Saturday, August 18, 2018

Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap Negara : Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia dan Kemiskinan Dunia Ketiga


Kemiskinan Dan Ketidakseimbangan Dunia

Kemiskinan relatif
        Keadaan ini merujuk kepada kekurangan sumber-sumber material dan ekonomi berbanding dengan populasi.  Maksudnya kemiskinan pada tahap ini adalah bandingan dengan pihak lain.

Ukuran kemiskinan
        Bank Dunia telah menggunakan ukuran pendapatan USD 1.25 sehari sebagai ukuran kemiskinan untuk negara-negara yang mundur.  Untuk negara-negara yang berpendapatan pertengahan  termasuklah Amerika Latin dan Eropah Timur, ukurannya ialah pendapatan USD 2.00 sehari.  Mereka yang hidup kurang pendapatan USD 1.25 sehari dianggap hidup dalam kemikinan ekstrim.
        Suatu lagi cara untuk mengukur kemiskinan ialah dengan merujuk kepada nisbah orang-orang dalam sesebuah negara yang hidup dengan kurang dari keperluan minimun kalori untuk mengekalkan kehidupan yang sihat. 
        Dalam negara-negara maju, ukuran kemiskinan adalah median pendapatan isirumah.  Mereka yang berpendapatan kurang daripada 50% median pendapatan isirumah dianggap sebagai miskin.

Kemiskinan mutlak
        Kemiskinan ini merujuk kepada keadaan kekurangan kehidupan asas dalam kehidupan iaitu makanan dan air di samping perkara-perkara lain seperti perumahan, kebersihatan, pendidikan
        Taraf hidup manusia telah menjadi bertambah baik selepas Revolusi Industri yang bermula di Great Britain sejak 1750.  Ciptaan-ciptaan sains telah memberikan kesempatan untuk manusia sejagat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti
        Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Development Programme UNDP)  telah menyenaraikan keadaan –keadaan yang menggambarkan keadaan kemiskinan.  Program tersebut memperkenalkan Indeks kemiskinan manusia (human poverty index  HDI)  Keadaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut;
1.      Terhindar daripada menikmati hidup yang sihat dan panjang
2.      Terhindar daripada menikmati ilmu pengetahuan
3.      Terhindar daripada menikmati taraf hidup yang baik
  • ·        Namun kemiskinan manusia tetap merupakan permasalahan yang sejagat dan berterusan.


Senarai  negara maju dan dan HDI adalah seperti berikut;
  •         Sweden (HDI- 6.0)
  •        Norway
  •        Netherland
  •     Finland
  •       Denmark


HDI yang paling tinggi dalam negara maju ialah
  •        Itali (HDI- 29.8)
  •        Ireland (HDI- 29.8)
  •       Amerika Syarikat (15.2)

Ketidakseimbangan Kekayaan Dunia 
  •       I% orang terkaya di dunia memiliki 40% kekayaan dunia
  •       2% orang terkaya di dunia memiliki separuh kekayaan dunia
  •      10% orang terkaya didunia memiliki 85% kekayaan dunia
  •      Hampir separuh orang termiskin di dunia memiliki hanya 1% kekayaan dunia
  •     Walaupunpenduduk Amerika Syarikat berjumlah 6% penduduk dunia, ia menguasai 34% kekayaan dunia
  •    Satu daripada enam orang yang menghuni bumi ini masih lagi menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan asas kehidupan seperti nutrisi pemakanan yang mencukupi,  air minuman yang tidak tercemar, tempat perlindungan yang selamat, persekitaran yang bersih dan khidmat kesihatan asas.

  • Kawasan-kawasan berlakunya kemiskinan di dunia ini biasanya mempunyai beberapa ciri yang jelas iaitu kawasan tersebut tidak mempunyai aktiviti perdagangan pada kadar yang sepatutnya.  Kawasan-kawasan ini juga tidak sesuai untuk pelaburan dalam bidang kemudahan asas, pendidikan, kemudahan pendidikan.
  • Terkini, analisisi terhadap punca kemiskinan dikaitkan pula dengan faktor “kelemahan urustadbir”.  (poor governance).  Analisis sebegini menjelaskan bahawa kemiskinan berlaku kerana pihak kerajaan yang mentadbir telah gagal untuk menyediakan asas-asas perdagangan di kawasan-kawasan berlakunya kemiskinan.
  • Kerajaan juga gagal menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam dan gagal juga membendung rasuah


Faktor geografi
  •  Di Afrika, tidak kedapatan Banjaran Himalaya yang membekalkan air untuk sungai-sungai. Ini akan membolehkan wujudnya sistem pengairan yang cekap dan membantu pertanian secara besar-besaran.  Jelasnya Asia telah  mengalami Revolusi Hijau dalam tahun 1960-an dan 1970-an.  Revolusi sebegini tidak berlaku di Afrika.

Penjajahan
  • Terdapat beberapa punca ketidakseimbangan global terutama dari aspek pengagihan kekayaan. Hal ini dapat dirujuk daripada hubungan antara Negara Maju dan Negara-Negara Sedang Membangun dan Negara Mundur.  Istilah lain yang boleh digunakan ialah Negara Dunia Pertama dan Negara Dunia Ketiga.
  •  Punca ketidakseimbangan global ini berlaku akibat daripada eksploitasi  besar-besaran terhadap Negara Dunia Ketiga oleh Negara-Negara Dunia Pertama.  Berbekalkan kelebihan teknologi ketenteraan, Negara Dunia Pertama telah menjajah Negara Dunia Ketiga.  Penjajahan bermaksud menghalalkan kekayaan Negara Dunia Pertama
  • Perampasan kekayaan itu yang bermula ratusan tahun dahulu terus berlaku hingga kini.   Dengan wujudnya penjajahan, pembangunan di kawasan-kawasan jajahan telah terbantut dan tergendala.  Fenomena yang berlaku di tanah-tanah jajahan akibat penjajahan ialah keadaan eksploitasi yang melampau (overexploited).
  •  Penguasaan Dunia Pertama terhadap Dunia Ketiga terus berlaku walaupun kemerdekaan tanah-tanah jajahan telah dicapai.  Dianggarkan tiga perempat daripada sumber mineral di Negara-Negara Dunia Ketiga terus di bawah kawalan kepentingan korporat-korporat Dunia Pertama


Hutang Asing

        Faktor ketiga yang menyebabkan kketidakseimbangan global ialah faktor hutang asing Negara Dunia Ketiga.  Syarat-syarat pinjaman asing Dunia Ketiga terhadap Dunia Pertama ini amat merugikan mereka dan bersifat menguntungkan sebelah pihak sahaja.  Hutang Dunia Ketiga terhadap Dunia Pertama berjumlah berbilion ringgit.
        Untuk mengatasi jumlah hutang yang besar, Negara Dunia Ketiga terpaksa menjual hasil-hasil bumi dengan lebih banyak untuk menjelaskan hutang mereka. Terdapat beberapa Negara Dunia Ketiga yang sebenarnya tidak memiliki keupayaan untuk menjelaskan pinjaman
        Negara-negara ini hanya menjelaskan kadar faedah pinjaman tanpa melunaskan pinjaman sebenarnya. Adakalanya negara-negara Dunia Ketiga terpaksa membuat pinjaman baru untuk melunaskan hutang lama mereka
        Untuk mendapatkan pinjaman baru, adakalanya negara-negara ini terpaksa meminjam daripada agensi-agensi seperti Bank Dunia atau International Monetary Fund (IMF). 
        Kemudahan pinjaman yang diberikan oleh agensi-agensi sebegini biasanya bersyarat iaitu negara-negara tersebut perlu mengadakan beberapa perubahan dalam corak perbelanjaan dan belanjawan negara.  Perubahan ini diistilahkan program penyesuaian struktur ( structural adjustment program) atau SAP
        Syarat-syarat di bawah SAP biasanya mewajibkan negara peminjam mengadakan langkah-langkah berjimat cermat seperti mengurngkan perbelanjaan termasuklah dalam sektor kebajikan, pelajaran atau kesihatan. Mewajibkan penjimatan dalam  sektor-sektor tersebut  bermakna kemajuan negara-negara ini akan tergendala dan masalah kemiskinan akan bertambah lagi
        Antara syarat lain di bawah SAP ini ialah negara-negara peminjam perlu membuka pasarannya kepada import barangan Dunia Pertama.  Kemasukan dan longgokan barangan Dunia Pertama akan memberikan kesan kepada ekonomi tempatan serta kehidupan  golongan petani dan kumpulan pembuatan yang lain.

No comments:

Post a Comment

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...