Sunday, June 6, 2021

FILEM DAN VIDEO SUMBER ELEKTRONIK PdPc SEJARAH

 

4.1  Sumber Elektronik sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

·         Filem

·        Video

Filem

Ø  Filem atau gambar hidup merupakan gambar-gambar dalam frame di mana frame demi frame dipasang/ditayang melalui lensa projektor secara teknikal sehingga pada layar terlihat gambar itu hidup.

Ø  Filem bergerak dengan cepat dan bergantian sehingga memberikan visual yang berterusan.

 

Kelebihan/Kebaikan Filem

 

Menggunakan filem dalam pendidikan dan pengajaran di kelas sangat berguna atau bermanfaat terutama untuk:

Ø  Mengembangkan fikiran dan pendapat para murid

Ø  Menambah daya ingat pada pelajaran.

Ø  Mengembangkan daya fantasi anak murid

Ø  Menumbuhkan minat dan motivasi belajar.

Ø  Mampu meningkatkan empati murid

 

Kelemahan/Kekurangan Filem

 

Ø  Sukar untuk digunakan dalam tempoh PnP 30 atau 1 jam

Ø  Perlu diedit

Ø  Kos mahal

Ø  Kekurangan filem berunsur pendidikan/ sejarah kerana faktor masalah pemasaran

 

 

Video

 

Penggunaan video bermaksud gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca tv

 

Ø  Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal.

 

Ø  Ianya telah dikaji dengan luas oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.

 

Ø  Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan murid.

Ø  Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati atau merbahaya.

Ø  Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

 

 

TAJUK PERBINCANGAN

Filem Laftenan Adnan, Sarjan Hassan dan Bukit Kepung

 

Pilih salah satu filem-filem di asas, bincangkan tentang penggunaan filem tersebut sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

 

Panduan Jawapan

1.Pengenalan -definisi

2.Nilai-nilai yang terdapat dalam filem terseut.

3.Kebaikan dan Kelemahan Filem tersebut

4.Rumusan anda.

5..Rujukan

No comments:

Post a Comment

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...