Wednesday, June 26, 2019

Isu Dan Cabaran Dunia Semasa

Bentuk Bentuk Pemerintahan Negara Di Asia Barat



Republik 

Merujuk kepada sejenis kerajaan atau negara yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat seperti presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini berasal daripada bahasa Latin res publica, atau "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun demikian, republik tidak boleh disama ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes di mana negara republik diperintah secara kuku besi atau totalitarianisme. Misalnya, Afrika Selatan telah menjadi negara republik sejak tahun 1961 tetapi disebabkan oleh dasar apartheid yang diperkenalkan, lebih kurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang untuk mengundi. Namun demikian, terdapat juga negara republik yang mengamalkan perwakilan secara demokrasi.



Raja berperlembagaan 

Adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutifdan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau ,”absolute monarchy

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.



Monarki Mutlak 

Merupakan bentuk kerajaan yang unggul bahawa seseorang Raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negaranya. Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan iaitu Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.



Republik Islam 

Merupakan nama yang digunakan oleh beberapa negara dalam Dunia Islam, iaitu IranPakistanAfghanistan dan Mauritania. Pakistan menggunakan nama tersebut sejak berlakunya konstitusi tahun 1956. Mauritania menggunakannya sejak 28 November 1958, sedangkan Iran menggunakannya sejak Revolusi Islam tahun 1979 yang menumbangkan dinasti Pahlavi. Afghanistan adalah yang paling akhir menggunakannya, iaitu sejak tahun 2001 setelah tumbangnya kekuasaan Taliban. Meskipun terdapat keserupaan nama, namun terdapat perbezaan besar di antara negara-negara tersebut dalam hal penerapannya pada pemerintahan dan hukum yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...