Saturday, August 18, 2018

Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap Negara. : Isu Alam Sekitar

Isu Alam Sekitar

        Dalam pengertian yang mudah, suhu bumi telah meningkat sebanyak satu darjah Farenheit.  Dua dekad dahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah telah membentuk Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC).  Jawatankuasa tersebut telah mengeluarkan suatu laporan menngenai pemanasan global merupakan fenomena yang membahayakan manusia dan ia terjadi akibat faktor manusia itu sendiri

Pemanasan Global
        Pada tahun 2007, ais di Lautan Artic telah mencair.  Proses pencairan telah berlaku bukan pada kadar yang biasa.  Pencairan ais di Lautan Artic telah membuktikan bahawa planet bumi semakin panas.  Sebenarnya litupan ais mempunyai peranan yang penting iaitu ia akan memantul balik 80% radiasi matahari kembali ke ruang angkasa.
        China dan Amerika Syarikat adalah dua negara terbesar yang menghasilkan karbon dioksida.  Kini China telah mengatasi Amerika Syarikat sebagai penghasil karbon dioksida.

Negara Penghasil Karbon Dioksida
  • ·        Namun daripada suatu segi yang lain, China mempunyai empat kali ganda populasi berbanding dengan Amerika Syarikat.  Jadi dapat dikatakan dengan jumlah penduduk yang kurang berbanding China, Amerika Syarikat telah mengeluarkan karbon dioksida dengan jumlah yang lebih besar.
  •       Walaupun perubahan ini tidaklah begitu signifiken dalam jangka masa pendek,kesan-kesan yang serius telah berlaku. Perubahan cuaca juga bertanggungjawab menyebabkan kemarau dan kejadian banjir di beberapa tempat yang sebelum ini tidak berlaku.


Perubahan cuaca
  • ·        Pemanasan global sebenarnya merupakan ancaman yang serius terhadap kehidupan manusia.  Pencairan ais di Lautan Artik akan menyebabkan Lautan Artik menyerap lebih banyak cahaya matahari.  Ini membantu pemanasan bumi berlaku dengan lebih cepat.
  • ·        Penduduk-penduduk yang menetap di kawasan rendah perlu berpindah ke kawasan-kawasan lain yang lebih selamat untuk didiami.
  • ·        Pemanasan global ini juga menyebabkan terumbu-terumbu karang juga musnah dan ini menyebabkan habitat ikan dan sumber makanan manusia terancam.  Pemanasan global juga menyebabkan beberapa penyakit seperti malaria dan denggi makin merebak
  • ·        Manusia di dunia kini berjumlah 6.6 bilion dan angka ini terus meningkat.  Apabila populasi dunia meningkat tiga kali ganda dalam abad ke-20, permintaan terhadap bekalan air juga telah meningkat.  Namun bekalan air kini telah berkurangan disebabkan oleh pencemaran.


Bekalan Air

        Berbilion manusia hidup dengan kekurangan bekalan air.  Setiap tahun juga jutaan manusia mati akibat penyakit-penyakit yang berkaitan air.    Dapat juga dikatakan bahawa semakin berlakunya proses urbanisasi dan industrialisasi, keperluan terhadap bekalan air semakin menjadi penting.
         Sering diperkatakan bahawa dua pertiga daripada dunia ini dipenuhi air tetapi  kebanyakannya tidak sesuai untuk kegunaan manusia.  Kebanyakan air tawar berada dalam bentuk glasier dan  icecaps. 
        Tambahan pula dengan simpanan air yang makin berkurangan, pencemaran terhadap air makin bertambah dan menyebabkan sejumlah simpanan air tawar tidak dapat digunakan
        Terdapat perkaitan yang rapat dan positif di antara kualiti air yang baik dan kehidupan manusia.  Dengan bekalan air yang bersih, kadar kematian dalam kalangan kanak-kanak di antara 0-4 tahun berkurangan

Kaitan antara sumber air bersih dan kehidupan yang berkualiti.
  • ·        Produktiviti aktiviti manusia pula akan meningkat dalam lingkungan usia 15-59 tahun.  Selain itu purata manusia yang hidup melebihi 60 tahun juga akan meningkat.  Jelasnya wujud perkaitan yang rapat antara bekalan air bersih dan kehidupan manusia.
  • ·        Terdapat perkaitan yang rapat antara manusia dan laut.  Hampir separuh populasi dunia menetap dalam lingkungan 100 kilometer.  Atas perkaitan yang rapat inilah, aktiviti manusia telah memberikan impak yang besar kepada hidupan laut terutama perairan pantai


Perkaitan antara Manusia dan Laut 
        Ikan di laut semakin berkurangan akibat aktiviti perikanan yang sangat giat.  90% ikan-ikan pemangsa yang besar seperti tuna, swordfish dan jerung telah pupus.  Di kawasan-kawasan estuaries and coastal waters 85% paus-paus yang bersaiz besar telah mula pupus.  Kebanyakan ikan yang lebih kecil juga telah berkurangan.
        Habitat kehidupan ikan juga telah diganggu oleh aktiviti manusia.  Kebanyakan nelayan di kawasan-kawasan perikanan seperti di Teluk Mexico telah menggunakan pukat (trawler).  Ini dilakukan sepanjang tahun  yang menyebabkan banyak ikan ditangkap sehingga ke dasar laut dan tidak cukup masa untuk sumber ikan dan tumbuhan pulih semula.
        Aktiviti manusia juga telah menyebabkan sejumlah besar karbon dioksida dibebaskan ke udara.  Satu pertiga daripada jumlah ini diserap oleh laut dan terbentuk asid karbonik.  Kewujudan asid karbonik ini telah memberikan kesan kepada hidupan laut kerana ia telah menggangu kealkalian air laut

        Aktiviti manusia bukan sahaja membentuk karbon dioksida ini sahaja tetapi dari aspek yang lain pula, buangan ke dalam laut seperti sampah sarap, sisa minyak dan bahan-bahan logam turut memberikan kesan yang berpanjangan kepada laut. 

No comments:

Post a Comment

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...