Saturday, August 18, 2018

Isu-Isu Global dan Kaitannya Terhadap Negara : Isu Pemerdagangan Manusia


Pemerdagangan Manusia
        Pemerdagangan manusia sebenarnya berkait dengan keadaan kemiskinan.  Mereka yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia biasanya berasal daripada keluarga yang miskin.  Di kawasan yang berlaku kemiskinan seringkali juga berlaku ledakan pertambahan penduduk
        Dengan pertambahan penduduk yang ramai ini, jumlah mereka yang mencari pekerjaan juga bertambah.  Keadaan terdesak ini menyebabkan mereka akhirnya terjebak dalam perangkap pemerdagangan manusia. 
        Di kawasan-kawasan kemiskinan yang kronik, adakalanya ahli-ahli keluarga dijadikan cagaran semasa membuat pinjman wang.  Terdapat kemungkinan sesebuah keluarga tidak dapat menjelaskan pinjaman kerana faktor-faktor seperti hasil pertanian tidak menjadi atau berlakunya wabak di kawasan mereka
        Apabila gagal melunaskan hutang, terdapat ahli keluarga yang terdapat diserahkan kepada peminjan wang .  Ini adalah satu daripada sebab berlakunya pemerdagangan manusia khususnya di kawasan-kawasan yang kadar kemiskinannya tinggi. 
        Kemiskinan dan kedaifan hidup juga menyebabkan terdapat ibu bapa yang terpaksa menjual anak-anak mereka.  Mereka dijanjikan oleh para broker bahawa anak-anak mereka akan mempunyai masa depan yang baik.  Broker-broker biasanya akan menjual anak-anak itu kepada slaveholders pula.
        Akhirnya ramai yang terjebak dalam aktiviti pelacuran tanpa kerelaan mereka.  United Nations Children’s Fund menganggarkan lebih kurang 200,000 kanak-kanak setahun di Afrika Barat dan Tengah dijual sebagai abdi oleh keluarga mereka.  Pemerdagangan manusia begitu banyak berlaku di negara-negara miskin seperti Benin, Burkina Faso dan Mali.
        Kemiskinan begitu jelas dengan lebih 70% pendududknya hidup dengan pendapatan kurang US1 dollar sehari.  Dengan keadaan kemiskinan yang begitu nyata, terdapat keluarga yang sanggup menjual anak-anak mereka dengan harga serendah US15 dollar sehaja dengan harapan anak-anak mereka akan mempunyai masa depan yang lebih baik daripada kehidupan asal mereka
        Namun demikian, kanak-kanak perempuan akan akhirnya menjalankan kerja-kerja domestik atau akan dijadikan pelacur manakala kanak-kanak lelaki berkemungkinan akan dijual sebagai buruh pertanian di ladang-ladang koko atau mungkin menjadi nelayan di laut.
        Dalam isu pemerdagangan manusia, telah wujud rangakaian antarabangsa penyeludupan manusia yang telah menyebabkan migrasi paksaan  (forced migration)  dalam penyeludupan imigren secara haram.  Badan siasatan Amerika Syarikat iaitu CIA (Central Intelligence Agency) telah menganggarkan lebih kurang 900, 000 telah didagangkan setiap tahun merentasi benua.
        Kegiatan ini telah menghasilkan tujuh bilion US dollar setahun.  Kebanyakan migran ini berasal dari Asia, Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan negara-negara bekas Soviet Union.

No comments:

Post a Comment

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...