Sunday, June 6, 2021

BAHAN ARKEOLOGI DAN MONUMEN SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

 

Bahan Arkeologi dan monumen Sebagai sumber pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Arkeologi

Ø  Arkerlogi lahir dan berkembang di Barat. Kata Arkeologi berasal dari bahasa Yunani iaitu : Archaeos = purbakala dan Logos = ilmu

Ø  Sebagai ilmu yang mempelajari ruangan masa lampau melalui peninggalan-peninggalan budaya yang tersisa sampai kini.

Ø  Antara ada ilmu yang mempelajari kehidupan masa lampau melalui benda-benda artifak. Dari hasil penelitian para ahli arkeologi maka ditafsir kehidupan masyarakat prasejarah


Monumen

Ø  Dari segi Sejarah bangunan dan monumen ialah bangunan peninggalan sejarah

Ø  Dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah Contoh peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan, menara jam, kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara




 

Artifak dan Fosil

Ø  Artifak dan fosil ditemui melalui proses cari gali di tapak-tapak Arkeologi Contoh Tapak Arkeologi Sungai Batu

Ø  Peralatan pemburuan, peralatan pertanian,peralatan perdagangan, upacara agama dan peralatan yang digunakan dalam kehidupan seharian

Ø  Artifak dan fosil yang dikaji dan diproses ditempatkan di Muzium, Galeri sejarah, Arkib dan tapak arkelogi


Kepentingan Arkeologi

Ø  Bahan Arkeologi dapat menjelaskan atau mengambarkan peradaban manusia masa silam kepada generasi baru

Ø  Generasi baru dapat meneroka atau mencari alasan mengapa sesuatu peradaban itu dimulakan di sesuatu tempat. Misalnya di tepi sungai

Ø  Menghubungkaitkan kehidupan masyarakat masa silam dan kini.

Ø  Menjadi bukti kepada kebenaran fakta sejarah. Secara langsung murid-murid dapat menghayati apa yang dibelajar dalam buku sejarah

Ø  Mengenali asal usul sesuatu keturunan dan bangsa

Ø  Mengetahui dan mengenal pasti peristiwa dan perkembangan serta kemajuan yang dicapai pada sesuatu zaman

Ø  Menjadikan fakta-fakta dan peristiwa sejarah lebih konkrit dan nyata


Sumber PdP

Ø  Bahan Arkeologi dan monumen penting supaya para pelajar dapat mengetahui latar belakang penubuhan sesebuah negara

Ø  Bersemangat untuk apa yang diterajui oleh masyarakat pada masa silam demi pembangunan negara

Ø  Berasa bangga terhadap bangsa dan negara

Ø  Bahan arkeologi akan memberikan pelbagai informasi sejarah misalnya kronologi masa sesuatu pemerintahan, tamadun dan kebudayaan

Ø  Untuk melangkah maju ke depan generasi baru perlu tahu apa yang berlaku pada masa silam

Ø  Artifak dan monumen melambang nilai-nilai sejarah. Mewujudkan kesedaran terhadap budaya bangsa sendiri

Ø  Artifak dapat mengisahkan sebab akibat dan kesan terhadap sesuatu tamadun, bangsa dan negara

Ø  Pelajar turut dapat pengetahuan tentang bagaimana artifak dan fosil diselidiki untuk menilai kesahihan bukti

Ø  Apabila mengkaji artifak dan monumen memproleh pengalaman belajar secara langsung dan berinteraksi dengan peninggalan sejarah

Ø  Pelajar akan mengambil iktibar dan menghargai peninggalan sejarah

Ø  Memupuk semangat inkuiri dan latihan untuk penyelidikan

Ø  Mendapat semangat untuk meneroka sejarah futuristic


Melalui Lawatan

Ø  Terdapat dalam kurikulum Sejarah perbincangan dan penerangan mengenai peninggalan sejarah. Contohnya mengenai kepercayaan agama seperti Hindu Buddha, Islam, Kristian dan Animisme

Ø  Melalui lawatan ke tempat bersejarah seperti itu menjadi bukti bahawa masyarakat pada masa silam mempunyai kepercayaan agama Contoh masjid kapitan di pulau Pinang yang dibawa oleh pedagang India Muslim

Ø  Murid dapat melihat pelbagai artifak fosil berkaitan sejarah yang sebahagian besarnya dalam kurikulum

Ø  Tempat sumber sejarah akan melegakan emosi mereka bahawa pembelajaran sejarah adalah terbukti benar

Ø  Pelajar bersemangat apabila melihat wajah pahlawan dan tokoh-tokoh negara yang banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara

Ø  Perjuangan yang ada kaitan dengan keluarga, keturunan, bangsa atau agama menetapkan hala tuju peradaban bangsa dan negara.

 

 

TAJUK PERBINCANGAN

Pada pendapat anda jelaskan kepentingan bahan arkelogi dan monumen sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Panduan Jawapan

1.Pengenalan

2.Pilih satu bahan arkeologi atau monumen

3.Kekuatan/kebaikan

4.Kelemahan

5.Rumusan anda.

6.Rujukan

 

No comments:

Post a Comment

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...