Wednesday, June 26, 2019

Isu dan Cabaran Dunia Semasa


Pendemokrasian Di Timur Tengah

      Kebanyakan negara Timur Tengah tidak mengamalkan demokrasi dalam keadaan yang sebenarnya

      Turki, Kuwait, Lebanon dan Moroko dianggap sebagai negara-negara yang mengamalkan demokrasi pada tahap “Partly Free”



Sistem Yang Digunakan Dalam Dunia Arab

·         Negara Republik Yang Berpresiden

·         Monarki Mutlak

·         Monarki Berperlembagaan

·         Kerajaan Islam



Negara Republik Yang Berpresiden

  • Contoh negara ialah Syria dan Mesir yang mengadakan pilihanraya dari masa ke masa tetapi tidak mengamalkan sistem pelbagai parti.
  • Pada amalannya, Presiden mempunyai kuasa yang besar dalam sesebuah negara.  Ia hampir mempunyai kuasa mutlak dalam pembuatan keputusan



Monarki Mutlak

      Arab Saudi mengamalkan sistem sebegini

      Pemerintahan yang bersifat autoritatif ini terus wujud di dunia Arab walaupun telah mula terhapus di tempat-tempat lain di dunia.



Monarki Berperlembagaan

Negara-negara seperti Jordan, Kuwait,  Moroko dan Bahrain adalah contoh negara-negara yang mengamalkan pemerintahan monarki berperlembagaan.



Negara Islam

      Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Islam ialah Iran

      Pertukaran sistem daripada pemerintahan monarki kepada sistem pemerintahan Islam berlaku akibat daripada Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979.

      Kuasa banyak tertumpu kepada Supreme Leader

      Tahap amalan demokrasi di Timur Tengah  berbeza-beza antara negara.  Terdapat negara yang mempunyai sistem demokrasi tetapi tahap amalan demokrasinya adalah rendah.



Cabaran Pendemokrasian Di Timur Tengah

      Cabaran demokrasi di Timur Tengah ialah mewujudkan sistem demokrasi di negara-negara

      Berlaku pemberontakan dan kebangkitan rakyat Timur Tengah yang bermula di Tunisia pada 2010.

      Pemberontakan ini telah menggulingkan pemerintahan

      Tunisia – 18 Disember 2010 telah menumbangkan pemerintahan Zine El Abidin Ben Ali

      Algeria- 29 Disember 2010.  Penentangan rakyat telah menghapuskan pemerintahan Darurat 19 tahun

      Jordan 14 Januari 2011 – penentangan rakyat telah menyebabkan Raja Jordan memecat dua orang Perdana Menteri kerana gagal melaksanakan pembaharuan yang dicadangkan

      Mesir- 25 Januari 2011 – Pemerintahan Hosni Mubarak telah ditamatkan. Mubarak telah dipenjarakan seumur hidup kerana beberapa kesalahan seperti membunuh pemberontak.

      Pengisytiharan Darurat yang berkuatkuasa selama 31 tahun telah dimansuhkan

      Pilihanraya yang demokratik telah diadakan untuk menggantikan Hosni

      Presiden Mesir Mohamad Morsi telah digulingkan oleh pihak tentera kerana melaksanakan undang-undang Islam

4 comments:

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...