah raja, seorang keturunan raja-raja Johor, lelaki dan menganut agama Islam. Malah menteri-menteri juga mesti Melayu, rakyat sultan dan menganuti agama Islam. Sementara dalam perkara VII pula diperuntukkan bahawa agama negeri bagi negeri Johor ialah agama Islam. Agama Islam hendaklah secara terus-menerus dan selamanya menjadi agama negeri Johor (Muhamad Arifin 1999). Peruntukan ini kekal termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri- Negeri yang beraja sehingga kini.


Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip- prinsip perlembagaan moden disebabkan nilai dan struktur masyarakat pada masa itu berbeza dengan situasi masa kini. Justeru, perlembagaan di Tanah Melayu telah bermula sejak kewujudan Hukum Kanun Melaka lagi. Bahan-bahan sejarah termasuk Hukum Kanun Melaka adalah antara bukti jelas yang menunjukkan negara ini telah mempunyai sistem perlembagaan sebelum kuasa Eropah tiba di Tanah Melayu (Abdul Aziz
2008). Hal ini kerana sifat dan kandungan sesebuah perlembagaan itu bergantung atau dipengaruhi oleh keperluan zamannya.

 

3.1 Malayan Union

Menurut Perlembagaan Malayan Union, Malayan Union akan diperintah oleh Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Sultan- sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Manakala majlis yang membincangkan hal ehwal agama Islam akan dianggotai oleh sultan- sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya. Perlembagaan Malayan Union juga cuba memberikan hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli yang bermaksud jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak menerima kerakyatan dengan mudah. Dari segi pentadbiran, Gabenor memerintah bersama-sama dengan Majlis Penasihat sehingga dua badan tetap, iaitu Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dapat ditubuhkan (Zainal Abidin 1979).


Setelah memperoleh bidang kuasa ke atas negeri-negeri Melayu, kerajaan British melalui Perintah Malayan Union dalam Majlis 1946 dan Arahan Diraja pada 27 Mac 1946, telah mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946 (Mohamed Suffian 1970). Bagaimanapun, hanya sebahagian daripada perlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan. Malayan Union tidak dapat bertahan lama dan menjelang Februari 1948 ia dibubarkan kerana mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana sebab-sebab berikut:


i. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melaluiprinsip jus soli.

iii. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

iv. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua, iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan.Orang Melayu mula mengadakan beberapa rapat umum dan tunjuk perasaan menentang Malayan Union. Keberhasilan orang Melayu membubarkan Malayan Union memperlihatkan kejayaan orang Melayu mengembalikan semula kuasa dan martabat Raja-raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan.

 

3.2 Persekutuan Tanah Melayu 1948

Malayan Union diganti dengan sebuah persekutuan, iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Wilayahnya meliputi wilayah yang dicadangkan bagi Malayan Union. Menerusi konsep persekutuan ini, kerajaan pusat berkuasa dalam semua perkara yang penting secara menyeluruh tetapi pada masa yang sama ia mengekalkan autonomi negeri-negeri serta menghormati kebesaran, martabat dan bidang kuasa Raja-raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 meliputi sembilan negeri Melayu dan dua daripada tiga Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Singapura terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan kerana orang Melayu merasakan mereka mungkin dikuasai oleh orang Cina sekiranya Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dari segi bilangan penduduk.


Perlembagaan baharu ini telah memenuhi kehendak pihak yang terbabit dalam pertikaian tentang idea penubuhan Malayan Union. Kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan, begitu juga dengan kedudukan istimewa orang Melayu serta prinsip jus soli telah digugurkan. Pembentukan persekutuan merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu kerana mengiktiraf kedaulatan dan hak negeri-negeri yang dahulunya telah dihapuskan dalam Malayan Union. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Mohd Aris 1983).

 

Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu mula terjalin. Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan,
politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. Maka, pada Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan telah bertanding dalam pilihan raya dengan meletakkan calon bagi semua 52 kerusi iaitu Parti Negara sebanyak 33 kerusi dan PAS sebanyak11 kerusi. Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata Perikatan yang diterajui oleh UMNO telah mengamalkan konsep perkongsian kuasa melalui pembahagian kerusi dalam pilihan raya ini. Hal ini kerana walaupun pada Persidangan Perwakilan UMNO, ahli UMNO meminta 40 kerusi diberikan kepada UMNO atas alasan jumlah pengundi Melayu ialah 84.2 peratus, tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MIC sebanyak dua kerusi. Berasaskan kekuatan mengundi, UMNO sepatutnya menuntut tidak kurang daripada 90 peratus daripada jumlah kerusi.

 

Satu perkara yang menarik semasa Pilihan Raya Umum 1955 ialah penolakan sikap perkauman dalam kalangan orang Melayu. Jika orang Melayu bersikap perkauman, mereka boleh menubuhkan kerajaan Melayu dan menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka. Pastinya perlembagaan tersebut akan menjamin kekuasaan orang Melayu dengan cara yang berterusan. Pada Julai 1954, Perikatan dan pihak British telah bersetuju untuk mengadakan sebuah Majlis Perundangan Persekutuan yang mempunyai 98 orang ahli, 52 daripadanya adalah dipilih dan 46 orang lagi dilantik. Daripada 46 ahli yang dilantik ini, lima orang daripadanya dicalonkan oleh parti politik yang mendapat majoriti dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya ini, pengundi Melayu adalah majoriti dalam 50 daripada 52 kawasan pilihan raya kerana 84 peratus daripada pengundi adalah daripada pengundi seluruh negara. Selain itu, daripada 46 orang ahli yang dilantik terdiri daripada orang Melayu iaitu sembilan orang Menteri Besar (Zainal Abidin 1996).


Oleh yang demikian, sekiranya orang Melayu bersikap perkauman, mereka boleh memenangi 50 kerusi yang dipertandingkan dan boleh mencalonkan lima lagi ahli Melayu daripada 46 ahli yang dilantik. Maka, orang Melayu akan mendapat 65 ahli termasuk seorang wakil Orang Asli. Jumlah ini adalah lebih 2/3 daripada jumlah ahli dalam Majlis Perundangan. Hal ini juga bermakna orang Melayu mempunyai cukup majoriti untuk meminda perlembagaan atau menggubal perlembagaan baru yang menguntungkan orang Melayu. Namun demikian, orang Melayu tidak menggunakan peluang ini demi kepentingan perhubungan dan perpaduan antara etnik. Pengorbanan yang telah dibuat oleh orang Melayu pada masa itu adalah sangat besar yang mendorong kepada semangat toleransi antara etnik.
Dalam konteks ini, isu mengenai kemerdekaan melewati batas perkauman dan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Perkara ini membolehkan mereka mengetepikan pandangan sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Setelah berunding dengan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray, Tunku membentuk Kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum, iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India. Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang baik dengan pelantikan tiga orang Cina dan seorang India untuk memberikan keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam Majlis Legislatif.

3.3 Suruhanjaya Reid


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Keahliannya terdiri daripada lord Reid dari Britain (Lord of Appeal in the Ordinary), Sir Ivor Jennings juga dari Britain (Master of Trinity Hall, Cambridge), Sir William Mckell dari Australia (bekas Gabenor Jeneral Australia), B. Malik dari India (bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Allahabad) dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan (Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat). Menyentuh mengenai keahlian Suruhanjaya ini, Perikatan bersetuju dengan anggota-anggota Suruhanjaya yang akan dipilih oleh British sendiri tanpa melibatkan rakyat Tanah Melayu bagi menentukan dan bertanggungjawab merangka perlembagaan. Hal ini disebabkan perundingan yang dijalankan di London dianggotai oleh pegawai-pegawai British yang ramai, iaitu 35 orang berbanding dengan wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu seramai lapan orang. Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:


i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.


ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja- raja Melayu.


iii. Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong.


iv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.


v. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.


Suruhanjaya ini juga mempunyai dua objektif dalam menyediakan rangka perlembagaan yang baharu, iaitu:


i. Mestilah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik.


ii. Mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.


Berdasarkan perkara tersebut, Suruhanjaya ini juga meneliti kedudukan perlembagaan unit-unit dalam Persekutuan, melawat negeri- negeri Melayu dan Negeri Selat, berjumpa Raja-raja, Menteri-menteri Besar, Penasihat-penasihat British, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Residen serta pegawai-pegawai negeri dan Negeri Selat. Suruhanjaya ini juga telah membuat pertemuan secara terbuka dan sering mengadakan mesyuarat tidak rasmi. Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana Suruhanjaya telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja parti politik tetapi juga orang ramai, individu dan Raja-raja Melayu. Hal ini menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan permuafakatan sosial (kontrak sosial), iaitu orang Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Dalam hal ini, Ahmad (1992) menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal hasil daripada persetujuan bersama yang telah dicapai antara penduduk di Tanah Melayu daripada kalangan etnik Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Tanah Melayu bukan sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam perlembagaan dan begitu juga tentang kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.

 

3.4 Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan Perlembagaan


Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perikatan, Raja-raja Melayu dan kolonial British untuk mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid tersebut bagi menyediakan Kertas Putih. Laporan tersebut mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu pada Februari 1957. Kertas Putih yang mengandungi pindaan ke atas Penyata Reid dan rangka perlembagaan yang disusun oleh jawatankuasa itu telah diterbitkan pada 3 Julai 1957. Jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh MacGillivray dan termasuk empat wakil dari Perikatan dan empat wakil dari Raja-raja Melayu. Wakil Perikatan ialah Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong Yoke lin (MCA) dan V.T Sambathan (MIC), manakala wakil Raja-raja Melayu ialah Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja), Shamsudin Nain, Tunku Ismail Tunku Yahya dan Neil Lawson. Ahli lain ialah Ketua Setiausaha Kerajaan, Sir David Watherston, Peguam Negara, T.V.A Brodie dan E.O laird yang bertindak sebagai Setiausaha. Draf Perlembagaan Persekutuan diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu, lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963.


4.0 Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan


Perkataan tradisi mempunyai pelbagai makna. Namun pada amnya, tradisi bermakna pemindahan dan kesinambungan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Perkara ini menggambarkan
bahawa tradisi mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman sesuatu bangsa dan masyarakat (Abdul Aziz 2002). Dalam konteks politik dan perlembagaan, yang dimaksudkan dengan sistem tradisi merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden, iaitu sebuah sistem yang keesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya. Terdapat beberapa negara luar yang masih menekankan kepentingan institusi tradisi sehingga kini. Selain menjadi faktor sejarah dan kesinambungan sesuatu bangsa, institusi tradisi dapat menampung kekurangan yang sukar diatasi oleh sistem demokrasi.


Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan 1957. Unsur-unsur berkenaan berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Mohd Salleh 1984). Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Bagi rakyat Malaysia, khususnya etnik Melayu, unsur-unsur ini penting kerana perkara ini menjadi identiti dan kestabilan negara.


Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh etnik Melayu dan bukan Melayu. Maknanya, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuhkan. Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.Disebabkan kepentingan unsur-unsur tradisi yang mendasari perlembagaan tersebut, maka unsur-unsur ini boleh dianggap sebagai tiang seri hubungan etnik di Malaysia.


4.1 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja


Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri- negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnya sebelum penjajahan British. Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945), sultan merupakan pemerintah yang berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun berada dalam penjajahan British. Pada masa yang sama, dalam beberapa perjanjian dengan British, sultan perlu menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai Residen atau Penasihat British kecuali yang menyentuh tentang agama Islam.


Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka dikehendaki menerima nasihat daripada menteri dan bertindak menurut nasihat itu. Sebagai contoh, di peringkat pusat, Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugasnya menurut nasihat Kabinet. Manakala di peringkat negeri pula, raja hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mestilah dilantik, iaitu seorang sultan yang dipilih daripada Raja-raja dari sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan, Yang di- Pertuan Agong diberi kuasa memerintah persekutuan dan baginda dikehendaki bertindak atas nasihat Kabinet. Yang di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera dan bagi kesalahan- kesalahan yang dilakukan di dalam wilayah persekutuan Kuala Lumpur.

Institusi beraja yang wujud di Malaysia hari ini dilindungi oleh perlembagaan melalui Perkara 38(4) iaitu tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing- masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Seterusnya, tiada undang- undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Hal ini menunjukkan bahawa amat sukar memperoleh persetujuan seperti itu dan terlindung menurut perlembagaan.

Selain daripada melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong juga menjadi lambang perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Etnik Melayu, Cina, India, bumiputra Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa lain menganggap baginda sebagai pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik di Malaysia. Hal ini kerana di bawah perlembagaan telah memperuntukkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab dan amanah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain. Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dalam soal pindaan terhadap peruntukan berkaitan dengan kewraganegaraan.

 

Amanah dan tanggungjawab ini merupakan satu perkara yang amat sukar kerana isu-isu seperti agama dan kedudukan istimewa orang Melayu/bumiputra serta kewarganegaraan sering kali menjadi polemik dalam masyarakat yang berbilang etnik. Jika isu tersebut tidak ditangani dengan baik, perkara ini dapat menggugat kestabilan negara. Walaupun fungsi baginda sebagai lambang perpaduan dan kesinambungan ini kelihatan pasif dan tiada kontroversial, namun jaminan yang akan membantu menonjolkan sifat berkecuali Yang di-Pertuan Agong perlu ada bagi mengelakkan baginda daripada dipandang sebagai alat pemerintah(Abdul Aziz 1999).

 

Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama kerana mereka ialah ketua agama di negeri masing-masing. Mereka bertanggungjawab menjaga agama Islam serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan raja-raja terlebih dahulu. Rasional peranan Majlis Raja-Raja dalam soal ini ialah perlembagaan hanya menekankan persoalan pentadbiran negara. Maka, hal persoalan agama dibiarkan untuk dikendalikan oleh institusi beraja. Yang di- Pertuan Agong juga merupakan lambang keadilan dan kesaksamaan kerana baginda yang melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Begitu juga perlu dirundingi mengenai pelantikan juruaudit negara, pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Jawatan-jawatan ini penting dalam menjaga hak rakyat dengan sikap berkecuali iaitu tidak memihak kepada individu mahupun kerajaan sendiri. Baginda juga boleh dianggap sebagai tonggak kehormatan kerana baginda diberi kuasa untuk mengurniakan penghormatan, pingat dan bintang kepada pihak berkenaan yang telah memberikan khidmad cemerlang kepada negara tanpa mengira batasan etnik.

 

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah unsur tradisi yang amat penting di Malaysia. Bagi etnik Melayu, mereka adalah harapan dan sebagai lambang perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang etnik kerana mereka bukan dipilih secara politik dan terkecuali daripada sebarang pengaruh politik. Keadaan ini membolehkan institusi beraja mempunyai potensi untuk memainkan peranan tanpa mengenakan syarat seperti yang ditetapkan oleh parti politik. Setiap keputusan parti politik akan terikat dengan sentimen dan pertimbangan kepartian. Yang di-Pertuan Agong ialah satu-satunya institusi perlembagaan yang bersifat Melayu dan Islam serta amat penting kerana Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen tidak semestinya dikuasai oleh etnik Melayu. Secara simboliknya, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai pemegang autoriti dan kuasa yang diserahkan oleh negeri-negeri Melayu kepada pihak berkuasa pusat.

 

4.2 Agama Islam


Islam dalam perlembagaan bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi juga harus dibaca bersama-sama dengan Perkara 8, 11,12, 121, 150 dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Walaupun perkara ini menunjukkan bahawa Islam dalam perlembagaan mempunyai keistimewaan namun agama-agama lain tetap diberi perlindungan. Islam dalam perlembagaan ialah satu isu yang penting kerana isu ini berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan majoriti penduduk Malaysia. Isu ini juga merupakan isu yang sensitif kerana etnik Melayu merasakan bahawa agama tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian mereka. Walaupun soal kepercayaan dan keimanan ialah urusan seseorang, namun dalam konteks Malaysia, perkara ini boleh memberi kesan kepada ketenteraman awam khususnya yang melibatkan ketegangan antara kaum seperti dalam kes Natrah pada tahun 1950 dan Nur Aisyah pada tahun 1998.

Hal ini diakui oleh Syed Muhammad Naqiub al-Attas (1972) yang mengatakan Islam mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Keadaan ini menjelaskan kenapa Islam tidak termasuk dalam rangka perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan pihak British yang bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang memberi kuasa kepada British dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu ketika itu. Namun, ini memang tujuan British untuk mengecilkan peranan Islam dalam sistem pentadbiran negara yang menyebabkan kedudukan Islam itu dalam bidang tertentu sahaja iaitu tidak bersifat menyeluruh.

Menurut Hashim (1983), beberapa perkara boleh dirumuskan berkenaan dengan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan seperti mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, agama Islam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kebebasan beragama dan undang-undang yang menghalang penyebaran mana-mana kepercayaan dalam kalangan orang Islam. Kewujudan peruntukan Islam dalam perlembagaan telah memberi keistimewaan kepada agama Islam.

Berdasarkan perbincangan tersebut, jelas   menunjukkan bahawa terdapat beberapa keistimewaan Islam yang menonjol dalam perkara berikut:

1. Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam ialah unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.

2. Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragama   Islam  dan keturunan raja.

3. Dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam.

4. Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) ialah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.


5. Raja dan sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam, mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).


6. Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga hak- hak istimewa orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Islam.


7. Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan perkara ini kekal terjamin.


8. Sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan Islam di Malaysia.



9. Peruntukan Islam terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya memerlukan sokongan majoriti lebih 2/3 parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

10. Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa-apa juga keadaan dalam mana-mana undang-undang dan pelantikan pihak berkuasa awam, namun terdapat pengecualian terhadap pelantikan bagi sesuatu institusi agama Islam.

11. Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai agama selain daripada Islam.
 

12. Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah daripada Mahkamah Sivil
yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah.

4.3 Bahasa Melayu


Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara 152, iaitu memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain kecuali bagi maksud rasmi. Bahasa kebangsaan diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasakebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan Perkara 150(6A) dengan terang menyatakan bahawa hal-hal yang berhubung dengan bahasa Melayu, walaupun dalam keadaan darurat adalah dilindungi oleh perlembagaan. Perkara 150(6A) ini penting kerana secara umumnya perisytiharan darurat mempunyai kesan menggantung sebahagian besar peruntukan perlembagaan. Dengan kata lain, perkara berkenaan menyebut pengecualian terhadap bahasa Melayu kepada kuasa darurat yang luas itu (Abdul Aziz 2005).
Kedudukan bahasa Melayu semakin jelas dalam perlembagaan melalui Perkara 10 (4) yang menjadikan bahasa Melayu adalah antara perkara sensitif yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan keselamatan dan ketenteraman awam. Kedudukan ini juga begitu kukuh kerana tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan 2/3 dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 159(5).

 

Begitu juga dengan kedudukan sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri dan termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa awam, hendaklah menggunakan bahasa Melayu kecuali atas beberapa perkara yang dibenarkan oleh undang-undang seperti yang termaktub dalam Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan. Antara pengecualian tersebut adalah bagi tujuan hubungan diplomatik dan latihan yang dijalankan oleh pakar- pakar asing.

Seterusnya, perkara ini ditambah lagi dengan peruntukan di bawah Perkara 160(B) yang menjelaskan bahawa jika perlembagaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan jika terdapat percanggahan teks terjemahan dengan teks dalam bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris.

Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda etnik lain malah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sejarah mencatatkan, sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya bagi memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum (Mohd Salleh 1984). Kedudukannya diperkuatkan lagi oleh hakikat bahawa bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi apabila Johor menerima Penasihat Inggeris pada 1914.Pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan Kumpulan I perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian bahasa Melayu dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu (Mohamed Suffian 1987). Keadaan ini menunjukkan bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa perantaraan rasmi walaupun pada zaman penjajahan British. Perkara ini telah diiktiraf oleh Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan Persekutuan,10 Julai 1957 yang mengatakan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas bagi memastikan bahasa Melayu dijadikan alat perpaduan.


Tujuan utama di sebalik menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan bagi menyatupadukan pelbagai etnik melalui penggunaan satu bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantara negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Hal ini disebabkan semasa perlembagaan digubal, para pemimpin terdahulu telah memutuskan bahawa sebuah negeri yang merdeka tidak dapat terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi jika hendak menyatupadukan penduduknya yang bersifat pelbagai etnik.


4.4 Kedudukan Istimewa Orang Melayu


Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan bukan sahaja setakatdalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadual 13 seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika merujuk takrif Melayu, maknanya sangat luas dan jika diambil dalam pengertian sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa dan loghat, namun ahli-ahli bahasa dan budaya menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan Melayu (Syed Husin 2008).Jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, dan:


a. Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau


b. Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam peruntukan tersebut:

i. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Umpamanya, seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya ia menganut agama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang Melayu jati daripada keturunan Melayu sekalipun, bagi maksud perlembagaan ia bukan Melayu jika bukan beragama Islam (Mohamed Suffian 1987).

ii. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan, seseorang mestilah mempunyai sedikit sebanyak perhubungan dengan Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura. Oleh itu, seorang Indonesia yang menganut Islam, kebiasaannya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu, bukanlah seorang Melayu bagi maksud perlembagaan jika dia dilahirkan sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau dia keturunan seseorang yang tersebut.
Peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan disentuh dalam perkara berikut:
Pertama, Perkara 153. Perkara ini menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjaminkedudukan istimewa orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain.Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan boleh memberi peruntukan kepada orang Melayu beberapa bahagian yang difikirkan patut dalam perkara-perkara berikut:


i. Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam.


ii. Menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan.


iii. Menentukan kadar perizaban dalam biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran dan latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan. Kedua, Perkara 89, yang menyentuh tentang tanah rizab Melayu seperti berikut:


i. Tanah Rizab Melayu terus menjadi tanah rizab Melayu selepas merdeka.


ii. Mana-mana tanah yang bukan tanah rizab Melayu boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu mengikut undang-undang.


iii. Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu dan bukan Melayu

.
iv. Jika tanah tersebut telah dimiliki oleh orang bukan Melayu, maka tanah rizab Melayu tidak boleh diisytiharkan.


Ketiga, Perkara 90 pula menyentuh mengenai pengecualian undang- undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta undang-undang yang ada di Terengganu mengenai tanah pegangan orang Melayu.


Keempat, Perkara 8 (5)(f ) pula menjelaskan bahawa kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu di-Raja hanya diperuntukkan kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua etnik di Malaysia dan tiada sekatan
dikenakan.


Kelima, Jadual 13 dalam perlembagaan pula menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip yang perlu dipatuhi sebelum penentuan atau penyemakan semula sempadan pilihan raya dibuat. Keempat-empat prinsip tersebut ialah:


i. Sebuah kawasan hendaklah jangan melintasi sempadan negeri dan mempertimbangkan kesukaran yang akan timbul jika kawasan dewan undangan negeri meliputi Dewan Rakyat.


ii. Perlunya dipertimbangkan segala kemudahan yang ada dalam kawasan berkenaan bagi pendaftaran pengundi.


iii. Ditetapkan juga bahawa jumlah pengundi bagi tiap-tiap kawasan pilihan raya hendaklah sama. Namun, perlembagaan juga menetapkan bahawa kawasan luar bandar hanya separuh daripada jumlah pengundi bagi sesebuah kawasan pilihan raya di bandar diperlukan.


iv. Perlu juga dipertimbangkan mengenai segala kesukaran apabila suatu kawasan ditukar dan mustahaknya dikekalkan perhubungan seseorang dengan kawasannya. isu-isu islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan


5.0 Isu dan Persoalan

 

5.1 Permasalahan Kebebasan Beragama


Permasalahan kebebasan beragama di Malaysia banyak disentuh khususnya daripada perspektif hak asasi dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Isu yang selalu dibangkitkan ialah setakat mana kebebasan seorang Islam mengamalkan agamanya, isu murtad dan penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Selain Perkara 11, kebebasan beragama juga boleh dirujuk dalam Perkara 3(1), Perkara 10, Perkara 8 dan Perkara 12. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan bukan Islam. Bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran beragama adalah tidak mutlak.


Sebagai contoh, Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Maksudnya, orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka dalam kalangan orang Islam dan orang Islam dibenarkan berbuat demikian. Perkara ini seperti berlaku ketidakadilan dalam kebebasan beragama. Namun menurut Harding (2002), peruntukan ini dimasukkan demi memelihara kestabilan masyarakat.


Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama yang lain daripada Islam dalam kalangan umat Islam. Dengan kata lain, agama lain boleh diamalkan secara aman jika tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak menyakitkan hati penganut agama lain. Selain itu, kebebasan beragama ini tertakluk kepada undang-undang awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967. Kebebasan beragama juga tidak boleh diertikan bahawa seseorang itu bebas mendirikan kuil atau tokong di mana-mana sahaja yang ia suka kerana kebebasan sedemikian akan membawa kepada kekacauan dan huru-hara.


Selain menyebut soal kebebasan beragama, dalam konteks penganutan dan pengamalannya oleh seseorang, perlembagaan juga dengan jelas melindungi seseorang itu daripada dipaksa membayar sebarang cukai sekiranya cukai tersebut digunakan untuk maksud- maksud agama yang lain daripada agama anutannya. Perlembagaan juga melindungi kumpulan-kumpulan agama yang dengan jelas menyebut bahawa mereka berhak menubuhkan atau menguruskan yayasan bagi tujuan agama atau kebajikan mereka serta hak memperoleh atau memegang harta. Dengan ini boleh dikatakan bahawa hak kebebasan agama ini mencakupi hak perseorangan dan juga hak kumpulan. Ternyata hak kebebasan beragama bersifat tidak mutlak. Terdapat sekatan dalam perlembagaan dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Justeru, adalah satu tanggapan tidak tepat yang mengatakan bahawa kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam perlembagaan bersifat mutlak kerana selagi sekatan tersebut tidak bercanggah dengan perlembagaan, maka ia dianggap sah.


5.2 Kesamarataan


Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan juga berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang. Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan ia merupakan salah seorang rakyat raja mana-mana negeri, kecuali yang dibenarkan oleh perlembagaan.Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata- mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dalam mana- mana undang-undang atau dalam pelantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau dalam mana-mana pentadbiran undang-undang yang berhubung dengan perolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa perdagangan, perniagaan, kerjaya atau pekerjaan. Pihak berkuasa awam tidak boleh mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa pun atas alasan dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana negeri di persekutuan atau di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu. Hal ini yang dikatakan sebagai konsep sama rata.Perubahan politik dan ekonomi telah menyedarkan kerajaan bahawa untuk mewujudkan masyarakat yang adil, perisytiharan keadilan dan hak sama rata di sisi undang-undang sahaja tidak mencukupi. Namun jaminan hak asasi semata-mata tanpa memikirkan aspek hidup yang lain tidak juga bermakna. Dalam sesuatu perubahan sosial dan ekonomi, tidak dapat dinafikan terdapat sebahagian rakyat yang ketinggalan dalam arus kemajuan negara. Persamaan secara mutlak dalam masyarakat pelbagai etnik dengan golongan yang berlainan dengan peringkat pembangunan yang berlainan akan hanya mengakibatkan huru-hara.

Pada tahun 1865, pindaan ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat telah dibuat bagi menghapuskan perhambaan. Implikasinya, keistimewaan yang didapati daripada orang kulit hitam yang sebelum pindaan dibuat ialah hamba abdi, hanyalah kebebasan diri dan seterusnya hak mengundi. Tidak terdapat rancangan perlembagaan yang positif untuk meninggikan taraf hidup orang kulit hitam di Amerika Syarikat. Melalui sistem laissez faire ia telah mendedahkan orang kulit hitam dalam keadaan yang jauh ketinggalan daripada etnik lain.

Begitu juga satu sistem persamaan dan peluang yang sama yang tidak ada batas akan mengakibatkan penghapusan masyarakat Melayu sedikit demi sedikit. Menurut Hashim (1983), satu masyarakat yang mempunyai sistem feudal agrarian tidak boleh diubah dalam sekelip mata kepada satu sistem moden. Tanpa perlindungan, golongan Melayu ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan golongan lain yang lebih aktif di negeri ini. Hak sama rata tidak lagi menjadi hak mutlak. Kehadiran doktrin inimenyebabkan hak asasi ini terpaksa dilonggarkan dan diberikan hak bersyarat. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan di negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik dan kedudukan sosial yang tidak seimbang.

 

5.3 Diskriminasi Perlindungan


Bagi sesebuah negara yang bersifat pelbagai etnik adalah sesuatu yang biasa apabila perlembagaan negara tersebut memperuntukkan konsep diskriminasi perlindungan sebagai salah satu peruntukan yang penting dan diiktiraf. Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan dan keistimewaan kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan pada masa yang sama tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik lain. Peruntukan ini disediakan untuk membantu sesuatu etnik di dalam beberapa aspek kehidupan seperti perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan. Menerusinya, etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu dan ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih terkehadapan.


Negara India menjadi contoh yang jelas iaitu diskriminasi perlindungan diamalkan kerana India mempunyai penduduk yang bersifat pelbagai etnik sehingga menimbulkan masalah. Sebilangan besar mereka adalah mundur terutamanya golongan minoriti. Justeru, Perlembagaan India memperuntukkan perlindungan kepada golongan minoriti ini.


Di Malaysia, konsep ini berlaku dalam beberapa perkara di bawah peruntukan perlembagaan seperti dalam peruntukan Perkara 153 yang memberi perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Perkara 153 merujuk kepada kedaulatan Raja-raja Melayu tidak pernah dipertikaikan seperti yang dibuktikan dalam beberapa perjanjian antara Raja-raja negeri dengan British sebelum wujudnya perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian-perjanjian itu menunjukkan satu hasrat secara umum agar orang Melayu dibantu. Dalam perdebatan Dewan Perundangan, mesyuarat ke-13 dan ke-14 sesi kedua Dewan Perundangan Kedua Persekutuan Tanah Melayu 1956 telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan bahawa orang Melayu perlu dibantu
disebabkan ketinggalan dari sudut ekonomi.


Secara ringkasnya, diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan berikut:


i. Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat pelbagai dan baru mencapai kemerdekaan. Keutamaan memasuki perkhidmatan awam diberikan kepada orang Melayu dengan tujuan mereka boleh menguasai keadaan politik negara kerana pegawai kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi dan dasar pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera dan polis yang dikuasai oleh majoriti orang Melayu untuk tujuan yang sama.


ii. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami golongan majoriti. Sebagai contoh, dalam Perlembagaan India, hak golongan minoriti seperti bahasa, kebudayaan dan kepercayaan dijamin dan dipertahankan.


iii. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya. Tujuannya adalah supaya sebarang perubahan secara radikal tidak berlaku apabila perlembagaan diperkenalkan. Sesuatu keistimewaan yang telah dikecapi sekian lama sekiranya ditarik balik sudah tentu menyemarakkan api kemarahan kumpulan itu. Keistimewaan orang Melayu sebenarnya sudah wujud pada zaman penjajah hasil perjanjian antara penjajah British dengan Raja-raja Melayu. Begitu juga di India, kumpulan yang telah mendapat beberapa keistimewaan sebelum merdeka juga dilanjutkan keistimewaan itu apabila Perlembagaan India diperkenalkan.


iv. Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat mundur. Tanpa diskriminasi perlindungan ini, tidak mungkin masyarakat mundur itu dapat bangun dan bersaing dengan masyarakat maju. Perlembagaan India dan Malaysia mempunyai peruntukan yang nyata dalam hal ini.

.
v. Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan oleh kompromi antara etnik atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal. Sesuatu yang diberi kepada kumpulan lain bererti kumpulan memberi itu berhak kepada beberapa keistimewaan yang lain. Misalnya, dalam Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan yang diberi kepada kaum pendatang harus diganti dengan pemberian beberapa keistimewaan kepada kaum bumiputera atau dikenali sebagai kontrak sosial (Kamal Halili 1990).


5.4 Persoalan Perkara 153


Persoalan Perkara 153 difokuskan kepada dua, iaitu dari segi pencapaian pendidikan dan ekonomi. Manakala persoalan tentang pencapaian dalam perkhidmatan awam tidak dibincangkan kerana dengan adanya penggunaan sistem kuota, bilangan etnik Melayu yang menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam adalah semakin ramai berbanding sebelum tahun 1970. Sebagai contoh, statistik perkhidmatan awam di Pulau Pinang mengikut etnik sehingga 30 September 2008 ialah 81.95 peratus Melayu, 12.92 peratus Cina dan 5.05 peratus India. Manakala pada 2005, bilangan yang ditempatkan dalam perkhidmatan awam mengikut etnik ialah Melayu 77.4 peratus, Cina 9.37 peratus dan India 5.14 peratus (Utusan Malaysia 25 November 2008)

Justeru, persoalan yang sering dibangkitkan ialah adakah peruntukan Perkara 153 merupakan cara paling berkesan dalam mengatasi kemiskinan dan kemunduran etnik Melayu khususnya dari segi pencapaian ekonomi dan pendidikan kerana kedudukan etnik Melayu telah termaktub dalam perlembagaan dari segi perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi telah dilaksanakan sejak merdeka? Namun, adakah kedudukan etnik Melayu telah berubah dari segi mengeluarkan etnik Melayu daripada cengkaman kemiskinan dan dapat menyeimbangkan kedudukan mereka dengan etnik lain di Malaysia melalui penyusunan semula masyarakat?

Berdasarkan statistik kerajaan, Perkara 153 ini telah membantu ke arah mengeluarkan etnik Melayu daripada kemiskinan dan meningkatkan pencapaian mereka dari sudut ekonomi dan pendidikan (lee 2006). Walau bagaimanapun, penyertaan dalam bidang profesional dan teknikal masih lagi ketinggalan. Manakala dalam bidang lain, statistik menunjukkan bilangan hampir seimbang antara Melayu dan bukan Melayu. Secara keseluruhannya, etnik Melayu hanya meliputi 38.8 peratus sahaja berbanding bukan Melayu iaitu 61.2 peratus pada tahun2005. Pelaksanaan Perkara 153 wajar diteruskan dalam bidang pendidikan bagi mengatasi ketakseimbangan antara IPTA dengan IPTS serta pelajar di luar negara melalui penggunaan sistem kuota dan biasiswa. Keadaan ini penting untuk menyeimbangkan bilangan pelajar bukan Melayu di IPT adalah lebih ramai berbanding pelajar Melayu.Walaupun kadar kemiskinan etnik Melayu bertambah baik, tetapi mereka masih ketinggalan daripada etnik bukan Melayu. Nisbah pendapatan antara luar bandar dengan bandar ialah 1:2.11 pada tahun2004. Jurang pendapatan antara etnik mengikut nisbah juga semakin baik. Nisbah pendapatan bumiputera berbanding etnik Cina ialah 1:1.64 dan bumiputera dan India ialah 1:1.27 pada tahun 2004. Pendapatan isi rumah pada tahun 2004 mengikut etnik ialah Melayu RM2,552, Cina RM4,127 dan India RM3,215. Kadar kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dengan bandar juga bertambah baik, iaitu 11.9 peratus dan 2.5 peratus pada tahun 2004. Kadar kemiskinan mengikut etnik pula ialah 8.3 peratus bagi Melayu, 0.6 peratus bagi Cina dan 2.9 peratus bagi India pada tahun 2004 (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006). Keadaan ini menunjukkan pendapatan etnik Melayu semakin baik tetapi masih ketinggalan berbanding etnik lain. Jika dibandingkan dengan kemiskinan dalam kalangan etnik Cina, kadar kemiskinan amat rendah dan kemajuan seterusnya akan dapat mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. Keadaan yang sama juga untuk etnik India yang kadar kemiskinan mutlaknya tidak jauh berbeza dengan etnik Cina (Faaland, Parkinson dan Rais 2005). Begitu juga dengan kadar kemiskinan mengikut negeri- negeri yang majoriti Melayu masih tinggi berbanding negeri lain, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa dalam bidang ekonomi, pencapaian etnik Melayu belum menepati sasaran DEB. Perkara 153 khususnya dalam bidang perniagaan tidak banyak membantu mengatasi masalah kemiskinan etnik Melayu dan mencapai matlamat DEB untuk memastikan penguasaan 30 peratus pengagihan ekuiti negara. Hal ini disebabkan sebanyak 75 peratus etnik Melayu bergantung hidup kepada pertanian dan perikanan, sedangkan sumbangan pendapatan daripada kedua-dua sektor tersebut adalah kecil.

Walaupun etnik Melayu diberi perlindungan dan hak istimewa dalam bidang ekonomi, keadaan etnik Melayu tidak banyak berubah. Meskipun kini sudah ramai lahir usahawan Melayu yang menjalankan pelbagai perniagaan besar malah sudah pun lahir jutawan Melayu, tetapi kejayaan segelintir etnik Melayu dalam perniagaan tidak boleh dianggap sebagai mewakili kejayaan etnik Melayu keseluruhannya dalam bidang ekonomi. Dalam pemilikan modal saham mengikut sektor juga, etnik Melayu masih lagi ketinggalan berbanding bukan Melayu. Perkara ini dijelaskan dalam Jadual 4.2, iaitu tiada satu sektor yang menunjukkan etnik Melayu melebihi etnik bukan Melayu. Cuma dalam sektor pembinaan, matlamat 30 peratus itu telah tercapai.


Walaupun perkara hak istimewa etnik Melayu dianggap sebagai satu isu sensitif, tidak bermakna perkara ini menghalang perbincangan tentang pelaksanaannya sama ada berjaya atau tidak. Sekiranya matlamatnya sudah dicapai, adakah etnik Melayu masih lagi memerlukan hak istimewa tersebut? Dalam hal ini, etnik Melayu masih memerlukan Perkara 153 ini khususnya dalam bidang ekonomi disebabkan matlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi etnik Melayu masih belum tercapai.
Perkara 153 perlu diteruskan ke arah mencapai matlamat yang dikehendaki khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Namun, pada masa yang sama pelbagai kemudahan dan keistimewaan turut diberikan kepada etnik bukan Melayu dalam aspek pendidikan. Sebagai contoh, apabila negara mencapai kemerdekaan, kerajaan tidak terus menghapuskan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sebaliknya mempertahankan kewujudan sekolah tersebut walaupun Penyata Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan secara beransur-ansur.

Begitu juga dengan kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Matrikulasi yang dikhususkan kepada etnik Melayu, namun untuk merapatkan lagi hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan pelajar, keistimewaan ini turut diberikan kepada bukan Melayu apabila kerajaan membenarkan mereka memasuki MRSM dan Matrikulasi dengan kuota 10 peratus. Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar berdasarkan merit akademik tanpa mengira etnik. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan termaktub dalam perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dengan bukan Melayu telah diwujudkan dalam usaha ke arah memantapkan hubungan etnik.
Dari segi ekonomi pula, walaupun melalui DEB ditetapkan kadar pemilikan ekuiti negara bagi etnik Melayu sebanyak 30 peratus, tetapi sasaran itu masih lagi belum tercapai. Sebaliknya, pemilikan ekuiti negara bagi etnik Melayu hanyalah sebanyak 19.2 peratus pada tahun 1990 daripada 2.4 peratus pada tahun 1970. Namun, pemilikan ekuiti negara bagi etnik bukan Melayu telah meningkat daripada 28.3 peratus pada tahun 1970 kepada 34.4 peratus pada tahun 1990 (Rancangan Malaysia Ketujuh 1996).

 

5.5 Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak


Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 membawa satu lagi dimensi kepada hubungan etnik di Malaysia. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan etnik bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama sebagaimana etnik Melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara 153. Namun peruntukan tersebut tidak memberi hak untuk menindas etnik lain kerana hak istimewa etnik Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi dengan cara tidak menafikan kedudukansah etnik-etnik lain.


Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963 merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara tuntutannya adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan. Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan etnik Melayu di Semenanjung. Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia memasukkan Perjanjian 20

 

5.6 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18


Perkara bagi Sarawak. Antara perkara tersebut adalah:
i. Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri.


ii. Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/kebangsaan, tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa.


iii. Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri.


iv. Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.


v. Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.


vi. Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (Persekutuan Tanah Melayu), tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.

6.0 Kesimpulan


Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia. Walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara tersebut. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika itu. Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan etnik. Perkara ini sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215, iaitu Islam dan orang Melayu merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Justeru, setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda hendaklah sentiasa bersikap terbuka dan toleran dalam sesuatu isu khususnya yang melibatkan Islam dan etnik Melayu dalam perlembagaan.

STRATEGI DALAM MEUPUK INTEGRASI NASIONAL DI MALAYSIA

 

STATEGI DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA


1.0 Pengenalan

Proses untuk mencapai sebuah masyarakat berintegrasi [R1] bukan sesuatu yang mudah dan dapat dicapai dalam waktu yang singkat. Menurut Ting (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah, iaitu segregasi sehingga hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Hubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Hubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman, serta mewujudkan semangat perpaduan antara pelbagai etnik.

2.0 Faktor Pencetus Perpecahan

Terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat antaranya, prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan etnosentrisme. Perpecahan juga boleh berlaku apabila wujudnya konflik antara kumpulan masyarakat, kedudukan lokasi kelas, taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk keluar daripada golongan miskin (Mansor 2006). Konflik juga berlaku disebabkan oleh kerumitan menanggung kos hidup yang terus meningkat, perkhidmatan awam yang kurang memuaskan, pengangguran, kemiskinan, keterpinggiran dan ketidaksamarataan dalam masyarakat, gejala sosial yang berleluasa dan wujudnya banyak kumpulan samseng. Justeru, isu-isu berkenaan secara tidak langsung telah memberi kesan kepada masalah perpaduan dalam kalangan rakyat.


Seterusnya konflik bukan sahaja disebabkan perbezaan budaya dan agama, tetapi turut berpunca daripada faktor kemiskinan dan keterpinggiran. Contohnya, rusuhan kaum di Kampung Medan, Selangor dikaitkan dengan isu kemiskinan dan pembangunan (Mansor 2006). Jelaslah bahawa isu kemiskinan dan pembangunan perlu ditangani secara serius untuk mengelakkan ketegangan etnik. Persoalan asas adalah bagaimana perbezaan etnik itu diatasi, serta bagaimana kepentingan politik dan ekonomi disesuaikan dengan kehendak pelbagai etnik sehingga keharmonian dapat dicapai. Perkara ini akan menjadi penanda aras hubungan etnik di sesebuah negara (Chandra 2008).
Malaysia sering menjadi contoh kepada negara lain dari segi hubungan etnik kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan etnik yang pelbagai. Sebahagian besar kejayaan ini merupakan hasil usaha kerajaan yang bersifat top-down dan disokong oleh pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sendiri yang bersifat bottom-up. Proses ini bertujuan memupuk perpaduan dan hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat Malaysia. Usaha ini dipelopori oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan politik dan keadilan sosioekonomi serta keamanan negara sentiasa terpelihara.

3.0 Peranan Kerajaan


Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar tertentu. Usaha-usaha ini diteruskan dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Disamping itu konsep ini juga bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai etnik di negara ini.

Pelbagai agensi kerajaan juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala usaha dan perancangan kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik di negara ini dilaksanakan dengan berkesan.

 

3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan negara dan integrasi nasional (JPnin)

 


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional adalah sebuah badan yang ditubuhkan dan bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik mempunyai latar belakang budaya, agama, bahasa dan adat resam yang berbeza. Walaupun etnik yang berlainan ini berganding bahu di bawah satu sistem politik yang sama namun kehidupan mereka adalah berasingan. Interaksi dalam kalangan mereka juga kurang dan hubungan antara mereka hanya terbatas kepada perkara tertentu terutama yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi. Pembahagian buruh dalam sistem ekonomi dibuat berdasarkan pemisahan etnik dalam masyarakat dengan setiap etnik mempunyai fungsi ekonomi yang tersendiri. Bagaimanapun suasana ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan suasana sewaktu Tanah Melayu baru mencapai kemerdekaan. Masyarakat pada waktu itu menepati ciri-ciri masyarakat majmuk seperti yang diutarakan Furnivall (1948), kesan daripada pelaksanaan dasar pecah dan perintah oleh British.

Dalam hal ini isu perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara dalam memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin. Generasi kini yang mewarisi konsep masyarakat majmuk sejak merdeka masih menghadapi persoalan dan dilema akibat masalah segregasi antara kaum. Keadaan ini secara tidak langsung menggambarkan konflik antara kaum yang wujud akibat perbezaan persepsi dalam kalangan kaum. Masyarakat kini masih belum sepenuhnya menjiwai nilai dan konsep satu bangsa Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam cabaran pertama Wawasan 2020 yang menekankan perpaduan masyarakat. Integrasi nasional penting kerana dapat mengikis sentimen perkauman.

 

Nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum harus dipertahankan agar keharmonian dapat dikekalkan. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan antara kaum kesan daripada peristiwa 13 Mei.

 

3.2 Rukun Negara

Di samping itu, kerajaan telah menjadikan Rukun Negara sebagai tunjang kepercayaan dan kesetiaan rakyat berbilang kaum terhadap kepemimpinan negara. Pada 1 Julai 1969, MAGERAN mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 2006).


Selepas MAGERAN dibubarkan, Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan pada 23 Februari 1971 bagi memupuk dan memelihara perpaduan kaum. Majlis Penasihat Perpaduan Negara diletakkandi bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara (JPN). Antara tahun 1990 – 2004, JPN diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan seterusnya diletakkan semula di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).


dasar-dasar Kerajaan.Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik serta menjalin integrasi nasional. Antara dasar tersebut ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar tersebut diperkukuhkan lagi dengan pengenalan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Kesemua dasar tersebut bertujuan untuk mengurangkan dan mengawal tindak-tanduk politik melampau yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat .Kerajaan juga telah membentuk beberapa dasar lain seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. Semua dasar tersebut dimantapkan lagi dengan pengenalan Wawasan 2020 dengan visi dan misi menjadikan Malaysia maju dalam semua
aspek kehidupan. Pelan tindakan JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005 – 2010 telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional melalui pelbagai strategi seperti berikut:

 

3.3 Strategi Persefahaman Politik


Dalam aspek ini kerajaan telah berusaha memupuk perpaduan negara berlandaskan peruntukan dalam perlembagaan merangkumi:


i. Sistem kerajaan persekutuan

 ii. Demokrasi berparlimen


iii. Raja berperlembagaan


iv. Kedudukan Raja-raja Melayu


v. Bahasa kebangsaan


vi. Hak mengamalkan agama masing-masing


vii. Hak asasi rakyat Malaysia


viii. Kedudukan istimewa kaum bumiputera dan peribumi


ix. lambang-lambang negara


x. Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
Kesemua perkara tersebut merupakan kerangka kepada usaha kerajaan dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan integrasi antara wilayah

.
Di samping itu, mewujudkan langkah keselamatan dan undang- undang juga adalah penting untuk mengawal dan mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang dapat menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat kestabilan negara. Pemantauan perlu dilakukan ke atas
amalan dan etika dalam parti politik supaya pendukung parti bersikap dan bertindak sederhana terhadap sesuatu isu untuk mengelakkan daripada berlaku ketegangan antara kaum.

3.4 Strategi Keseimbangan ekonomi


Faktor yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara etnik selalunya dikaitkan dengan sentimen etnosentrisme, prejudis serta tanggapan dan kedudukan sosioekonomi antara etnik yang tidak seimbang. Masalah ini dirumitkan lagi apabila kumpulan etnik dikenali mengikut aktiviti ekonomi mereka. Lantaran itu, usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan adalah dengan mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik dan antara wilayah serta mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Hal ini ditangani menerusi beberapa kaedah seperti meningkatkan taraf ekonomi antara etnik dan wilayah tanpa merugikan mana-mana pihak. Penjelasan sewajarnya perlu diberikan kepada semua pihak supaya sebarang salah tanggapan dapat diperbetulkan dan perasaan tidak puas hati dapat dibendung. Usaha kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan perbezaan wilayah perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta supaya pengenalan etnik berdasarkan aktiviti ekonomi dapat dikurangkan.

 

3.5 Strategi Sistem Pendidikan

Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta kepada negara dan berperanan mengeratkan perpaduan. Peranan sistem pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan yang kondusif bagi keperluan sosialisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat. Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada pelajar bermula dalam lingkungan usia muda di samping menanam sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum. Pelbagai langkah telah diambil untuk menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan menyeragamkan kurikulum, kokurikulum, peperiksaan serta pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama.
Di samping langkah yang telah disebutkan, kerajaan juga membenarkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa ibunda kaum tertentu seperti bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kurikulum sekolah rendah dan menengah memberikan tumpuan yang sewajarnya dalam mata pelajaran sejarah negara, termasuk persetujuan antara kaum dan negeri tentang peruntukan tertentu dalam perlembagaan, budaya dan adat resam kaum di Malaysia, serta unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum juga menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendukung pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai ini termasuk juga sikap kesejahteraan, bertolak ansur dan saling menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan cinta kepada negara.


Selain itu, pendidikan sepanjang hayat, iaitu program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal, juga memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional. Terdapat pelbagai bentuk pendidikan tidak formal yang disertai oleh pelbagai kaum seperti kursus jangka pendek anjuran badan kerajaan dan NGO. Penyertaan pelbagai kaum dalam program berkenaan secara tidak langsung akan menggalakkan interaksi antara satu sama lain seterusnya dapat menjalin ikatan perpaduan.



3.6 Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan

Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan. Penggunaan satu bahasa juga membolehkan pelbagai kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan selesa. Mereka menggunakan satu bahasa rujukan yang sama untuk menginterpretasikan alam dan realiti dan mewujudkan satu ciri persamaan antara mereka sebagai unsur utama pembentukan kebudayaan kebangsaan. Dalam hal ini, bahasa Melayu amat sesuai digunakan sebagai bahasa penyatu selain diangkat sebagai bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Berdasarkan fakta sejarah kemampuan bahasa Melayu juga telah terbukti iaitu menjadi lingua-franca terutama dalam zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu juga pernah digunakan dalam hubungan diplomatik antara kerajaan Melayu Melaka dengan negara luar.


3.7 Strategi Kepercayaan agama


Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin bahawa rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing- masing bertujuan untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum. Walaupun agama Islam sebagai agama persekutuan namun agama-agama lain dilindungi oleh perlembagaan. Pengembangan sesuatu agama dalam kalangan penganut agama lain tertakluk kepada peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Justeru, sebarang aktiviti keagamaan perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menyentuh sensitiviti penganut agama lain

.

3.8 Strategi Kebudayaan


Kerajaan juga berusaha mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara ini tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah sebagai asas pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan negara. Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar, diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan; dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.Kerajaan juga menentukan bahawa pembentukan Kebudayaan Kebangsaan tidak bermakna mengabaikan kebudayaan sukuan. Kebudayaan sukuan yang tidak menjadi sebahagian daripada Kebudayaan Kebangsaan seperti ciri-ciri tertentu dalam kebudayaan Melayu, Iban, Kadazan Dusun, Cina, India termasuk kebudayaan Barat bebas diamalkan selagi tidak menjejaskan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan. Bagaimanapun nilai-nilai masyarakat yang bersifat positif merupakan aspek penting dalam Kebudayaan Kebangsaan kerana nilai- nilai tersebut adalah nilai-nilai sejagat dan menjadi kepunyaan bersama pelbagai kaum dan keturunan di Malaysia.


3.9 Strategi integrasi Wilayah


Kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk mengintegrasikan antara rakyat di Semenanjung dengan di Sabah dan Sarawak sejak.Malaysia ditubuhkan. Bagaimanapun faktor geografi telah menyumbang kepada kewujudan jarak sosial antara wilayah tersebut. Antara langkah kerajaan ialah melakukan penambahbaikan dalam sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan perluasan sistem radio dan televisyen nasional di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan;penubuhan pelbagai agensi kerajaan persekutuan di negeri berkenaan dan mengadakan program lawatan pemimpin masyarakat untuk melahirkan integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat di wilayah tersebut. Walaupun pelbagai bentuk langkah seperti yang dinyatakan telah dilaksanakan, tetapi masih terdapat pelbagai permasalahan dan salah tanggapan dalam usaha ke arah mengintegrasikan wilayah dan dalam hubungan Kuala lumpur-Kuching-Kota Kinabalu. Oleh itu tumpuan khusus diberi kepada usaha pemupukan integrasi wilayah dan hubungan antara Kuala lumpur-Kuching-Kota Kinabalu dengan cara memberi penekanan terhadap aspek interaksi dan pergaulan yang lebih luas antara rakyat di wilayah berkenaan. Pelan tindakan adalah dengan memberikan penjelasan lebih mendalam tentang adat resam dan kebudayaan setiap etnik serta mengikis salah tanggapan yang timbul dalam bidang sosioekonomi dan sebagainya. Selain daripada melakukan integrasi antara wilayah, tumpuan juga diberikan kepada pengintegrasian antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar agar kemajuan ekonomi dan prasarana yang diadakan dapat dikongsi secara adil dan saksama.


3.10 Strategi Keselamatan


Kerajaan juga mengatur langkah keselamatan untuk memelihara dan mencapai perpaduan yang mantap dan berkekalan. Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi aspek pencegahan daripada berlakunya ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam. Penekanan diberi kepada aspek pencegahan supaya nyawa dan harta benda awam dan pembangunan negara dapat dipelihara dan tidak terancam. Aspek pencegahan merangkumi penguatkuasaan sekatan di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan, tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan, dan kawalan terhadap penerbitan melalui undang-undang yang berkaitan. Pemulihan pula ialah usaha untuk menenteramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik. Aspek pemulihan termasuk keselamatan dan ketenteraman awam yang melibatkan tindakan, terutamanya daripada pihak polis dan dibantu oleh pihak lain seperti angkatan tentera, Ikatan Relawan Rakyat (RElA), Rukun Tetangga dan dalam keadaan yang ekstrem, mengisytiharkan darurat.


3.11 Strategi Pembangunan Kawasan


Dalam aspek pembangunan kawasan, kerajaan mengarahkan pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira aspek perpaduan etnik. Sesuatu kawasan yang hendak dimajukan untuk dibuat penempatan baharu, misalnya, seharusnya mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum agar sentimen perkauman dapat dicairkan. Seterusnya setiap penempatan perlu menubuhkan jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga dan menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama. Prasarana seperti dewan serba guna dan dewan komuniti perlu disediakan untuk kegunaan penduduk melakukan aktiviti kemasyarakatan. Penyediaan kemudahan tersebut dapat membantu menyemaikan semangat perpaduan dan interaksi antara etnik melalui pelbagai aktiviti sosial yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kerajaan juga menegaskan supaya sesuatu kawasan perumahan mengandungi pembangunan bercampur seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah agar dapat mengurangkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat melalui pergaulan dan interaksi. Kemudahan yang disediakan haruslah dapat dinikmati oleh penduduk dan tidak dibatasi oleh taraf sosioekonomi mereka.


3.12 Strategi Penggunaan Tenaga Manusia


Pihak kerajaan meminta kerjasama daripada para majikan sama ada daripada pihak awam ataupun swasta untuk memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan faktor kaum, agama dan budaya. Pemilihan perlu dibuat secara adil berdasarkan kelayakan pemohon kerana hakikatnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Majikan juga perlu memainkan peranan menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melaluipelaksanaan dasar syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan.Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab melaksanakan setiap dasar yang digubal oleh kerajaan. Interaksi antara pekerja pelbagai etnik perlu digalakkan supaya perasaan prejudis dan salah tanggapan antara mereka dapat dikurangkan. Pemupukan nilai-nilai murni yang menyumbang kepada perpaduan negara seperti semangat patriotisme dan kekitaan perlu sentiasa diterapkan.

.
3.13 Strategi Media Massa


Media massa juga memainkan peranan berkesan untuk membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Internet sebagai wadah penyebaran maklumat juga perlu digunakan sebaik mungkin. Perkembangan media elektronik mampu menghubungkan rakyat termasuk masyarakat terpencil di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Syarikat swasta yang mengendalikan stesen televisyen turut memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada bangsa dan negara.
Penerbit akhbar dan majalah juga digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika kewartawanan. Pengamal media dituntut supaya bertanggungjawab dan peka apabila menyentuh dan melaporkan perkara yang dapat menjejaskan perpaduan dan perhubungan antara kaum dan agama. Mereka juga perlu memastikan bahawa laporan tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta tidak menjejaskan atau menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.


3.14 Strategi Kesukanan


Sukan merupakan bidang yang ideal bagi membentuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat berbilang kaum, khususnya bagi acara sukan yang popular. Sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira etnik dan keturunan. Melalui sukan juga dapat membantu menaikkan semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan prasangka buruk dalam kalangan rakyat, lebih-lebih lagi apabila acara itu diadakan di tanah air khususnya sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diwakili oleh pasukan kebangsaan atau negara.


3.15 Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela


Kerajaan telah memperkenalkan konsep pemasyarakatan perpaduan pada 1998 untuk menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan kewarganegaraan yang tinggi. Proses penerapan nilai-nilai murni menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada. Selain itu, diperkenalkan juga jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuan penduduk dalam usaha menjayakan penerapan nilai-nilai murni, perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan.


3.16 Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan


Usaha kerajaan memperbanyakkan aktiviti penyelidikan tentang perpaduan negara dan integrasi nasional penting untuk mengetahui pola hubungan etnik semasa. Hasil kajian dapat digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program yang berkesan di samping mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan. Ia boleh diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan bacaan tentang perpaduan dan integrasi serta adat resam masyarakat Malaysia.


3.17 Strategi Pemantauan isu-isu Semasa dan Konflik


Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesanan awal terhadap isu-isu semasa dan konflik. Pengesanan
perhubungan sosial perlu ditingkatkan lagi melalui sistem dalam talian kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperoleh dengan segera, tetapi dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk mengambil tindakan pencegahan awal

.
3.18 Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan negara (Panel) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat negeri (JKPPn)


Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEl) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri (JKPPN) bertujuan untuk membincangkan isu perpaduan dan integrasi nasional dan memainkan peranan lebih berkesan. Badan-badan ini bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab menasihat, melapor, dan mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri dan Parlimen tentang sebarang isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi sosial

.
3.19 Strategi Program dan aktiviti Perpaduan


Kerajaan merangka program pemetaan perpaduan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran termasuk kanak- kanak prasekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Seterusnya kakitangan kerajaan dan swasta serta anggota komuniti seperti belia, wanita dan orang kurang upaya serta orang ramai juga boleh berperanan membawa perubahan dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran tentang perpaduan antara etnik. Di peringkat sekolah, aktiviti yang dicadangkan adalah berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum. Di tempat kerja pula, aktivitinya adalah tentang pengurusan kepelbagaian dalam kalangan pekerja, manakala pada peringkat komuniti, aktivitinya berunsurkan pengembangan yang boleh membawa perubahan serta pembangunan kepada masyarakat setempat. Selain itu, strategi lain yang difikirkan dapat membantu memantapkan proses perpaduan dan integrasi juga turut diwujudkan seperti latihan dalam bidang komunikasi antara budaya, pengauditan dasar kerajaan dan menghasilkan satu etika tentang hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia. Usaha juga perlu dipergiatkan untuk menerbitkan bahan bacaan secara meluas tentang pelbagai etnik di Malaysia.


3.20 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


Sistem pendidikan negara pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Hal ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung memilih aliran mengikut etnik masing-masing. Usaha memupuk perpaduan harus bermula sejak awal lagi, iaitu sewaktu anak-anak berada di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah, mengikuti acuan kurikulum yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik supaya mereka dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi.
langkah-langkah untuk memperkasakan sekolah kebangsaan perlu diletakkan di landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang etnik tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil tanpa halangan. Sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional.

 

Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan mendidik pelajar pelbagai etnik, tetapi juga membantu menanam nilai- nilai perpaduan dalam kalangan warganegara Malaysia.
Memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran, iaitu sekolah kebangsaan perlu ditadbir sebaik- baiknya supaya bukan sahaja boleh menarik orang Melayu, tetapi juga orang bukan Melayu menghantar anak mereka belajar di sekolah tersebut. Lantaran itu, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2012 supaya sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar perlu dipupuk bukan sahaja di peringkat sekolah, tetapi juga di peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan beberapa pendekatan. Antaranya, tidak mengetepikan penguasaan bahasa ibunda masing-masing seperti bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun, memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik, mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik, mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

 

 


3.21 Memperkasakan Sekolah Wawasan


Kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan sebagai satu daripada pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan etnik dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar. Namun, pentadbiran terletak dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan dan dewan. Sekolah Wawasan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang memberikan peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai etnik untuk bergaul dan berinteraksi melalui pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan sekolahnya.


3.22 Memperkenalkan Program latihan Khidmat negara (PlKn)


Program latihan Khidmat Negara (PlKN) mula dilaksanakan pada 2004 sebagai kursus wajib selama tiga bulan di kem latihan bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PlKN yang berteraskan Rukun Negara mempunyai kurikulum berbentuk multidisiplin yang mengandungi beberapa modul.

Antaranya:


i.Modul Fizikal yang merangkumi aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa dan kembara hutan;


ii. Modul Kenegaraan yang memberi penekanan terhadap aspek pengetahuan tentang pembinaan negara bangsa;


iii. Modul Pembinaan Karektor mencakupi penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal;


iv. Modul Khidmat Komuniti yang menyentuh antara lain aktiviti gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.


Antara objektif utama PLKN adalah untuk

:
i. Menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia.


ii. Memupuk perpaduan etnik serta integrasi nasional.


iii. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.


4.0 Peranan Masyarakat dalam Konteks hubungan etnik


Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga. Antara aktiviti itu adalah seperti berikut:

 



 

Rukun Tetangga


Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Perlu mengenai Rukun Tetangga1975. Pada mulanya Rukun Tetangga bertujuan untuk membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing dengan mewajibkan masyarakat setempat berumur 18 hingga 55 tahun menjalankan tugas rondaan pada waktu malam. Mulai 1 Januari 1983, kerajaan telah membuat pindaan terhadap Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 dengan memberi penekanan kepada konsep kejiranan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000, peraturan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi ruang yang lebih luas untuk pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional.


Visi dan misi Rukun Tetangga adalah untuk membantu memupuk persefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai identiti sendiri dengan motonya “Bersatu Terus Maju” dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Objektifnya ialah memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Dengan kata lain, Skim Rukun Tetangga diperkenalkan sebagai langkah untuk membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka dengan penekanan terhadap konsep kejiranan serta falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Peranannya diperluaskan lagi kepada pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan berterusan dan berkekalan.Dari aspek sosial, ahli

 Rukun Tetangga melakukan amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan. Dari segi pendidikan, mereka mengadakan sistem pendidikan tidak formal seperti kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus kepemimpinan, tuisyen dan ceramah dalam pelbagai bidang. Selain itu, mereka juga mengadakan aktiviti sukan seperti sukaneka, larian amal, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, sukan air, sukan tradisional dan sukan rakyat. Mereka juga mengadakan aktiviti rekreasi seperti tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara mendaki gunung dan khemah kerja.


Ceramah kesihatan berkaitan anti-dadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan, dan menjaga harta awam juga dianjurkan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga. Ceramah dan forum berkaitan dengan keagamaan juga diadakan. Aktiviti melawat ke rumah warga tua, memberikan sumbangan kepada orang miskin, membuat kerja amal, membantu mangsa banjir, ribut dan bencana alam juga dilaksanakan. Jawatankuasa Rukun Tetangga juga mengadakan kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan pentasdan lain-lain.


Dalam aspek ekonomi pula mereka mengadakan projek tanaman secara hidroponik, ternak ikan air tawar dan membuat air lada manakala dalam aspek keselamatan, mereka mengadakan rondaan sukarela, mengesan dan melaporkan isu hubungan etnik dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik. Aktiviti tersebut bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan di peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
rumah Terbuka. Rumah terbuka diadakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan Dusun, Iban dan pelbagai lagi akan berkunjung ke rumah etnik Melayu dan begitulah sebaliknya apabila tiba perayaan etnik lain. Etnik Cina, misalnya, akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila me njemput etnik Melayu datang ke rumah mereka sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Demikian juga semasa perayaan Krismas atau Deepavali.Hal ini menunjukkan etnik Cina, India, Iban, dan Kadazan Dusun begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu dan etnik Melayu pula tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami keharmonian budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan kesepaduan sosial dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun mereka berlainan agama, etnik dan budaya.


Penerimaan Budaya


Pada masa ini, masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India termasuk juga etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu seperti Cina, India, dan Kadazan Dusun telah memakai baju kurung dan baju Melayu. Malah, trend berpakaian dan menikmati juadah makanan Melayu sudah menjadi lumrah bagi etnik bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam golongan orang Cina.

4.5 Program di institusi Pengajian Tinggi (iPT)


Di IPT bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan dan kelab telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut disertai mahasiswa Melayu. Dalam aspek kepemimpinan pelajar, ternyata tidak didominasi oleh sesuatu etnik sahaja, malah dianggotai oleh pelbagai etnik seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Kandungan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Nilai rohani dan budaya diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia khususnya menerusi kursus Hubungan Etnik untuk menguatkan peribadi dan sahsiah pelajar.


Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT sebagai usaha menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik dengan menggalakkan mahasiswa menganggotai kelab berkenaan. Pelajar juga digalakkan mempergiatkan dan mempertingkatkan aktiviti kokurikulum seperti dalam program sukan, kelab, persatuan, pameran dan ceramah. Aktiviti kokurikulum sedemikian merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif.


Di luar sistem akademik pula, para mahasiswa dilibatkan dalam aktiviti pelbagai etnik seperti menyertai program keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat dan mahasiswa balik kampung. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya.


Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara etnik. Lantaran itu, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu menyokong sepenuhnya aktiviti berkenaan. Para pensyarah juga perlu diterapkan dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Mereka perlu mendapat pendedahan tentang kursus seperti Hubungan Etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting dalam kalangan pelajar bagi memupuk keharmonian etnik. Para pensyarah dan mahasiswa berperanan sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonian. Mereka merupakan agen integrasi dan perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui tugasan dan projek akademik.

 


4.6 Peranan NGO dalam Konteks hubungan etnik


Terdapat pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia. Pertubuhan NGO pula dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia. Dari aspek kepemimpinan pula pemimpin persatuan di peringkat negara atau persatuan, barisan kepemimpinannya disertai oleh pemimpin daripada pelbagai etnik. Sebagai contoh, kepemimpinan
Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik. Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut etnik seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun persatuan berkenaan dapat digunakan oleh NGO untuk mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan dan jalan penyelesaiannya. Melalui dialog dan seminar tersebut, secara tidak langsung akan dapat memupuk hubungan antara etnik.


Sains dan teknologi juga memainkan peranan untuk meningkatkan hubungan etnik kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan sains dan teknologi termasuk sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi. Dalam konteks ini, kerajaan telah menetapkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial adalah berdasarkan nisbah 60:40. Hal ini menunjukkan bilangan saintis yang akan dilahirkan adalah terdiri daripada pelbagai etnik. Justeru, pihak kerajaan dan sektor swasta memainkan peranan dalam usaha menyumbang dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan inovasi dan seterusnya memacu pertubuhan ekonomi negara.


Dana dan geran daripada pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Akademi Sains Negara dan pelbagai lagi merupakan penjana kepada pembangunan ekonomi negara. Justeru, sains dan teknologi memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara. Apabila pembangunan ekonomi negara berkembang pesat, kestabilan politik dapat diwujudkan dan kesannya dapat menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Keadaan ini akan memberi banyak peluang pekerjaan tanpa mengira golongan etnik. Hasilnya taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi antara etnik dapat dirapatkan dan akhirnya akan wujud keharmonian rakyat di Malaysia.


Sejajar dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat, Multinational Corporation (MNC) turut memainkan peranan ke arah kesejahteraan masyarakat dengan cara menaja aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Antara syarikat tersebut ialah YTL Corporation, Lion Group, Maxis dan Berjaya Group. Syarikat berkenaan sering menganjurkan aktiviti kemasyarakatan melibatkan pelbagai etnik melalui penajaan dalam bidang pendidikan, penjagaan alam sekitar, kebajikan.


Hari keluarga atau dikenali sebagai Corporate Social Responsibility (CSR). Antara matlamat utama syarikat MNC ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan sasar terutamanya masyarakat luar bandar yang rendah tahap kehidupan mereka supaya dapat menikmati bantuan menerusi program CSR ini. Tanggungjawab sosial yang diberikan dapat membantu kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan dalam kalangan masyarakat yang memerlukan tanpa mengira batas etnik di seluruh pelosok negara. Di samping itu, generasi muda terutamanya para pelajar pelbagai etnik ialah golongan penting kepada syarikat MNC kerana program dan aktiviti anjuran CSR melibatkan pemberian dana bantuan berbentuk biasiswa kepada mereka yang cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Golongan warga emas juga turut didekati oleh pihak MNC dengan menyalurkan sumbangan untuk meringankan sedikit tanggungan oleh pihak tertentu dan sebagai mengingati jasa dan bakti mereka kepada masyarakat dan negara.


5.0 Rumusan


Setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai jati dirinya sendiri dan diamalkan mengikut etnik masing-masing. Kepelbagaian jati diri ini merupakan satu keunikan yang tidak sewajarnya dicerobohi. Usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat demi mewujudkan keharmonian hubungan antara etnik.Usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata. Kerajaan dengan pelaksanaan pelbagai dasarnya perlu disokong oleh badan-badan bukan kerajaan dan juga pihak swasta bagi memastikan hubungan etnik sentiasa berada dalam keadaan harmoni. Penglibatan semua pihak mampu menjayakan usaha ke arah meneratkan hubungan tersebut.


 [R1]Definisi

Friday, September 13, 2019

Flipped Classroom


Flipped Classroom

Flipped classroom merupakan satu kaedah pembelajaran abad ke-21 yang menyediakan pelajar dengan pemahaman konsep sesuatu topik sebelum pembelajaran dalam kelas atau kuliah berlangsung. Flipped classroom dicadangkan sebagai penyelesaian untuk memudahkan pembelajaran dalam kalangan pelajar atau siswa siswi guru.

Flipped classroom” ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan PdPc dalam kelas dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan bacaan.

Masa pengajaran satu hala berubah menjadi persekitaran pembelajaran bimbingan-inkuiri yang berpusatkan pelajar di mana pelajar atau siswa pendidik digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti pembinaan pengetahuan, perbincangan kolaboratif dan penyelesaian masalah.


Apabila kuliah kelas digantikan dengan rakaman video dan bahan-bahan lain atas talian, pelajar mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi dalam kebolehan menyelesaikan masalah di samping mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas kadar dan kaedah di mana pembelajaran berlaku.


Flipped classroom merupakan satu kaedah pembelajaran abad ke-21 yang menyediakan pelajar dengan pemahaman konsep sesuatu topik sebelum pembelajaran dalam kelas berlangsung.


Flipped Classroom melalui pembelajaran berasaskan projek untuk memaksimumkan pencapaian pelajar dan siswa siswi guru dalam mata pelajaran atau kursus yang sukar.


Flipped classroom merupakan kaedah yang memerlukan pelajar dan siswa siswi guru memahami sesuatu konsep dalam topik tertentu melalui pembelajaran kendiri sebelum PdP atau kuliah dalam kelas berlaku. Situasi tersebut berkemungkinan dirasakan sukar oleh sesetengah pelajar dan dan siswa siswi guru kerana memerlukan mereka untuk berfikir, memahami dan menyelesaikan sesuatu tugasan secara kendiri. Stein dan Lane (1996) menegaskan bahawa guru atau pensyarah perlu memberi tugasan yang mencabar minda pelajar untuk berfikir secara kritikal bermula dari peringkat awal lagi. Justeru kemahiran aras tinggi pelajar perlu diasah bermula dari peringkat awal bukan di akhir pembelajaran sebagaimana yang berlaku dalam pengajaran konvensional sedia ada (Smith et al., 2008).


Selaras dengan usaha untuk memastikan pelaksanaan PdP yang berkesan dan menepati pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia sangat komited dalam usaha menyokong ke arah pelaksanaan kaedah baru seperti flipped classroom (Mohamed Amin dan Ebrahim, 2014). Berdasarkan kajian-kajian lepas (Coufal, 2014; Mohamed Amin dan Ebrahim, 2014; Lai dan Hwang, 2016).


Kaedah flipped classroom telah diintegrasikan dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan. Flipped classroom adalah salah satu kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang telah diterima pakai secara meluas di luar negara (Bergmann dan Sams, 2009; Flumerfelt dan Green, 2013; Fulton, 2012; Clark, 2013; Siegle, 2013; Coufal, 2014). Flipped classroom mula diperkenalkan oleh Baker iaitu seorang pensyarah dari Universiti Cedarville, Ohio Amerika Syarikat (Baker, 2000). Kaedah flipped classroom menyediakan ruang untuk pelajar memanipulasi bahan rujukan sebelum PdP seterusnya berlangsung. Oleh itu ruang masa PdP di dalam kelas mampu ditumpukan terhadap aktiviti bersama-sama rakan dan guru yang mana ia kurang diaplikasikan dalam kaedah konvensional sedia ada (Steed, 2013). Interaksi antara pelajar dan guru akan meningkat dan guru berpeluang mengetahui dan membetulkan ketidakfahaman pelajar dengan serta merta (Zappe et al., 2009; Demetry, 2010). Justeru pelaksanaan flipped classroom berpotensi meningkatkan pencapaian pelajar selain membawa kepada penglibatan pelajar secara menyeluruh melalui aktiviti pembelajaran yang disediakan (Mohamed Amin dan Ebrahim, 2014).

Monday, July 15, 2019

China dan India Kuasa Ekonomi Baru Dunia


China Kuasa Ekonomi Baru

·         China bangkit sebagai kuasa baru ekonomi dunia yang menjana dagangan global dan secara langsung menyemarakkan pertumbuhan ekonomi rakan-rakan dagangannya

·         China merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar di dunia yang dianggarkan bernilai RM48 trilion.

·         Kadar pertumbuhan ekonomi yang melonjak pada kadar 10.2 peratus, ia telah meletakkan China di landasan yang kukuh untuk muncul sebagai kuasa ekonomi baru dunia.

·         Kekuatan China pada masa ini adalah tenaga kerjanya yang murah dan terlatih, di samping potensi pasaran domestik yang besar.

·         Kelebihan ini membolehkan mereka menghasilkan barangan pada skala besar dengan harga yang murah dan berdaya saing.

·         Dengan kemampuan China yang berupaya menyediakan pasaran yang luas, buruh yang banyak dan murah, tanah dan sumber ekonomi yang makmur, ia telah menjadikan China sebagai destinasi pelaburan kepada para pelabur asing.



India Kuasa Ekonomi Baru

·         India dilengkapi tenaga kerja sebanyak 509.3 juta, 60% daripadanya bekerja dalam bidang pertanian dan industri-industri berkaitan; 28% dalam bidang perkhidmatan dan industri-industri berkaitan; dan 12% dalam perindustrian.

·         Tanaman-tanaman pertanian utama termasuklah beras, gandum, biji minyak, kapas, rami, tah, tebu, dan ubi kentang.

·         Sektor pertanian membentuk 28% KDNK; sektor perkhidmatan dan perindustrian pula masing-masing membentuk 54% dan 18% KDNK.

·         Perindustrian utama termasuk pembuatan kereta, simen, kimia, perkakas elektronik pengguna, pemprosesan makanan, jentera,

·         Tekstil, barang kemas, hasil kejuruteraan dan perisian merupakan komoditi-komoditi eksport yang utama. Minyak mentah, jentera, baja, dan kimia pula merupakan import utama.

·         India telah mengambil kesempatan terhadap sekumpulan besar orangorang berpendidikan tinggi dan fasih berbahasa Inggeris, serta pakarpakar terlatih untuk dijadikan destinasi penyumberan penting untuk korporasi multinasional dan juga destinasi popular untuk pelancongan

·         India juga telah menjadi pengeksport utama perisian dan juga perkhidmatan kewangan, penyelidikan, dan teknologi. *Sumber alam semulajadinya termasuk tanah tanaman, bauksit, kromit, arang, intan, bijih besi, batu kapur, mangan, mika, gas asli, petroleum, dan bijih titanium

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...