Sunday, June 6, 2021

MAJALAH DAN AKHBAR, JURNAL DAN REKOD KOLONIAL SEBAGAI BAHAN BERCETAK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

 2.0 MAJALAH DAN AKHBAR, JURNAL DAN REKOD KOLONIAL SEBAGAI BAHAN BERCETAK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

3.0 BAHAN BERCETAK

Ø  Bahan bercetak didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal.

Ø  Bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus.

Ø  Ciri penting pada bahan bercetak ialah : mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu

3.1 Akhbar, Majalah, Journal dan Rekod Kolonial

Akhbar

Ø  Akhbar mengandungi berita mengenai peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.

Ø  Memuatkan perkembangan di negara kita sebelum merdeka sehingga merdeka.

Ø  Contoh akhbar yang diajadikan sumber adalah Warta Malaya, Al Imam,Utusan Melayu, Utusan Zaman dan The Malay Mail.

Majalah

Ø  Majalah adalah terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen dan gambar.

Ø  Majalah biasanya memiliki artikel mengenai topik popular yang ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan Bahasa yang mudah difahami oleh pembaca.

Ø  Contoh majalah, Majalah Guru, Majalah Penagasuh dan Majalah Bulan Melayu,

Journal

Ø  Memuatkan rencana-rencana sejarah atau  journal ilmiah yang mengandungi sekurang-kurangnya beberapa rencana pada setiap kali penerbitannya.

Ø  Antara perkara yang perlu ada dalam rencana ialah sejarah ringkas penerbitan, institusi penerbitan, Bahasa penerbitan, dan frekuensi penerbitan.

Ø  Contoh journal yang diterbitkan paling awal di Malaysia, Journal of the Indian Atchipelogo and Eastern

Rekod Kolonial

Ø  Rekod colonial merupakan rekod yang dibuat oleh British semasa menjajah Tanah Melayu

Ø  Selepas merdeka semua rekod rekod dibawa pulang ke Landon dan disimpan di Publicc Office Rekod (PRO) atau Arkib London, Malayan Secuarity Service(MSS), Colonial Office(FO)

 

3.2 Penggunaan Akhbar dan Majalah

Ø  Pelajar memang berasa seronok apabila dapat lepas daripada rutin kerana tertarik pada penggunaan bahan lain selain buku teks yang disediakan.

Ø   Akhbar dan majalah adalah alat bantu mengajar yang murah dan berkesan.

Ø  Pemilihan bahan akhbar dan majalah yang teliti adalah diperlukan sebelum bahan-bahan berkenaan digunakan sebagai bahan pengajaran di bilik darjah.

Ø  Hal ini kerana bukan semua rencana, berita dan gambargambar dalam akhbar dan majalah adalah sesuai.

Ø  Contohnya, rencana yang mengencam kerajaan, rencana, yang bercanggah dengan nilai ketimuran dan sebagainya.

Ø  Oleh itu, guru haruslah pandai memilih keratan akhbar yang sesuai dengan minat, pengetahuan sedia ada , berpatutan dari segi jumlah perkataan dan sesuai dengan pengajaran.

Ø  Apabila perlu, berikan panduan cara menyertai dan menggunakan perpustakaan.

Ø  Guru boleh mencadangkan kepada pelajar supaya menyumbangkan akhbar masingmasing untuk digunakan bersama-sama kelas lain selepas selesai digunakan dalam aktiviti kelas mereka.

Ø  Akhbar itu juga boleh dikumpulkan dan disimpan untuk digunakan dalam pelajaran akan datang.

Ø  Melalui penggunaan bahan akhbar dan majalah semasa guru mengajar di kelas, diharapkan secara tidak langsung akan memberi rangsangan kepada para pelajar cara-cara belajar menggunakan bahan akhbar dan majalah.

Ø  Dengan cara ini, para pelajar diasuh supaya menganggap akhbar dan majalah bukan sahaja sebagai bahan bacaan ringan tetapi sebagai sumber maklumat Sejarah.Mail.

 

3.3 Kepentingan Penggunaann Bahan Akhbar dan Majalah

Rasional penggunaan keratan akhbar dan majalah sebagai bahan bantu mengajar disandarkan kepada pendapat seorang pakar pendidikan, Edgar Dale (1978) yang menggariskan tujuh kepentingan penggunaan BBM:

Ø  Meransang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Ø  Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.

Ø  Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh itu menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.

Ø  Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui cara-cara lain.

Ø  Menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mempercepat perkembangan perbendaharaan kata.

Ø  Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.

Ø  Mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.

3.4 Kelemahan

Ø  Terdapat juga gambar-gambar dalam akhbar dan majalah yang ganas, bersifat lucah dan colok mata

Ø  Guru terpaksa menggunakan perbelanjaan sendiri untuk membeli barang yang ingin digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ø  Guru perlu meluangkan masa yang lama untuk mencari bahan yang sesuai berdasarkan tajuk sejarah.

Ø  Guru memilih untuk menggunakan bahan maujud bagi tajuk Identiti Negara, berkemungkinan akhbar dan majalah yang dibawa kurang lengkap dengan maklumat dan akan menyebabkan murid kurang jelas atau kurang pemahaman tentang tajuk tersebut 

Ø  Murid lebih minat pada bahan elektronik seperti slaid, video dan sebagainya,

Ø  Mempunyai maklumat yang sama seperti di dalam buku teks.

 

 

TAJUK PERBINCANGAN

Bincangkan secara kritis penggunaanakhbar, majalah dan journal dalam PdPc Sejarah.

Panduan Jawapan

1.Konsep/ Penggunaan akhbar, majalah dan journal

2.Contoh akhbar, majalah dan journal

3.Kepentingan Penggunaan akhbar, majalah dan journal

4.Kelemahan

4.Rujukan

No comments:

Post a Comment

INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN

5 .0     I nt e rn e t se b a g a i S u m b e r Pen ga j a r a n d a n P em b e l a j a ran S e j a r a h ·                    I n t ...