Saturday, August 18, 2018

Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap Negara : Isu Keganasan Antarabangsa


Isu Keganasan Antarabangsa

·        Keganasan antarabangsa dimaksudkan sebagai cara yang ganas, tidak berperikemanusiaan, dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, penculikan dan sebagainya untuk tujuan mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Secara amnya, keganasan sebenarnya tidak membawa sebarang faedah atau kebaikan, tetapi mengheret negara terbabit ke pinggir kemusnahan dan kehancuran.

·        Keganasan ini berlaku kerana didorong oleh beberapa faktor seperti mengorbankan nyawa insan-insan yang tidak berdosa, kegawatan ekonomi dan sebagainya. Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada negara tersebut dalam pelbagai situasi. Jadi, langkah-langkah perlulah diperkasakan untuk mencegah dari episod persengketaan berdarah ini.

Contoh

Antara contoh keganasan global yang berlaku
  1. Konflik Israel-Palestin
  2. ISIS (ISLAMIC STATE IRAQ SYRIA)
  3. Konflik Syria
  4. Konflik Rohingya
  5. Konflik etnik di Afrika
  6. Konflik Bosnia

Sebab

·        Dunia diwar-warkan dengan keganasan yang dilakukan oleh pengganas Islam/Muslim Terrorista Super Power-sebuah pihak yang sewenangnya membunuh,menindas ,mencabuli,mencederakan orang islam.
·        Pengganas (Amerika Syarikat) berpendapat tiada cara lain untuk berunding-menggelar diri mereka Polis Dunia Paling jelas isu Palestin yang dilihat sebagai kunci utama merebaknya keganasan dan ancaman terhadap kepentingan AS Presiden Yasser Arafat, ditekan untuk bersetuju menyerahkan kuasa kepada Perdana Menteri Mahmood Abbas jika ingin melihat proses damai digerakkan semula tetapi AS hanya menutup sebelah mata terhadap kekejaman Yahudi dan secara terang-terang mencabuli hak penduduk Palestin.
·        Kegagalan badan dunia -PBB(Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu -OIC(Pertubuhan Negara Islam)
  • Punca kebangkitan radikalisme dalam masyarakat dunia Radikal –radix iaitu akar radikal bermaksud menyeluruh manakala radikalisme ialah fahaman radikal dalam politik; fahaman yang menginginkan perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial Menurut Shahnon
Ahmad, radikalisme adalah satu gerakan perubahan yang baik untuk masyarakat

Politik

  • Percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan.
  • Perkara ini telah terjadi apabila gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah memenangi pilihanraya Algeria telah dinafikan kemenangannya apabila pihak tentera membatalkan keputusan pilihanraya. FIS bangkit bertentang secara senjata dan pengeboman.
  • Di Chechenya, Rusia telah menyerang kerajaan Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev untuk telah menuntut kemerdekaan. Sekali lagi trajedi berdarah berlaku. Tindakan keras pemerintah atau penjajah menyebabkan kebangkitan radikalisme di kalangan rakyat lokal. .

Agama.

  •   Agama sebagai sumber menentang musuh.
  •   Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet dan gerila IRA Katolik menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di Ireland Utara.
  •   Islam telah dikambing hitam kan oleh AS (Islam yang memulakan keganasan)
  • Barat selalu mencipta musuh, pada mulanya komunisme dan selepas itu Islam.
  •  Semangat jihad dalam agama Islam selalu didefinisikan sebagai galakan agama islam terhadap umatnya untuk melakukan keganasan. Dengan semangat jihad inilah Taliban ditubuhkan oleh ejen CIA dan perisikan Pakistan untuk menentang Mujahidin Afghanistan.
  • Bantuan Amerika telah melahirkan Osama yang memainkan semangat jihad melawan balik Amerika. Eksplotasi jihad secara silap oleh gerakan Islam yang mudah terperangkap dengan muslihat musuh menyebabkan jihad disilap tafsir.


Politik

·        Politik adalah sumber utama kepada kekacauan dunia.ia selalunya melibatkan percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan. Contoh (1)gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah memenangi pilihanraya,tp Algeria menentang/bantah. FIS bangkit menentang secara bersenjata. pemberontakan FIS

Ideologi

  • Ideologi telah terbukti antara sumber keganasan gobal. contoh,Komunisme telah dimulakan dengan ganas semasa Revolusi Rusia oleh Lenin. Komunisme telah mencipta pemerintahan baru di China di bawah pimpinan Mao Zedong. Malaysia juga tidak terlepas daripada pengaruh komunisme sehingga kerajaan mengisytihar darurat.

Ekonomi dan Sosial

  •       Dasar ekonomi dan sosial antara punca kemunculan radikalisme dalam masyarakat dunia. Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat perkauman semakin menebal dan api dendam mula membara. contoh,Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh dasar ekonomi dan sosial Kerajaan Thailand. Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand sebagai warganegara kelas dua. 
  •       Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan utara negara tersebut. sosial rakyat yang tidak terbela. Akibatnya berlaku demonstrasi berdarah di Tak Bai dan pengeboman di Sungai Golok.


Kesan

Kesorakan Insfratruktur

·        Infrastruktur merupakan struktur fizikal yang terdapat dalam negara
·        Kerosakan infrastuktur yang terjadi akibat keganasan antarabangsa menyebabkan kehidupan rakyat menjadi kurang selesa Hal ini juga menybabkan negara terpaksa menelan kos untuk memperbaiki infrastruktur yang dirosakkan
·        Jika infrastruktur negara tidak dibaikpulih, rakyat tidak dapat meneruskan rutin harian mereka sehari-hari Keadaan ini juga menyebabkan imej negara tercalar Sebagai contoh, negara-negara Islam seperti Syria dan Palestin yang mengalami kemusnahan infrastruktur dengan teruk dan menyebabkan rakyat diselebungi dengan trauma.

Korban Nyawa

  • Salah satu kesan keganasan antarabangsa ialah rakyat akan kehilangan nyawa.Keganasan merupakan perlakuan melampau di luar batasan kemanusiaan. Keganasan yang dapat kita saksikan pada era ini semakin berleluasa serta tidak dapat dikawal, terutamanya di negara-negara di wilayah Arab. Sebagai contoh di Palestin, negara tersebut merupakan negara Islam yang sedang mengalami pergolakkan dan peperangan dengan rejim zionis. Demi mendapatkan seluruh negara Palestin, rejim zionis telah melancarkan perang besar-besaran ke atas Palestin dengan menggunakan senjata yang canggih seperti roket, bom, dan pistol bermesin.
  • Ramai rakyat Palestin yang tidak berdaya akan kehilangan nyawa mereka demi mempertahankan maruah agama dan negara.Hal ini membuktikan bahawa keganasan antarabangsa memberi impak yang besar kepada penduduk kerana ia boleh meragut nyawa manusia yang tidak berdosa.
  • Kesan keganasan global Politik Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan pemulihan sistem dan struktur politik sesebuah negara akan terbantut. contoh,sistem politik Afghanistan kucar-kacir akibat tiada pemerintahan berpusat selepas kejatuhan Kerajaan pro-Rusia pimpinan Najibullah. Afghanistan dibahagi-bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang. Begitu jg di Somalia dan Iraq. Tindakan kekerasan oleh pejuang terutamanya pengeboman berani mati dan peperangan gerila bandar telah menggugat pilihanraya dan kerajaan baru Iraq.
  •  Ekonomi dan Sosial Ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan permusuhan antara kaum akan berlaku secara berpanjangan. contoh,Tuntutan Gerakan Aceh Merdeka, Barisan Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan Pembebasan Rakyat Patani menuntut hak-hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah mereka. Tuntutan sukar diterima oleh pihak pemerintah menyebabkan peperangan terus berlaku. kesan- Pelabur asing dan dalaman tidak berani melabur .Tiada keyakinan berbuat demikian kerana takut kerugian .
  • Agama Islam Agama Islam akan menghadapi kesan paling teruk dikala keganasan global semakin membiak pesat. seruan jihadnya dianggap punca radikalisme. Media massa Barat selalu menuding setiap keganasan didalangi oleh pejuang Islam. Perkara ini menjejaskan kredibiliti agama Islam di mata dunia.
  • Keselamatan terancam · Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan keganasan . · Pemimpin yg gila kuasa manyalakan api keganasan dan menghasut penyokong untuk berbuat demikian . tunjuk perasaan dan bertindak liar . · Menggugat keselamatan- jenayah berleluasa
  •  

Langkah Mengatasi

Peranan Komuniti Antarabangsa

·        Komuniti antarabangsa berganding bahu demi mencegah keganasan yang berada dalam rangkaian antarabangsa Jabatan perisikan setiap negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan semasa yang diperoleh Kerajaan perlu berusaha untuk menyekat aliran wang kumpulan- kumpulan pengganas di pelosok dunia.

Kuatkuasa Undang-Undang

·        Dikenakan hukuman yang berat kepada pengganas Contohnya, hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun dan sebarang harta yang dilakukan untuk melakukan keganasan akan dirampas Akta Hasutan membolehkan kerajaan mengambil tindakan segera.

Dialog Peradaban

·        Dialog peradaban ialah satu proses pemahaman di antara tamadun yang berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi. Dalam dialog ini, titik kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan bersikap inklusif.

Perkongsian Pintar

·        Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi mewujudkan suasana ‘menang- menang’ di antara yang pihak berinteraksi. Pihak yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah begitulah sebaliknya. Perkongsian pintar mewujudkan sifat saling percaya mempercayai dan mengeratkan ukhwah dengan pengurangan persaingan.

Sukan

·        Sukan adalah wahana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah negara dengan negara lain. Sukan Olimpik sebagai membawa pertemuan antara negara musuh. Perlawanan ini boleh mengeratkan perhubungan positif dengan negara yang bermusuhan


1 comment:

  1. INTAN ASYUHADA
    Nota ini membantu pelajar memahami dengan jelas tentang topik yang dibincangkan.

    ReplyDelete

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...