Sunday, June 6, 2021

PERISIAN MULTIMEDIA, AUDIO DAN ANIMASI SUMBER ELEKTRONIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

 

4.0  Sumber Elektronik sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Ø  Perisian multimedia Sejarah

Ø  Audio

Ø  Animasi

 

Multimedia

Ø  Multimedia ialah gabungan lebih dari satu media dalam suatu bentuk komunikasi. Menurut Lancien (1998:7), multimedia merujuk pada penggabungan dan pengintegrasian media, seperti teks, animasi, grafik, suara, video ke dalam sistem komputer.

Ø  Pembelajaran berasaskan multimedia mempunyai banyak kelebihan dibandingkan dengan papan tulis dan kapur. Pembelajaran menggunakan multimedia melibatkan hampir semua unsur-unsur indera.

Ø  Penggunaan multimedia dapat memudah murid belajar, waktu yang digunakan lebih efektif dan efisien. Selain itu pembelajaran dengan menggunakan multimedia akan sangat meningkatkan motivasi murid.

 

Konsep Multimedia

Ø  Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Multimedia merangkum media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar terasa terlibat dalam proses pembelajaran karena teknologi multimedia memperbolehkan berlakunya interaktiviti.

 

Takrifan Penggunaan Perisian Multimedia

Ø  Sebarang gabungan teks, grafik, bunyi, animasi, dan video yang berasaskan penggunaan komputer atau media elektronik lain (Vaughn, 2001)

Ø  Penggunaan komputer untuk mempersembahkan dan mengintegrasikan teks, audio, video dengan pautan dan peralatan yang membolehkan pengguna membuat navigasi, intraksi, ciptaan, dan komunikasi (Hofstetter, 2001)

Ø  Satu program computer termasuk teks dan sekurang-kurangnya mengandungi salah satu audio atau bunyi canggih, muzik, video, imej, grafik 3D, animasi atau grafik beresolusi tinggi( amddux, Johnson & Willis, 2001)

 

Audio

Ø  Istilah audio merangkumi bunyi dan kesan bunyi ucapan, muzik atau narrator.

Ø  Peranti audio terdiri daripada perkakasan seperti mikrofon, papan kekunci, kad audio dan sebagainya.

Ø  Perisian audio yang sering digunakan Sound Forge, Adobe Audition, Sony ACID Pro dan sebagainya.

Ø  Contoh format fail audio ialah WAV, AIFF, MP3, dan MID.

 

Animasi

Ø  Animasi mensimulasikan tingkah laku dalam keadaan sebenar, menarik perhatian isi kandungan pada skrin, dan memberi maklum balas kepada ipak visual.

Ø  Animasi menghidupkan visual pegun dan menyampaikan persembahan secara dinamik serta menyampaikan konsep atau maklumat lanjut daripasa gambar static.

Ø  Animasi dapat dikenalpasti dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi.

Ø  Persepsi pergerakan dalam simulasi ialah ilusi.

 

Manfaat Penggunaan Teknologi Multimedia Dalam Proses Pembelajaran

Ø  Penggunaan multimedia dalam pembelajaran mempunyai manfaat sebagai berikut:

Ø  Meningkatkan keyakinan guru

Ø  Membantu guru secara efektif dan efisien dalam melakukan persiapan mengajar iaitu pembuatan alat utnuk tayangan multimedia.

Ø  Kegiatan belajar mengajar lebih menarik kerana media yang dipakai dapat dilihat, bergerak, dan didengar.

Ø  Meningkatkan kemampuan belajar dan kreativiti murid secara aktif, dan memanfaatkan komputer sebagai alat bantu belajar.

Ø  Kandungan pelajaran yang abstrak menjadi lebih konkrit/nyata, sehingga mudah diterima murid

Ø  Multimedia dapat mengatasi masalah kesuntukan masa, Murid yang belum memahami isi pelajaran dapat mengulang tajuk tertentu di rumah.

Ø  Informasi pelajaran yang disajikan dengan media yang tepat akan memberikan kesan yang mendalam pada diri murid.

Ø  Penggunaan multimedia pembelajaran yang tepat akan dapat merangsang berbagai macam perkembangan kecerdasan.

Ø  Materi pembelajaran yang diterima siswa menjadi lebih seragam (relatif sama) dan mengurangi resiko kesalahan konsep.

 

Kelemahan

Ø  Masih kurang tenaga ahli dalam pembuatan dan penggunaan multimedia dalam pembelajaran.

Ø  Memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Ø  Tidak sesuai untuk sekolah yang berada di pedalaman.

 

 

 

TAJUK PERBINCANGAN

Beri pendapat anda tentang pengguna perisian multimedia sejarah sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

 

Panduan Jawapan

1.Pengenalan -Takrifan Penggunaan Multimedia

2.Kategori Perisian multimedia

3.Bincang tentang tajuk/topik dalam buku teks yang diajar pada waktu itu

4.Kebaikan dan Kelemahan Penggunaan Multimedia

5.Rujukan

1 comment:

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...