Sunday, June 6, 2021

BUKU TEKS SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

2.0 BAHAN BERCETAK SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

2.1 BUKU TEKS

Bagi melancarkan proses PdPc, Guru Sejarah perlu menyedia, menggunakan dan memberikan bahan-bahan bercetak untuk melicin dan meyokong pengajarannya. Antaranya termasuklah Buku Teks Sejarah, buku Latihan dan buku rujukan.

Buku sejarah merupakan salah satu sumber belajar dan bahan ajar yang banyak digunakan dalam pembelajaran Sejarah.

Manakala buku teks Sejarah memiliki banyak fungsi, tujuan dan kegunaan atau manfaat dalam mendukung proses pembelajaran mata pelajaran Sejarah

2.2. FUNGSI BUKU SEJARAH

Ø  Sebagai bahan referensi atau bahan rujukan oleh pendidik

Ø  Sebagai bahan evaluasi

Ø  Sebagai alat bantu pendidik dalam melaksanakan kurikulum

Ø  Sebagai salah satu penentu metode atau teknik pengajaran yang akan digunakan oleh pendidik.

 

2.3.KELEBIHAN

 

Ø  Kita dapat mempelajari kejayaan masa lampau tentang bangsa dan negara, ini membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam, memupuk semangat patriotisme dan seterusnya membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara.

 

Ø  Selain itu, murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia serta dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

 

2.4.KELEMAHAN

Ø Cakupan atau skop isi kandungannya kurang lengkap di mana isi kandungan tentang sejarah antarabangsa terlalu sedikit, di sebaliknya isi kandungan sejarah tempatan terlalu banyak. Situasi sebegini tidak menyumbang kepada kelahiran generasi baru yang berpandangan global.

 

Ø Terdapat kesilapan-kesilapan dari segi pengemukaan fakta sejarah dan ketidakseimbangan dari segi pemilihan bahan atau isi kandungansejarah. Ini menimbulkan kesangsian atau keraguan pelbagai pihakterhadap pendirian penulis buku sejarah itu benar-benar mendukung kepada prinsip penulisan disiplin sejarah yang mementingkan ketepatan, kebenaran dan kesaksamaan.


Ø  Terdapat sesetengah penulis menampilkan pentafsiran yang terlalu subjektif atau bias dalam buku sejarah mereka. Penulis-penulis tersebut juga gemar menggunakan perkataan-perkataan yang kurang neutral dan menyinggung perasaan sesuatu etnik atau golongan tertentu dalam buku teks Sejarahnya.

 

TAJUK PERBINCANGAN

Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman PBS Fasa 1 bincangkan tentang penggunaan Buku Teks Sejarah sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Panduan Jawapan

1.Pengenalan -Buku Teks Sebagai Bahan Bercetak

2.Pilih satu sesi pengajaran samada Darjah 4, 5 atau 6 (Satu sahaja)

3.Bincang tentang tajuk/topik dalam buku teks yang diajar pada waktu itu

3.1. Kebaikan dan Kelemahan Buku Teks

3.2.Kaedah PdPc yang digunakan

4.Rumusan anda.

5.Rujukan


No comments:

Post a Comment

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...